BAB 2 :
PENINGKATAN TAMADUN
(1) Latar
belakang tamadun
a) Apakah
peningkatan tamadun.
1.
Kemampuan manusia menggunakan pemikiran
untuk mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam sekitar.
2.
Seterusnya ia akan membawa kepada
kehidupan yang lebih maju dan kompleks berbanding sebelumnya.
3. Peningkatan
ini berkaitan dengan kemahiran menghasilkan idea baru dari aspek sosial,
politik dan ekonomi.
b) Tamadun
Yunani.
1.
Letakan –di Semenanjung Greece dan pulau
sekitarnya yang dikelilingi laut Mediterranean dan Aegen.
2. Bermula dengan
negara kota (polis) –hasil gabungan beberapa bandar dan kampung.
3. Setiap negara
kota mempunyai sebuah kota yang dikelilingi kawasan pertanian.
5.
Contoh negara kota terkenal ialah Athens
dan Sparta yang terletak berhampiran Laut Mediterranean.
6.
Setiap negara kota mempunyai
pemerintahan dan undang –undang tersendiri serta mempunyai beberapa tuhan.
7. Masyarakat
dalam negara kota sentiasa bersatu padu tetapi perang kerap berlaku antara
negara kota.
c) Tamadun Rom
1.
Letakan –di Bukit Palatine berhampiran
Sg. Tiber di lembah Latium yang didiami oleh masyarakat latin.
2. Ia berkembang
ketika diperintah oleh Romulus.
3.
Kemudian wujud majlis perbandaran di
setiap bandar yang mentadbir tanpa gangguan pentadbiran pusat di Rom.
4.
Bandarnya lengkap dengan bekalan air,
sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat forum, rumah mandi awam
dan istana.
5.
Contohnya Bandar Pompei lengkap dengan
pejabat, dewan, perpustakaan, makhamah, pintu gerbang, Colloseum, paip bawah
tanah, saliran, terusan, industri dan pengangkutan.
6. Penduduknya seramai
50 ribu orang pada tahun 80 M.
d) Tamadun
India.
1.
Kedatangan orang Aryan membentuk zaman
Vedik sempena kelahiran kitab –kitab Veda.
2. Agama Hindu
lahir pada zaman Vedik ini.
3. Kemudian tamadun
ini berpindah ke Lembah Ganges.
4.
Pada masa ini, pemerintah ialah golongan
raja.
5. Dua
bentuk kerajaan terbentuk –janapada (kerajaan kecil) dan mahajanapada (kerajaan
besar).
6. Chandragupta
Maurya kemudiannya menyatukan kerajaan –kerajaan kecil, maka muncullah empayar
pertama di India di bawah Dinasti Maurya (menyatukan utara India).
7. Kemuncak
kegemilangan dinasti ini ketika di zaman Asoka.
e) Tamadun
China.
1. Letakan –di
Lembah Hwang Ho hingga ke selatan China.
3. Maharaja Shih
Huang Ti memperluaskan empayar hingga ke Sg. Merah di Vietnam.
4. Jajahan yang
luas disatukan di bawah pentadbiran pusat.
(2) Pemerintahan
dan pentadbiran.
a) Tamadun
Yunani.
1.
Bentuknya berubah- ubah seperti monarki,
oligarki, aristokrasi, diktator dan akhirnya demokrasi.
2.
Di Athens –mulanya mengamalkan sistem
beraja. Raja menjadi ketua hakim, tentera dan agama. Beliau dibantu oleh konsul
yang terdiri daripada golongan kaya.
3.
Kemudian konsul menjadi kuat dan raja
merosot –raja dipilih tetapi kuasa terhad. Beberapa orang konsul memerintah,
sistem ini dinamakan oligrarki.
4.
Kemudian lahir aristokrat dikalangan
konsul tadi yang memiliki kuasa besar, sistem ini ialah aristokrasi.
5. Kemudian
berlaku ramsapan kuasa kerana rakyat tidak puas hati –maka muncul sistem
ditaktor dikalangan golongan kaya atau tentera.
6. Rampasan kuasa
ini ditentang oleh aristocrat –maka muncullah demokrasi.
7. Sistem
demokrasi di Athens –tersapat Dewan Perhimpunan dan Majlis. Semua warganegara
lelaki menjadi anggota Dewan Perhimpunan selama 6 bulan hingga 1 tahun. Dewan
ini berhimpun 3 kali setahun, ahli boleh mencadangkan dasar kerajaan, tetapi
keputusan di kendalikan oleh Majlis. Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik
oleh dewan, maka dewan berkuasa penuh keatas ketiga –tiganya.
8.
Negara kota yang mengamalkan sistem raja
berkuasa mutlak tidak mengamalkan sistem demokrasi.
9.
Sistem tentera di Sparta pula pertahanan
amat penting, anak lelaki dilatih menjadi askar yang handal dan patriotic.
b) Tamadun Rom.
1. Bermula
dengan sistem raja berkuasa mutlak iaitu keturunan raja Etrucan (bukan
keturunan Latin
tempatan).
2.
Patrician (bangsawan) mengetuai
pemberontakan masyarakat Latin menjatuhkan raja Etruscan.
3. Kemudian
dibentuk sistem Republik –dua konsul dilantik oleh Dewan Senat supaya tiada
yang lebih kuasa. Konsul dibantu oleh Dewan Senat (bangsawan) bagi membincangkan
hal pentadbiran dan perundangan. Konsul dilantik dikalangan ahli Dewan Senat
yang biasanya praeotor (pemerintah tentera). Di bawah Dewan Senat ialah Dewan
perhimpunan (semua rakyat Rom). Keputusan Dewan Senat disampaikan kepada Dewan
Perhimpunan untuk diluluskan.
4. Pemerintahan
bercorak empayar ketika Julius Caesar –berlaku selepas perluasan kuasa ke
Macedonia, Yunani, Mesir hingga ke Brittania dan Jerman. Wilayah kecil telah
disatukan di bawah pentadbiran pusat. Julius bergelar maharaja menjadi diktator
dengan menguasai tentera dan Senat.
5.
Maharaja Augustus membentuk empayar
keamanan Rom (Pax Romana) meliputi benua Asia, Afrika dan Eropah.
c) Tamadun
India.
1.
Dua bentuk kerajaan –kerajaan kecil (
kepuakan/tiada raja ) dan kerajaan besar ( diketuai raja seperti kerajaan
Kashi, kosala ).
2. Raja
bekuasa mutlak diperkukuhkan dengan kepercayaan raja suci dan harus dihormati.
Brahim menjadi penasihat raja dan Ksyatria menjadi pemerintah tertinggi.
3.
Pemerintahan empayar –Raja Maurya
menjadi maharaja. Empayar ini meliputi dari Teluk Benggala ke Pergunungan Hindu
Kush. Ibu negaranya ialah Pataliputra.
4. Kegemilangan
Dinasti Maurya ketika pemerintahan Asoka telah menamatkan perang Kalinga,
membentuk kedamaian menakluk melalui penyebaran agama Buddha dan membentuk
birokrasi pentadbiran.
d) Tamadun
China.
1.
Sistem feudal bertukar kepada
pentadbiran pusat kerana perluasan kuasa empayar Dinasti Chin.
2. Konsep raja
menjadi maharaja.
3.
Maharaja membentuk birokrasi awam dan melantik pegawai dikalangan rakyat.
Perlantikan dibuat oleh jawatankuasa perhikmatan awam berasaskan peperiksaan
awam. Sistem ini diwujudkan oleh Dinasti Han, tokoh pentingnya ialah Shih Huang
Ti.
(3) Perundangan.
a) Tamadun
Yunani.
1. Dewan
Perhimpunan menggubal undang- undang.
2.
Plato dalam bukunya Republik mengatakan negara harus diperintah oleh ahli
falsafah. 3. Katanya ahli falsafah berupaya menggubal undang –undang.
b) Tamadun Rom.
1. Hukum kanun 12
ialah undang- undang ynag pertama.
2. Ia dipahat pada
kayu papan 12 dan diletakan di tempat awam.
3.
Lahir pada zaman Republik, kemudian
Maharaja Justinian mengemaskini dan membukukannya.
4. Beliau akhirnya
melahirkan Kod Undang –undang Rom yang dikenali sebagai Undang
–undang
Justinian.
c) Tamadun
India.
1. Dharma Sastra
ialah kitab undang –undang Hindu tertua.
2. Raja memelihara
kesucian undang –undang.
3. Denda kesalahan
bergantung keseriusan kesalahan.
4.
Brahmin dominan dalam hal undang –undang
kerana mereka mahir berkaitan hal keagamaan.
5.
Ketika Dinasti Maurya –undang –undang
disampaikan sebagai titah perintah diraja yang diukir pada tiang Asoka yang
berpegang kepada kesejahteraan rakyat.
d) Tamadun
China.
1. Dua prinsip
utama –hukuman berat dan bercorak kolektif.
2. Undang
–undang berasaskan falsafah Legalisme yang digubal dan diperkenalkan olek Han
Fei Tzu yang menyatakan undang –undang tegas dapat mengawal tingkahlaku
manusai.
3. Undang –undang
tiada belas kasihan dan penguatkuasaannya perlu dipelihara.
4. Sebaliknya
ajaran Confucius menekankan raja berpekerti baik dan menjaga keharmonian.
(4)
Perluasan kuasa
a)
Tamadun Yunani.
2. Alexander
The Great –menguasai Parsi, Mesir, Turkistan Samarkand dan seluruh kawasan Laut
Mediterranean.
3. Beliau
menyebarkan kebudayaan Hellenistik (campuran budaya Yunani, Parsi, dan budaya
timur yng lain) ke Itali, Iskandariah dan Antioch.
4. Empayar Yunani
berakhir dengan kematian Alexander dan munculnya empayar Rom.
b) Tamadun Rom.
1. Augustus
Caesar –mengubah sistem republik menjadi sistem empayar yang meliputi
Britain,
Sepanyol, Sg Rhine, Sg Danube, Laut Hitam, Turki dan Palestin.
1.
Chandragupta Maurya mempunyai tentera
yang besar untuk menguasai India Utara, Punjab dan sempadan India Barat.
2. Anaknya
Bindusara meluaskan ke Mysore di selatan India.
4. Ketika Asoka
seluruh India berjaya ditakluk hasil kemenangan dalam Perang Kalinga.
d) Tamadun
China.
1. Shih Huang Ti
menyatukan seluruh kerajaan kecil di China.
2. Beliau
memerintah secara automatik ( tegas dan mutlak ).
3.
Bangsawan dihapuskan dan gabenor serta
panglima tentera dilantik mentadbir wilayah.
4. Beliaumembina
Tembok Besar China untuk menghalang serangan orang gasar.
5. Maharaja
Han Wu Ti (Dinasti Han ) meluaskan empayar ke Sinkiang, Lembah Tarim, Yang Tze,
Kwangsi dan Kwang Tung. Pada masa ini pengaruh China hingga ke Jepun dan
Turkistan dan keamanan China diwujudkan.
(5) Peningkatan
ekonomi.
a) Tamadun
Yunani.
1. Semua negara
kota kecuali Sparta menumpukan perdagangan kerana bumi bergunung
–ganang
tidak sesuai untuk pertanian. Kesannya perdagangan melalui jalan laut dengan
wilayah luar dijalankan. Mulanya perdagangan pesisir pantai seperti dengan
Mesir, Syria.
2.
Athens dan Corinth kekurangan makanan
kerana kurang tanah pertanian, maka mereka mendapatkan makanan dari kawasan
selatan dan Laut Hitam.
3. Athens juga
menjadi pusat pengumpulan barang dari timur.
4.
Cukai yang dikenakan di sini telah
menaikkan harga barang, kesannya ramai rakyat Yunani berpindah ke Alexandria
pada zaman Gracco –Rom.
b) Tamadun
India.
1.
Perdagangan dalam kerajaan Maurya
seperti di Anga dan Kalinga –barangannya seperti senjata, emas, gading gajah.
2.
Perdagangan antarabangsa dengan
Macedonia, Sri Langka, Asia Tenggara –pelabuhan terlibat : Tamralipti, Cambay,.
3.
Wujud persatuan perdagangan (sresthin)
di setiap Bandar –seperti Persatuan Tukang Kayu, tukang Logam.
4.
Matlamat persatuan ini, mengawal harga,
kualiti barang dan gaji pekerja –persatuan ini dikawal oleh raja.
5. Mata wang emas
digunakan ketika zaman Gupta.
6. Perusahaan utama
–sutera (di Bengal), kain kapas, emas.
7.
Cukai hasil perdagangan buah –buahan dan
pertanian dikutip untuk menyara tentera, pentadbir dan raja.
8. Zaman Gupta
–memperoleh rempah dari alam Melayu, tembikar dari China.
c) Tamadun
China.
1.
Kemajuan pertanian menambah hasil petani
seperti kolar kuda menarik tenggala untuk membuat batas, penyisir tanah ,
tanaman bergilir, teres bukit dan terusan.
2.
Perusahaan tembikar, logam, sutera
(zaman Dinasti Han) –didagang ke alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.
3. Mula –mula
melalui Jalan Sutera (darat), kemudian Jalan Laut (Dinasti Tang).
4. Di
China muncul persatuan perdagangan yang melahirkan ramai golongan pertengahan
kesan perdagangan dalam negeri, ia turut memajukan pengangkutan di China
seperti jalan raya, jambatan, kereta kuda dan kereta lembu.
(6) Pendidikan
a) Tamadun
Yunani.
1.
Di Athens –pendidikan bertujuan
melahirkan manusia seimbang (rohani dan jasmani) seperti aktiviti pendidikan,
sukan, sastera, pidato, muzik, menulis.
2.
Di Sparta –pendidikan untuk melahirkan
tentera yang gagah dan setia kepada negara kota (kemahiran fizikal dan senjata
amat dipentingkan).
3.
Banyak sekolah falsafah dibina seperti
di Athens, Thebes yang melahirkan sejarawan seperti, Herodotus, pemikir sains
seperti Thales, Anaxagoras.
4. Athens menjadi
pusat cendiakawan penting ketika pericles.
b) Tamadun Rom.
1. Mereka
menyerap unsur Yunani pada peringkat awal.
2.
Pendidikan mementingkan aplikasi
pratikal ilmu –contohnya membina infrastuktur dan kemudahan awam.
3. Pendidikan ini
melahirkan jurutera pengairan, bangunan.
c) Tamadun
India.
1.
Pendidikan bermula pada zaman Vedik yang
mementingkan agama Hindu yang mendominasi oleh kaum lelaki.
2. Mereka
menggunakan kitab veda dalam bahasa Sanskrit.
3. Keadah yang
digunakan ialah menghafal kitab Veda.
4. Tumpuan
pendidikan ialah agama (persediaan selepas mati ).
5.
Pendidikan awal terdapat di istana dan
rumah.
6.
Kemudian lahir sistem pendidikan tinggi
di kolej Brahman, universiti agama Buddha di Nalanda.
7. Untuk
menjadi Brahmin mereka harus menghafal Veda yang menggandungi peraturan ritual,
mentera dan lagu –lagu agama, mempelajari karya saintifik dan falsafah.
8.
Zaman seterusnya pendidikan untuk
meningkatkan ilmu sains, mengatasi buta huruf dan mendapat jawatan kerajaan.
d) Tamadun
China.
1. Matlamat
pendidikan untuk lulus peperiksaan awam.
2. Tiga peringkat
pendidikan ialah rendah, menengah, tinggi.
3. Peringkat rendah
–mengenal/menghafal tulisan ideogram dan 9 buku suci.
4. Peringkat
menengah –menumpukan karangan dan sastera.
5. Peringkat tinggi
–menterjemah buku suci.
6.
Peperiksaan awam 3 tahap –Hsiu Tai
(ijazah pertama), Chun –Jen (sarjana) dan Chin Shih (doctor falsafah).
7.
Peperiksaan tahap 1 di daerah, tahap 2
di ibu kota daerah dan tahap 3 di ibu kota empayar (di istana / di hadapan
Maharaja).
8.
Peluang kerjaya –menjadi pegawai
kerajaan dan pada tahap 3 mereka akan menjadi pendidik.
9. Waktu
peperiksaan –tahap 1(3 tahun 2 kali), tahap 2 dan 3 (3 tahun I kali).
a) Tamadun
Yunani.
1. Ahli falsafah
seperti Herodotus, Socrates, Aristotle, Plato.
2. Isu utama –nilai
individualisme, kehidupan manusia, demokrasi.
3. Herodotus ialah
bapa sejarah, karyanya ialah
„ History o
4.
Thucydides seorang
pengasas sejarah saint
Peloponnesia
War?.
5. Falsafah Yunani
mengajar manusia berfikir secara rasional dan sikap ingin tahu.
6.
Plato dalam buku republik menyatakan
masyarakat dan negara yang baik di perintah oleh ilmuan dan ahli falsafah.
7. Aristotle (guru
Alexander the Great) –membincangkan cara berfikir yang teratur.
b) Tamadun Rom.
1.
Mengambil falsafah Yunani contohnya
falsafah Rom (stoisisme) diasaskan oleh Zeno (ahli Yunani).
2.
Falsafah ini mengajar kebahagian dan
nasib manusia bergantung kepada alam, penekanan kepada keadilan, tanggungjawab,
keberanian dan perikemanusiaan.
c) Tamadun
India.
1. Falsafah
terawal di dunia direkod ialah falsafah India.
2.
falsafah mereka bersumberkan kitab Veda seperti Rig Veda, Yajur Veda,
Upanishad. 3. Falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran seperti Carvaka,
Buddhisme.
d) Tamadun
China.
1. Falsafah
China menekan hubungan manusia dengan manusia. Sumber utama –
Confucianisme,
Taoisme, Mo Tzu, tetapi Mo Tzu (Mencius) menolak Confucianisme.
2. Mo Tzu
menekankan hubungan manusia dengan alam sekitar.
3.
Falsafah Legalisme
pula –undangberasaskanakanmemberi
fahama
nilai baik??.
a) Tamadun
Yunani.
1. Thales telah
mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba.
2.
Pythagoras –memperkenalkan Teorem
Pythagoras dan mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba dan Babylon.
3. Hippocrates
–Bapa Perubatan.
4. Archimedes –ahli
matematik dan fizik, teorinya ialah isipadu air dan gravity.
5. Ptolemy –ahli
astronomi Yunani.
6. Sistem angka
Yunani ialah herodianic dan ionic.
b) Tamadun Rom.
1.
Boethius –mendapat pengaruh matematik
Yunani, beliau mengaitkan matematik dengan muzik, geometri, astronomi.
2. Ilmu
pelayaran (ciptaan perahu layar) –memajukan perdagangan dengan Yunani, India
dan China.
c) Tamadun
India.
1. Ilmu
astronomi diambil daripada kitab Rig Veda.
2.
Ilmu matematik India seperti konsep geometri, angka Brahmin, angka Kharosti. 3.
Ilmu perubatan –berkaitan dengan fisiologi (yoga).
d) Tamadun
China.
1. China menganggap
astronomi ialah ilmu sains negara.
2.
Ilmu perubatan –berkaitan konsep Yin
Yang (keseimbangan membolehkan manusia sihat).
(9) Seni Bina.
a) Tamadun
Yunani.
1. Aeropolis
oleh Pericles –atas tujuan keagamaan dan pusat kegiatan.
b) Tamadun Rom.
2. Colloseum
–pahlawan bertarung dan teater.
c) Tamadun
India.
1. Stupa Besar di
Sanchi –tujuan keagamaan.
2. Great Bath
–binaanya baik dan lengkap.
3. Kompleks kuil di
Gua Ajantha dan Gua Ellora –bercirikan agama Buddha/Hindu.
4. Menara pelbagai
bentuk –kon, kubah dan pagoda.
d) Tamadun
China.
1.
Tembok Besar China –kubu pertahanan
sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking.
2. Bandar purba
tembok batu –Changan, anyang, Peking.
3. Mereka turut
menggunakan tanah liat, batu –bata, pintu gerbang, parit besar, menara.
4.
Kota Larangan –istana maharaja yang
banyak dewan. (balai penghadapan, temapt hukuman, keraian) dan taman.
5. Kuil dan Pagoda
–temapt tinggal, ruang tamu, pemujaan.
(10) Bahasa dan
Kesusasteraan.
a) Tamadun
Yunani.
1. Hesiod –penyair
dan penulis puisi Theology dan Works and Days.
2. Homer
–menghasilkan Lliad dan Odyssey.
3.
Tulisan orang Phoenecia tersebar di
Yunani ( ditambah huruf vokal ), kemudian ko Rom dan Asia Tenggara (huruf
rumi).
b) Tamadun Rom.
1. Penulis dan
penyajak patriotisme –Cicero dan Virgil
c) Tamadun
India.
1. Masyarakat
Dravidia –bahasa Telegu, Malayalam.
2.
Masyarakat Indon –Arya –bahasa Sanskrit
yang melahirkan bahsa Hindi, Urdu, Punjabi.
3. Sastera India
terbahagi 3 iaitu vedik, epik dan sajak.
4. Epik Mahabharata
dan Ramayana –mengenai tentera baik dan tentera jahat.
d) Tamadun China
.
1. Wujud dialek
–Mandarin, Wu, Hakka, Kantonis.
2. Ssu –ma Chien
mencipta karya sastera
prosa „?
3. Tokoh puisi –Tu
Fu, Li Po (semasa Dinasti Tang).
4. Ketika Dinasti
Han –terpelajar perlu mampu bersajak.
(11) Sistem
Sosial.
a) Tamadun
Yunani.
1.
Di Athens terbahagi 3 kumpulan
–warganegara (ada hak politik), bukan warganegara dan hamba (tiada hak
politik).
2.
Di Sparta 3 kelas –warganegara tulen,
pekerja/artisan/pedagang, helot (penguasaha tanah / majoriti).
b) Tamadun Rom.
1. Terbahagi
tiga –warganegara (orang Rom), bukan warganegara (penduduk taklukan)
dan hamba.
c) Tamadun
India.
1. Sistem 4
kasta utama –Brahmin, Ksyatria, Vaisya, Sudra.
2. Perkahwinan
lelaki/wanita dan bercampur gaul kasta berbeza tidak dibenarkan.
d) Tamadun
China.
1.
Terbahagi 3 kelas utama –atasan (pentadbir seperti maharaja dan keluarganya,
bangsawan dan sida –sida ), rakyat bawahan (petani, artisan), dan
hamba.Kumpulan dua dan tiga ialah kumpulan sokongan.
2.
Confiucius membahagikan 4kelas –teratas
(sarjana/pegawai), ke-2(petani), ke-3(tukang), terbawah(pedagang).
3. Setiap individu
boleh bertukar kelas.
(12) Sumbangan
tamadun kepada dunia hari ini
a) Tamadun
Yunani.
1. Demokrasi
–rakyat terlibat secara langsung.
2. Kesan di
Malaysia –demokrasi berparlimen.
3. Aristotle,
Socrates, Plato menjadi rujukan falsafah moden.
4.
Karya Iliad masih dirujuk.
5. Teknologi
matematik dan sains masih diterima pakai.
6. Sukan Olimpik
terus diadakan 4 tahun sekali hingga kini.
b) Tamadun Rom.
1. Republik- sistem
2 konsul.
2. Zaman
kini di India, Perancis dan Afrika Selatan –mempunyai unsure demokrasi memilih
president.
3. Aqueduct,
Collosium menjadi sumber pelancongan.
4. Bahasa Latin
digunakan agama Kristian.
c) Tamadun
India.
1. Agama Buddha dan
Hindu hingga kini.
2. Stupa, candi dan
pagoda menjadi sumber pelancongan.
3. Bahasa Sanskrit
digunakan agama Hindu/Buddha.
4. Karya Ramayana
Mahabharata masih dirujuk.
d) Tamadun
China.
1. Confucianisme
dan Taoisme menjadi amalan hingga kini.
2. Tembok Besar
China menjadi sumber pelancongan.
3. Mewariskan
teknologi kertas dan tembikar.
(13) Kemunculan
Agama dan Ajaran Utama Dunia.
a) Agama Hindu
1. Perkataan Hindu
mulanya merujuk penduduk di Sg Sindhu (Indus).
2.
Kemunculan agama ini tidak dapat
dikenalpasti. Dikatakan muncul ketika tamadun Indus dan kian jelas pada zaman
Vedik dengan adanya kitab Veda (pegangan Hindu ).
3.
Percaya tuhan 3fungsi –Brahman
(mencipta), Vishnu ( memelihara) dan Siva (membinasa).
4.
Enam aliran agama ini ialah Saivisme,
Vaishnavisme, Saktham, Ganapathyam, Kaumaram dan Saura.
5. Hindu didominasi
golongan Brahmin.
6.
Zaman Gupta ialah zaman kegemilangan
Hindu, zaman Maurya dan Asoka pula Buddha menjadi saingan Hindu.
7.
Hukum Karma –berkaitan kelakuan manusia
semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati, kelahiran ini bergantung Karma
(kelakuan baik/buruk ketika hidup).
8.
Tujuan hidup untuk mencapai Moksya
(kebebasan mutlak ), sesiapa mencapai Moksya akan bersatu dengan tuhan dan
tidak akan lahir ke dunia.
9. Syarat mencapai
Moksya perlu berbuat bsik semasa hidup.
b) Agama Buddha
1. Diasaskan oleh
Siddharta Gautama (dikenali Buddha).
2.
Kemunculannya kesan penentangan golongan
Ksyatria terhadap Brahmin dalam hal agama.
3. Sistem
kasta yng ketat menyebabkan Gautama mencari kebenaran dengan bertapa di bawah
pokok bodhi di Uruveda. Kebenaran yang di temuinya dipercayai akan melepaskan
diri manusia daripada kesengsaraan.
4. Asas
ajarannya ialah empat kebenaran mulia (kesengsaraan dan kepehitan hidup adalah
lumra, kesengsaraan berpunca daripada nafsu memperoleh kekayaan, cara mengelak kesengsaraan dengan mengatasi nafsu, cara
Lapan Lapis Mulia”).
5.
Empat kebenaran dapat dicapai melalui
lapan jalan, antaranya pengetahuan yang baik, membuat amalan suci seperti
bersedekah.
6.
Kegemilangan agama ini ketika zaman
Asoka, ia menjadi agama rasmi kerajaan Maurya dan berkembang ke Tibet, Sri
Lanka, Asia Tenggara dan China.
7. Agama ini
menggunakan bahasa Pali dan kitab Tripitaka.
c) Agama
Kristian.
1.
Diasaskan oleh Jesus Crist yang berasal
dari Jerusalem.
2. 25 Disember
tarikh lahir Jesus (Hari Natal ).
3. Dua kitab suci
(Old Testament dan New Testament) dikenali sebagai Bible.
4.
Pada mulanya agama ini mendapat tentagan
orang Eropah termasuk pemerintah Rom. Sebelum kedatangan Kristian orang Eropah
majoritinya adalah pagan (tiada agama).
5.
Kristian diterima pada zaman Rom semasa
pemerintahan Constantine. Beliau mengecualikan kerja berat kepada mereka yang
menjalankan aktiviti agama ini.
6. Hari Ahad
dikhaskan kepada aktiviti agama.
7.
Agama ini terus berkembang dari Zaman
Rom dikenali Empayar Kristian, kejatuhan Rom tidak meruntuhkan Kristian malah
terus kukuh ketika Zaman Pertengahan.
d) Agama Islam.
1. Islam diwahyukan
kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui malaikat Jibril di Gua Hira.
2.
Islam ditentang oleh kaum Quraisy Makkah
dan nabi pun berhijrah ke Madinah. Islam bertapak kuat bermula di sini.
3.
Dua teras agama ini ialah akidah
(keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah) dan syariah (undang –undang
yang terkandung dalam Al-Quran dan as –sunnah).
4. Orang Islam
wajib yakin Rukun Iman dan Rukun Islam.
1. Diasaskan oleh
Confucius yang lahir di Lu.
2.
Beliau menjadi pegawai kerajaan di Lu,
tetapi meletakkan jawatan –mengembara menyebar idea kepada orang China.
3. Beliau di sembah
sebagai salah satu dewa orang China.
4.
Ajarannya menekankan prinsip moral
tinggi yang didapati daripada pendidikan seperti perimanusiaan (ren),
kesusilaan (li), taat ibubapa (xiao).
f) Taoisme.
1. Pengasasnya Lao
Tze yang lahir di Chu.
3. Bukunya Tao Te
Ching –mengandungi falsafah Taoisme.
4. Ajarannya
seperti konsep Tao (jalan) –setiap tindakan ditentukan oleh Tao, maka manusia
tidak boleh bertindak terhadap apa- apa yang berlaku pada alam (wu –wei ), jika
bertindak manusia akan merosakkan dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan