BAB 2 :
NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA
PERANG DUNIA
KEDUA
a) Faktor-faktor
pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia
Kedua.
Pengenalan
Sistem politik Barat dan memusnahkan sistem politik tempatan :
• British meletakkan seorang
Residen
• Residen mengambil alih
pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
• Pembesar diberikan pencen
• Pembesar digantikan dengan oleh
pegawai British
• Kesannya perubahan ini
menjatuhkan maruah orang tempatan /mencabar sistem
tempatan/amalan tradisi
• Keadaan ini telah membangkitkan
kebencian penduduk terhadap British
Perkembangan
sistem pendidikan :
• Melahirkan golongan intelek
Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsa
• Menggunakan idea baru untuk
memajukan diri dan menolak penjajahan British
• Mereka menyedari perlunya
sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan
bangsa Melayu
• Mereka menggunakan idea baru
untuk memajukan diri dan menolak penjajahan
Dasar British
dalam sistem pentadbiran:
• Menggalakkan sesiapa sahaja
datang ke Tanah Melayu
• Untuk melabur, berniaga,
berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu
• Ramai orang asing telah datang
ke Tanah Melayu dan menetap di sini
• Kemasukan orang asing yang
berterusan telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah
Melayu
• Ini menimbulkan persaingan
kepada penduduk tempatan
• Orang asing menguasai bidang
perlombongan, perladangan getah dan perniagaan.
• Orang Melayu kekal dengan
pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British
• British membuka bandar baru
sebagai pusat pentadbiran
• Orang Melayu tetap tinggal di
kampung-kampung dengan segala kekurangan
• Kemajuan ekonomi seperti perniagaan/prasarana
/ elektrik / perkhidmatan
pos/telefon/sekolah/hospital
• Telah meningkatkan taraf hidup
di bandar
• Keadaan ini menjarakkan lagi
jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar
dengan imigran lain di bandar
• Dasar British telah memundurkan
lagi taraf hidup orang Melayu
• Golongan intelek Melayu
menjadikannya sebagai isu gerakan nasionalisme
Pendudukan Jepun
menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme.
• konsep Kawasan Kesemakmuran
Asia telah menekankan kebebasan negara negara Asia
• Untuk menentukan kemajuan
masing-masing dan meningkatkan persaudaraan dalam
kalangan negara tersebut
• Jepun menggalakkan orang
tempatan bekerjasama/berjanji untuk memerdekakan Tanah
Melayu
• Kesengsaraan hidup akibat
kekurangan makanan/ubat-ubatan /kekejaman pentadbiran
Jepun menyebabkan penduduk Tanah
Melayu membenci penjajahan oleh kuasa Barat
atau Timur
• Semua penjajah tetap
zalim/menekan kehidupan orang tempatan
• Kesannya, apabila British
memperkenalkan Malayan Union tahun 1946, orang Melayu
menentang
• Mereka tidak mahu dijajah oleh
sesiapa pun
Penguasaan Parti Komunis Malaya
selama 14 hari tahun 1945 membangkitkan semangat
menentang penjajah:
• PKM menguasai balai-balai polis
dan memerintah dengan kejam
• Mereka membunuh dan menangkap
sesiapa sahaja yang dianggap penyokong Jepun
• Gerakan ini mencetuskan konflik
perkauman
• Banyak orang Melayu
terbunuh/rumah dibakar oleh anggota PKM
• Dibalas oleh orang Melayu di
Perak/Johor Sembilan/Pahang
Kemunculan mesin
cetak:
• Memberikan kesan kepada penyebaran
ilmu pengetahuan
• Mendorong kepada penentangan
terhadap British
• Melalui buku, akhbar, majalah,
kitab agama dan lain-lain, idea menentang penjajah
dapat disebarkan
Gerakan
Pan-Islamisme Sedunia memberi kesan terhadap kesedaran semangat
kebangsaan:
• Merupakan gerakan intelektual
Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman
yang lebih progresif terhadap
Islam
• Bertujuan untuk menentang
penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam
• Gerakan reformis oleh Syed
Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar,
Mesir telah tersebar luas
• Dalam tulisannya, beliau
memberikan kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang
menekankan kepentingan dunia dan
akhirat
• Islam juga mendorong umatnya
menuju kejayaan
• Tulisannya disebarkan dalam
majalah al-Manar
• Gerakan Wahabi yang berlaku di
Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama
Kesedaran
Politik Serantau:
• Indonesia yang rapat dengan
Tanah Melayu(geografi) dan budaya telah mempengaruhi
gerakan nasionalisme di Tanah
Melayu
• Kesedaran politik dan pendidikan
Indonesia yang lebih matang telah melahirkan ramai
golongan intelektual
• Penulis yang hebat telah
menghasilkan karya yang menjadi bacaan masyarakat di Tanah
Melayu
• Idea kebebasan politik dan
penentangan terhadap penjajahan telah tersebar luas dan
dihayati oleh penduduk tempatan
• Kemasukan orang Indonesia ke
Tanah Melayu memudahkan penerimaan unsur kegiatan
nasionalisme Indonesia di Tanah
Melayu
GERAKAN ISLAH DI
TANAH MELAYU
Maksud Gerakan
Islah:
• Gerakan Islah adalah satu
gerakan pemulihan yang berusaha membetulkan pandangan
masyarakat Melayu terhadap Islam.
• Ia bertujuan untuk memajukan
umat Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan Hadis.
• dipimpin oleh Kaum Muda setelah
tamat belajar di Universiti al-Azhar di Mesir
Tokoh-tokoh
/pelopor:
• Sheikh Tahir Jalaludin
• Syed Syeikh al-Hadi
• Dr. Burhanuddin al-Helmy
Matlamat /
tujuan / isu:
• menyampaikan idea mereka demi
kemajuan umat Islam selaras dengan kemajuan dunia
pada waktu itu.
• Memajukan ekonomi, pendidikan,
politik dan sosial orang Melayu.
• Menyematkan sikap mengkritik
penjajah ke dalam fikiran orang Melayu
• Mengkritik raja yang tidak
berperanan dalam memajukan orang Melayu.
• Mengkritik pembesar Melayu yang
tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.
Akhbar/ Majalah:
• Al-Imam
• Neracha
• Edaran Zaman
• Pengasuh
• Saudara
Tokoh-tokoh:
Sheikh Tahir Jalaluddin:
• Tokoh gerakan Kaum Muda.
• merupakan seorang tokoh yang
menjadi pendukung kepada akhbar al-Imam
• menulis dalam majalah al-Manar.
Syed Syeikh
al-Hadi:
• tokoh gerakan Kaum Muda
• menubuhkan Jelutung Press
• menerbitkan majalah Saudara.
• mendirikan madrasah al-Masyhor
di Pulau Pinang
• mengarang Novel Hikayat Faridah
Hanum.
Halangan/Tentangan:
• Perjuangan Kaum Muda ini telah
ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada
golongan alim ulama dan telah
lama menguasai masyarakat dengan fahaman lama
mereka.
• Bagi mereka Islam itu hanyalah
akhirat dan fardu ain semata-mata sehingga sukar untuk
Kaum Muda mempengaruhi masyarakat
Melayu megenai ajaran Islam yang sebenarnya.
• Gerakan gologan Kaum Muda ini
tidak dapat bergerak dengan baik di negeri-negeri
Melayu kerana terdapat beberapa
undang-undang yang menghalang pengaruh Kaum
Muda.
• Undang-undang tersebut tidak
membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam
dilakukan tanpa kebenaran Sultan.
• Risalah dan Buku karya
tokoh-tokoh Kaum Muda juga dilarang di bawa masuk ke
negeri-negeri Melayu.
• Tekanan British dan Kaum Tua
tidak dapat menghalang sepenuhnya Gerakan Islah
dalam masyarakat Melayu,
terutamanya dalam bentuk pendidikan.
Sumbangan:
• Beberapa buah madrasah telah
ditubuhkan oleh kaum Muda yang menjalankan sistem
pendidikan Islam.
• Pendidikan tersebut meliputi
pendidikan untuk dunia dan akhirat seperti fardu ain, ilmu
hisab dan bahasa Inggeris.
• Kaum perempuan juga diberi peluang
untuk mendapatkan pendidikan.
Akhbar, Majalah
Dan Novel ; Penggerak Kesedaran Kebangsaan:
• Akhbar, majalah dan Novel
memainkan peranan yang penting dalam melahirkan
semangat kebangsaan di Tanah
Melayu.
• Salah seorang penulis terkenal
pada tahun 1920-an ialah Zainal Abidin bin Ahmad (
Zaa’ba ) yang merupakan seorang
tokoh bahasa, pemikir dan cendekiawan ulung Melayu.
• Antara karya yang terkenal yang
dihasilkan oleh Za’ab ialah Ilmu Mengarang Melayu
dan Pelita Bahasa Melayu.
• Pada tahun-tahun 1930-an muncul
pula tokoh-tokoh seperti Dato’ Onn Ja’afar dan
Abdul Rahim kajai.
• Tulisan mereka telah
membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri dan bersatu
padu, di samping mengkritik
dasar-dasar British yang menekan orang Melayu.
• Akhbar, majalah dan novel yang
dihasilkan pada ketika itu ialah untuk menyedarkan
dan seterusnya memajukan bangsa
Melayu.
Akhbar:
• Warta Melayu
• Lembaga Malaya
• Majlis Utusan Melayu
• Warta Negara
• Fajar Sarawak
Akhbar dan Isu
yang dibangkitkan
Sosial/Pendidikan:
• Memajukan pendidikan tinggi
orang Melayu.
• Menggalakkan pendidikan untuk
anak perempuan
• Menyeru orang Melayu supaya
meninggalkan sikap negative seperti memilih kerja dan
tidak mahu berusaha
• Menggalakkan tabungan di
kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak.
• Mementingkan kemahiran
tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja
tangan
• Mementingkan pendidikan bahasa
Inggeris untuk kemajuan orang Melayu
• Meminta taraf sekolah Melayu
dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi
• Memartabatkan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.
• Mengekalkan nilai-nilai baik
masyarakat Melayu
Aspek ekonomi:
• Kurangkan kemasukan pedagang
luar yang mengancam ekonomi tempatan
• Galakkan orang Melayu terlibat
dalam aktiviti ekonomi
• Melarang orang Melayu daripada
menjual tanah mereka
• Menyeru orang Melayu supaya
berjimat cermat
• Meminta British mengadakan
kampong Khas orang Melayu di Kuala Lumpur
• Manakala isu-isu yang
dibangkitkan oleh akhbar dari aspek politik ialah
• Mengkritk British kerana
mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
• Mengkritik para pembesar dan
raja-raja Melayu kerana tidak melaksanakan – kemajuan
kepada masyarakat Melayu
• Menolak dasar pilih kasih
British dalam pentadbiran kerajaan.
• Menuntut diadakan Malay
Administrative ( M.A.S) untuk melindungi orang – Melayu
dalam perkhidmatan kerajaan.
• Menyeru orang Melayu di seluruh
Tanah Melayu supaya bersatu dalam sebuah –
pertubuhan kebangsaan
• Menentang tuntutan orang luar
terhadap politik tempatan
Majalah
Pengasuh:
• Majalah pengasuh ini telah
membangkitkan isu berikut,
• Membincangkan soal pentafsiran
Islam yang progresif bagi kemajuan ummah
• Menggalakkan pendidikan
dikalangan orang Melayu
• Memperluaskan ilmu dalam semua
bidang
• Memberikan pentafsiran kepada
persoalan orang Islam
• Menggesa orang Melayu
menjauhkan diri daripada sifat buruk
Guru:
• Pada tahun 19 24, Majalah Guru
telah diterbitkan dan pengarangnya terdiri daripada
Muhamad Dato’ Muda Linggi, Yusuf
Ahmad dan Mohd Sidin Rashid.
• Antara isu-isu yang dibangkitkan
oleh Majalah Guru ialah ;
• Memberikan pendidikan yang
secukupnya kepada anak-anak Melayu
• Menyeru perpaduan di kalangan
orang Melayu.
• Meniupkan semangat Cinta Negara
dan menentang penjajahan
• Membaiki taraf hidup orang
Melayu
• Memajukan bahasa dan sastera
Melayu
• Menggalakkan perpaduan di
kalangan guru sebagai pemimpin bahasa.
• Pada tahun 1930, Majalah Bulan
Melayu telah diterbitkan oleh Zainon Sulaiman.
• Majalah Bulan Melayu ini telah
membincangkan isu-isu berikut:
• Menggalakkan perpaduan di kalangan
guru perempuan Melayu Johor.
• Menggalakkan wanita mendapat
pendidikan untuk kemajuan diri
• Mendorong wanita menjaga
kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur
• Menggalakkan wanita menjadi
obor untuk memajukan bangsa.
Novel:
• Novel-novel yang banyak
menyempaikan mesej-mesej kesedaran bangsa ialah :
• Keris Melaka yang dikarang oleh
Ahmad Bakhtiar
• Anak Mat Lela Gila oleh Ishak
Haji Muhammad
• Putera Gunung Tahan oleh Ishak
Haji Muhammad
• Melor Kuala Lumpur oleh Harun
Aminurrashid
Keris Melaka
Ahmad Bakhtiar:
• Semangat perjuangan menentang
penjajah Barat
• Sumbangan tokoh-tokoh
Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah
• Gunakan Sejarah sebagai
ispirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuangan
bangsa bagi generasi muda
Anak Mat Lela
Gila- Ishak Haji Muhammad:
• Semangat anak muda menentang
penjajah
• Hargai warisan bangsa
• Semangat cintakan tanah air
• Maruah bangsa lebih berharga
daripada kesenangan
Melor Kuala
Lumpur- Harun Aminurrashid:
• Emansipasi wanita
• Kepentingan pendidikan moden di
kalangan wanita Melayu
• Membuang pandangan negative
yang boleh menghalang kemajuan bangsa
Persatuan
Sahabat Pena Malaya ( PASPAM ):
• Persatuan Sahabat Pena Malaya (
Paspam ) telah ditubuhkan pada 7 April 1934,
bertujuan untuk membaiki
kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu.
• Paspam ialah sebuah bertubuhan
yang berlandaskan sastera, tetapi ia cuba
menyatupadukan orang Melayu,
Sabah dan Sarawak.
• Persatuan ini telah dipimpin
oleh cendekiawan Pulau Pinang seperti S.M Zainal Abidin
B.A
• Melalui pertubuhan ini orang
Melayu dapat berkenal-kenalan dan bertukar-tukar
pendapat bagi memajukan diri dan
bangsa.
• Ia juga dapat menggalakkan
perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu di
seluruh Semanjung Tanah Melayu.
• Paspam telah mendapat sambutan
yang hangat kerana organisasinya adalah lebih kemas
dan mempunyai perlembagaannya
sendiri.
• Paspam adalah merupakan asas
kepada kesedaran perpaduan Melayu.
Kesatuan Melayu
Muda ( KMM ):
• KMM dipimpin oleh Ibrahim Haji
Yaakob bersifat politik
• Bersifat radikal dan
anti-penjajah British
• Keanggotaan terdiri daripada
lepasan MPSI Tanjung Malim,Perak
• Menggalakkan pepaduan di
kalangan pemuda melayu
• Meningkatkan tahap pendidikan
orang melayu
• Semasa pendudukan Jepun KMM
telah bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau
British dari Tanah Melayu
• KMM menjadi alat propaganda
Jepun dengan membeli akhbar Warta Malaya
• Ahli KMM telah mengelilingi
Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan KMM telah
menubuhkan cawangannya di Maahad
Ihya Assyariff di Gunung Semanggol untuk
melatih kader-kader yang dikenali
tentera semut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan