BAB1 :
KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
( 1 ) Zaman
Prasejarah
a ) Apakah Zaman
Prasejarah.
1. Zaman ini
manusia belum mengenali tulisan .
2. Kajian zaman ini
dilakukan oleh ahli arkeologi .
3. Empat tahap
zaman ini ialah Zaman Paleotik , Mesolitik , Neolitik dan Logam .
4. Zaman Logam
terbahagi dua iaitu zaman gangsa dan besi .
b ) Ciri –ciri
Zaman Paleolitik dan Mesolitik .
1. Hidup secara
nomad –berpindah randah .
2. Tempat tinggal –tepi
tasik/sungai dan dalam gua .
3. Cara hidup
–kelompok keluarga dan berkumpulan
4. Menyara hidup
–menangkap ikan , memburu binatang , memungut hasil hutan .
5. Alat –alat batu
–lebih kasar yang mengutamakan fungsinya bukan nilai seni
c ) Ciri –ciri
Zaman Neolitik .
1. Hidup menetap
dalam kelompok besar dan ternak binatang .
2. Menyara hidup
–bercucuk tanam dan ternak binatang .
3. Mempunyai bahan
tembikar .
4. Alat –alat batu
–lebih halus/licin dan pelbagai fungsi.
5. Mula mewujudkan
pengkhususan kerja.
6. Hasil artifak
mereka lebih baik.
7. Pada akhir zaman
ini, mula melebur logam.
8. Sistem barter
berlaku kesan hidup menetap dan lebihan hasil makanan.
d) Ciri –ciri
Zaman Logam.

1. Zaman ini
terbahagi dua iaitu zaman Gangsa dan Besi.
2. Penggunaan besi
menghasilkan ciptaan perahu dan rumah.
3. Mereka mula
meneroka laut.
5. Petempatan mula
membesar menjadi kota/bandar.
6. Mereka juga mula
membina kota pertahanan.
7. Contoh Bandar
–Catal Huyuk di Turki, Jericho di Jordan.
(2) Tamadun
Manusia
a) Apakah makna
tamadun.
1. Tamadun bererti
peradaban.
2. Perkataan
TAMADUN daripada bahasa Arab contohnya mudun, madain dan madana.
Rumusannya bermaksud ‘tinggi
budi bahasa.
3.
CIVILIZATION ( dalam bahasa Inggeris)
daripada perkataan Greek iaitu civitas bermaksud bandar.
4. Konsep tamadun
barat ialah pembangunan lahiriah (kebendaan) seperti undang –
undang dan
pembandaran.
5. Orang barat
menolak kemajuan rohaniah.
6.
Konsep Islam meliputi pembangunan
lahiriah dan rohaniah, Islam juga mengambil kira kemajuan tatasusila dan
kebudayaan yang luhur.
7. Orang barat yang
menyokong kemajuan rohaniah ialah Richard Sullivan.
b) Ciri –ciri
tamadun.

1. Pembentukan
tamadun
–hasil
kemajuan pemikiran dan rohaniah manusia.
2. Petempatan
kekal –corak hidupnya
sistematik, bekalan makanan berterusan, kemajuan pertanian dan
penternakan, menyimpan makanan dan mempunyai alatan seperti cangkul, teknologi
pengairan dan lebihan makanan yang menampung pertambahan penduduk.
3. Kehidupan
berorganisasi –merangkumi sosial,
ekonomi dan politik. Hidup mereka stabil dan makmur, bermula dengan
sistem keluarga kemudian menjadi kompleks kerana penduduk bertambah dan ekonomi
pelbagai. Sistem sosial berbentuk piramid, bangsawan diketuai oleh raja (atas
sekali) pembesar seperti ahli agama, ketua keluarga/kelompok,
dan hamba (bawah
sekali).
4. Sistem
Pemerintahan –untuk menjalankan
pentadbiran. Ketua menggunakan unsur magis dan dianggap wakil tuhan.
Perundangan dicipta untuk keamanan dan kemakmuran.
5. Pengkhususan
pekerjaan –berlaku kesan
kestabilan politik. Barang terhasil kerana kepakaran kumpulan tertentu.
Kemudian berlaku system barter, kemudian berlaku perdagangan, pertukaran ilmu
pengetahuan, teknologi, budaya dan hubungan dengan tamadun luar.
6. Agama
dan kepercayaan –manusia mula
dengan kepercayaan Animisme. Mereka percaya kuasa ghaib menguasai alam
sekeliling maka mereka menyembah pokok dan matahari. Kemudian mereka beragama,
bermula dengan menyembah lebih dari satu tuhan (politeisme).
7. Bahasa
dan tulisan –bahasa terawal seperti
heogrolif,cuneiform dan ideogram. Kepentingan bahasa dan tulisan ialah
memperkembangkan ilmu pengetahuan, perhubungan, pentadbiran, keagamaan, idea
dan pemikiran.
(c) Bagaimanakah
proses pembentukan tamadun berlaku.
1. Bermula dengan
penyesuaian manusia dan alam sekeliling.
2.
Manusia memilih lembah sungai untuk
petempatan kerana tanahnya subur untuk pertanian, air dan pengangkutan.
3.
Contoh tamadun di lembah sungai ialah
Mesopotamia di sungai Tigris dan Euphrates, Mesir purba di sungai Nil, Indus di
sungai Indus dan Hwang Ho di Sg. Hwang Ho.
(a) Dimanakah
lokasi tamadun Mesopotamia.
1. Tamadun paling
awal.
2. Mesopotamia
dalam bahasa Greek bermakna tanah di antara dua sungai.
3.
Terletak di sungai Tigris dan Euphrates
yang mengalir dari pergunungan Turki ke lembah Iraq hingga ke Teluk Parsi.
4.
Dikelilingi pergunungan Zagros di timur
laut, dataran tinggi Arab di barat daya dan teluk Paarsi di selatan.
b)
Bilakah tamadun Mesopotamia berlaku.
1. Bermula daripada
zaman Neolitik.
2.
Kemudian muncul kerajaan Sumeria, Akkad,
Ur, Babylon, Kassities, Assyria,Chaldea dan Parsi.
3. Selepas kerajaan
Parsi maka runtuhlah kerajaan orang Mesopotamia.
(c) Proses
pembentukan tamadun Mesopotamia.
1. Terbahagi dua
iaitu utara dan selatan Bandar Baghdad.
2. Tamadun bermula
di selatan iaitu Sumer.
3. Ia dimulakan
oleh masyarakat Neolitik.
4. Kemudian
orang Sumeria Berhijrah ke situ membina petempatan, bertani dan membina
pengairan, sehingga berlaku lebihan makanan dan pertambahan pendudukan.
5. Daripada
kampung akhirnya menjadi Bandar seperti Kish, Ur dan Mari yang terletak di
sepanjang sungai dan terusan.
d) Ciri- ciri
tamadun Mesopotamia.
1. Negara Kota :
Mempunyai
kawasan utama –iaitu
pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan.
Kubu pertahanan –lengkap dengan
pelbagai pintu gerbang.
lebar.
Pusat kota –ialah rumah
ibadat.
Pengangkutan –seperti kapal,
pedati dan keldai.
Hubungan luar –melalui jalann
laut, Bandar dan negara kota.
2. Organisasi
sosial :
Terbahagi dua
iaitu pemerintah dan rakyat .
Pemerintah
terdiri dari raja , ketua pendeta , ketua tentera , dan bangsawan .
Rakyat
terbahagi dua iaitu rakyat bebas ( seperti petani , artisan , pedagang ) dan
hamba (tawanan perang ) .
3. Sistem
pemerintahan :
Berbentuk
Teokrasi –raja dianggap tuhan
,wakil tuhan dan pemilik negara kota . Walau bagaimanapun mereka tidak
menyembah raja , kecuali raja Raja Naramsin di
Akkad yang menganggap
dirinya terlalu agung
Raja menjadi
ketua pentadbir , ketua tentera , ketua pendeta .
Raja
juga menjadi ketua agama dan beliau melantik keluarganya memegang jawatan di
Zigurat .
Zigurat
ialah pusat ibadat , perdagangan ,dan menyimpan khazanah negara . Raja turut
dalam soal tanah , cukai, pertanian ,dan perniagaan .
Raja dibantu
oleh bangsawan yang ada ikatan keluarga .
4. Pengkhususan
kerja :
Ia berlaku
kerana wujudnya lebihan pertanian .
Maka
ada petani bertukar kerja menjadi perniaga , pedagang . Mereka berniaga hingga
ke Lembah Indus .
Perdagangan
penting kerana kurangnya hasil bahan mentah .
Maka
logam , kayu –kayan , emas ,dari luar kerajaan ditukarkan dengan hasil
pertanian mereka .
Terdapat
juga pengusaha tekstil , tembikar dan tukang rumah kesan pertambahan penduduk .
Ada
juga rakyat yang menjadi tentera mempertahankan negara kota daripada musuh .
5. Sistem
Tulisan :
Ia bermula dalam
bentuk gambar .
Kemudian
berbentuk simbol yang ditulis di atas tanah liat kerana tiada kertas . Tulisan
ini berbentuk pepaku dikenali sebagai cuneiform .
e) Apakah
sumbangan tamadun Mesopotamia .
1. Kod Undang
–undang Hammurabi :
Ia
digubaloleh Rja Hammurabi pemerintah Babylon . Ia berteraskan hak rakyat
terhadap keadilan .
Hukuman
mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis
masyarakat .
Ia dipahat pada
tembok dan tiang besar .
Ia menjadi dasar
perundangan tamadun Mesopotamia .
Undang –undang ini mengelakkan masalah pelbagai kaum
dan susun lapis masyarakat dan membawa perpaduan .
2. Hasil Tulisan
:
Melahirkan
jurutulis yang merekodkan urusan pentadbiran dan perniagaan –lengkap dengan
resit , nota dan surat kredit
Lahirnya
epik Gilgamesh –hasil sastera mengenai falsafah dan cara hidup orang
Mesopotamia .
3. Ilmu
pengetahuan :
Ilmu
astronomi –pencerapan pergerakan bulan ,bintang ,matahari telah
memperkembangkan ilmu matematik seperti tambah , tolak , darab ,dan bahagi .
Ilmu Astronomi membantu mereka menggunakan jalan laut.
Kalendar mereka
berasaskan system solar (12 bulan satu tahun ).
Ilmu
perubatan –mementingkan kesihatan tentera menggunakan ubatan herba . Ramuan
perubatan dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya dan cara mengubatinya
telah dicatatkan .
4. Pengangkutan
:
Roda menghasilkan kereta kuda untuk perang dan
ketika aman pula ia digunakan sebagai kincir air untuk pertanian dan mengawal
banjir .
Kapal
layar dan kenderaan roda menghubungkan mereka dengan wilayah di India dan Laut
Mediterranean .
5.
Seni bina :
Mereka membuat
batu –bata dari tanah liat .
Mereka mencipta
arca seperti patung raja Gudes .
Arca dan tiang
batu ada pada bangunan Zigurat .
6. Empayar
pertama dunia :
Raja
Sargon membina kerajaan Akkad (empayar pertama dunia )yang menyatukan wilayah
–wilayah kerajaan Sumeria .
Beliau juga
membentuk masyarakat berestika .
7. Perpustakaan
diraja :
Dibina oleh
Ashurbanipal di Bandar Nineveh .
a) Dimanakah
lokasi tamadun Mesir Purba .
1. Di tebing
sungai Nil dari utara Mesir ke Laut Mediterranean .
2.
Sg Nil berpunca dari sg Nil Biru dari Ethiopia dan sg Nil putih dari Uganda .
3. Tanah Sg Nil amat subur untuk pertanian dan petempatan .
b) Bilakah
tamadun Mesir Purba berlaku.
1. Bermula daripada
zaman Neolitik .
2.
Kemudiannya di sekitar delta dan
bahagian pertengahan Mesir wujud pula tamadun awal .
3.
Tamadun terbahagi empat zaman iaitu
zaman awal , zaman pertengahan , empayar , dan keruntuhan .
4.
Zaman kejatuhan Mesir diperintah oleh
orang asing seperti orang Libya , Assyria , Parsi , Yunani dan Rom.
c) Proses
pembentukan tamadun Mesir Purba.
1. Lembah Nil
mulanya didiami oleh manusia zaman Gangsa .
2. Alat logam
membantu mereka membina parit dan pengairan .
3. Ia membantu
menyuburkan tanah pertanian dan pertempatan .
4. Beberapa kampung
kemudian membentuk Bandar dan seterusnya daerah .
5. Akhirnya
daerah –daerah dicantumkan dengan salah sebuah Bandar seperti Memphis dan
Thebes membentuk pusat pentadbiran Tamadun Mesir .
d) Ciri-ciri
tamadun Mesir Purba 1. Pusat pentadbiran Firaun :
Firaun
Menes menyatukan semua daerah di bawah satu pusat pentadbiran di bandar Thinis
.
Kemudian
berpindah ke Bandar Memphis , Thebes , Heliopolis , Fayoum dan Abydos . Di
pusat Bandar terdapat kediaman Firaun , pusat pentadbiran , pelabuhan , dan
keagamaan .
Firaun
(atas sekali ) –raja berkuasa mutlak , dianggap sesuci , diwarisi turun
–temurun . Antara gelaran Firaun –Tuhan Horus , Raja Matahari , (dipercayai
anak tuhan matahari iaitu Amon –Re ) . Ia juga ketua pendeta, pemilik tanah,
ketua hakim dan ketua pahlawan
.Selepas
Firaun –bangsawan, rahib, tuan tanah dan jurutulis . Kemudian rakyat bebas
–petani, pedagang, artisan .
Hamba (bawah
sekali).
3. Sistem
pemerintahan :
Diterajui
oleh Firaun yang di bantu oleh bangsawan bagi menjalankan pentadbiran, menjaga
keamanan , mengagih dan mengurus hasil makanan .
Bangsawan
ialah pembesar seperti pegawai, penasihat dan gabenor wilayah yang ditakluki.
Kemudian Rahib
yang mengawal hal keagamaan.
Urusan
pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis (orang awam yang dilantik untuk menulis
rekod kerajaan).
Wanita
pernah menjadi firaun iaitu Firaun Hatshepsut yang berjaya memajukan pertanian
dan terusan.
Pemerintahan
firaun meliputi Nubia, Palestin, Lubnan, hingga ke Syria.
4.Pengkhususan
kerja :
Contohnya
menenun, membuat tembikar, melombong emas di Nubia. Eksport Mesir –seperti
tekstil, kertas.
Kegiatan
perdagangan maju kerana banyak kapal dari Laut Mediterranean dan Laut Merah
berlabuh di pelabuhan Thebes, Memphis.
5.Konsep
politeisme dalam agama
Tuhan orang Mesir dikaitkan dengan alam seperti Re
(Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit).
Mereka
percaya hidup selepas mati –mayat disimpan rapi, lengkap dengan alat dan
keperluan hidup. Alat kebesaran dan keperluan yang disertakan mengikut status
mayat.
Tulisan mereka
dikenali sebagai hiegroglif.
Tulisan ini
hasil kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi.
Tulisan
digunakan untuk mencatat rekod pertanian, kutipan cukai dan untuk tujuan
keagamaan.
e) Apakah
sumbangan tamadun Mesir Purba.
1. Seni bina
Seni bina piramid hasil ilham Imhotep (saintis, ahli
fizik, arketik, perubatan, pengarang, dan penasihat firaun ).
Imhotep membina
bangunan menggunakan batu- bata.
2. Kertas :
Mereka mencipta
kertas daripada pokok papyrus.
Kertas
digunakan untuk menyimpan khazanah bangsa (penulisan) menggantikan kepingan
batu bata.
3. Tulisan :
Tulisan
hiegrolif terpahat pada makanan dan batu.
Tulisannya amat
halus, cantik dan seni.
4. Pendidikan ;
Untuk
kanak- kanak keluarga atasan dan diberikan sejak umur rendah. Dikendalikan oleh
rumah ibadat dan ditadbir oleh kerajaan.
Tujuan
pendidikan melahirkan pegawai kerajaan khasnya jurutulis terlatih.
5. Ilmu
perubatan :
Pengamal
perubatan diberi status tinggi dan berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.
Mereka memumiakan mayat kerana ia berkait dengan kepercayaan orang Mesir.
Mereka mahir dalam bidang fizik, kimia dan perubatan.
Ilmu geometri, matematik dan sains melahirkan
pengurus pertanian, bekalan air dari Sg. Nil, bangunan dan pyramid.
Mereka
menggunakan ilmu ini untuk mengawal banjir .
Pengetahuan
matematik dan sains berjaya menukar padang pasir menjadi kawasan pertanian
hasil kemajuan pengairan .
Ilmu
matematik dan astronomi turut membantu orang Mesir mencipta kalendar 365 hari
dan 12 bulan setahun .
( 5 ) Tamadun
Indus .
a ) Dimanakah
lokasi tamadun Indus
1. Tamadun terawal
di India terletak di Sg. Lembah Indus (barat laut India).
2. Sungai ini
berpunca dari pergunungan Himalaya mengalir menuju ke laut Arab .
3. Tamadun ini juga
di kenali sebagai tamadun Harappa .
4.
Ia di kelilingi Bandaran Makran ,
Pergunungan Baluchisan , Punjab dan Rajasthan ( timur ), serta Kathiawar dan
Gujerat ( tengara ) .
b ) Bilakah
tamadun Indus berlaku .
1.
Muncul 2500 S.M. dan merosot 1800 S.M.
2. Kemorosotannya
disebabkan serangan orang Aryan , banjir , kemarau dan gempa bumi.
c ) Proses
pembentukan tamadun Indus .
1.
Bermula di barat laut India yang didiami
oleh orang nomad yang memburu dan mengumpul makanan.
2.
Kemudian wajud petempatan kekal kerana
sumber air dan tanah yang subur di Lembah Indus.
3. Seterusnya
hasil pertanian dan penduduk bertambah menyebabkan perkembangan Bandar seperti
Mohenjo –Daro dan Harappa, serta pelabuhan Lothal dan Sutkagen Dor.
d ) Ciri –ciri
tamadun Indus .
1. Bandar
terancang :
Terbahagi kepada
dua bahagian iaitu:
Bahagian
utama –mempunyai pusat pentadbiran dan keagamaan, bangunan pentadbiran, tempat
mandi awam, dan tempat menyimbah kawasan pertanian .
Bahagian kedua
–kawasan perumahan.
Kemajuan
Bandar ini dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan. Ia juga hasil
sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
Bandar
di sini berasaskan blok –blok segi empat yang dipisahkan antara blok oleh jalan
raya lurus yang bersambung antara satu sama lain
Bandar ini
lengkap dengan sistem kumbahan.
Bandar ini
dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan.
2. Organisasi
sosial :
Terbahagi
dua golongan, atasan dan bawahan. Golongan atasan ialah pendeta, pedagang.
Pendeta
berkuasa berkaitan hal keagamaan menyebabkan golongan bawahan taat kepadanya.
Pendeta
dianggap pemerintah kerana tiada bukti wujudnya raja di sini. Golongan bawahan
ialah petani dan buruh.
Petani
menyerahkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa.
Buruh
menjalankan kerja buruh seperti menjaga kebersihan Bandar, membina tembok dan
terusan.
3. Pengkhususan
pekerjaan :
Kegiatan ekonomi mereka ialah perdagangan,
pertanian,pertukangan , dan pembuatan . Perdangangan luar sehingga ke
Mesopotamia, buktinya cap mohor masyarakat Indus ada di Mesopotamia.
Hasil
dagang seperti emas, gading, manik dan pertanian. Petani menanam barli dan
kacang.
Artisan
menghasilkan barang logam dan tembikar.
4. Amalan agama
:
Patung
proto –Siva (seseorang yang duduk bersila dan ada tiga tanduk di kepala)
melambangkan dewa Brahma, Siva dan Vishnu. Patung ini berkaitan dengan agama
Hindu.
Mereka juga
percaya Tuhan ibu sebagaimana masyarakat Mesopotamia, Syria, Palestin.
Sistem
tulisan mereka berbentuk piktograf tetapi ia masih misteri dan belum dapat
ditafsirkan.
e) Apakah
sumbangan tamadun Indus.
1. Perancangan
Bandar :
Kepakaran mereka
ialah menentukan letakan bandar.
Merancang
Bandar memerlukan kemahiran ilmu geometri, kesenian, matematik dan pembinaan.
Mereka
mempunyai bahan binaan bermutu, di mana batu –bata daripada tanah liat dibakar
pada suhu tinggi.
2. Sifat
keterbukaan :
Sikap
terbuka menyebabkan mereka berhubung dengan masyarakat Mesopotamia dan Mesir
Purba.
Hubungan ini membawa kepada pertukaran teknologi
yang disesuaikan dengan keadaan tempatan.
a) Dimanakah
lokasi tamadun Hwang Ho
1.
Muncul di Sg. Hwang Ho yang subur (utara China –dari tanah tinggi di barat
hingga ke Teluk Bo Hai di timur)
2. Bersifat
setempat kerana keadaannya bergunung –ganang dan padang pasir.
b) Bilakah
tamadun Hwang Ho berlaku.
1. Bermula pada
zaman paleolitik (jumpaan Peking Men).
2. Kemudian zaman
Neolitik –bertani dan menternak.
3. Seterusnya
Dinasti Hsia (dinasti pertama/belum dipastikan).
4.
Selepas itu Dinasti Shang dan diganti
pula oleh Dinasti Chao kerana kezaliman pemerintahan.
c) Proses
pembentukan tamadun Hwang Ho.
1. Kesuburan Hwang
Ho menyebabkan nomad menetap di sini.
2. Tapak Banpo
berdekatan Badar Sian adalah petempatan awal penduduk Hwang Ho.
3. Mereka bertani,
menternak dan berburu.
4. Kemudiannya
muncul bandar seperti Anyang di Sg. Huan.
5. Ketika
disnati Shang –berlaku perluasan wilayah dan penyebaran budaya di Lembah Hwang
Ho.
6. Ketika Dinasti
Chao- meluas ke selatan Sg. Yangtze.
d) Ciri –ciri
tamadun Hwang Ho.
1. Negara Kota :
Perkembangan
pertanian membawa kepada kemunculan Bandar seperti negara kota Anyang di Sg.
Huan.
Di sini terdapat
istana, kuil dan pusat pentadbiran.
Raja, pembesar
dan golongan agama tinggal di Bandar ini.
Bandar
Anyang lengkap dengan tembok penghalang musuh dan dikelilingi perkampungan
petani.
2. Organisasi
sosial :
Lapisan atas –raja
(teraju) dan pembesar
Lapisan
bawah –petani (luar Bandar disekelilingi kota), dan artisan (mahir teknologi
gangsa seperti membuat senjata, perisai dan hiasan).
Lapisan paling
bawah –hamba.
3.Pengkhususan
pekerjaan :
Pembesar
mempunyai tentera kereta kuda dan berjalan kaki. Petani memenuhi keperluan
golongan atasan.
Golongan
artisan mencipta tembaga (bekas minuman dan makanan), senjata dan tembikar.
Hamba sebagai
tentera paksaan dan buruh upacara korban dan penyembahan.
4) Sistem
pemerintahan Dinasti Shang :
Pengganti
raja ialah saudara lelaki lebih muda atau anak lelaki raja. Raja berkuasa di
pusat pentadbiran.
Raja
mendapat mandat daripada tuhan dan tidak perlu pengesahan politik. Raja dibantu
oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.
Bagi
wilayah diluar pusat pentadbiran, raja dibantu oleh golongan bangsawan yang
mentadbir wilayah. Maka bangsawan berhak memungut cukai, mengurus pertahanan
dan undang –undang.
Sistem ini
diasimilasikan oleh Dinasti Chao.
5. Sistem
pemerintahan Dinasti Chao :
Membahagikan
pemilikan tanah kepada wilayah –wilayah. Setiap wilayah dilantik pembesar
tempatan.
Pembesar ini berikrar taat setia kepada raja dan
diberi hadiah kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.
Mereka
juga melindungi raja dan menyediakan tentera ketika perang. Pembesar ini juga
menjadi ketua agama.
6. Keagamaan :
Mereka
mengamalkan kepercayaan animisme, politeisme.
Maka
mereka menyembah roh nenek moyang, tuhan syurga, tuhan bumi, sungai, bukit dan
gunung.
Upacara
agama menggunakan muzik, tarian dan upacara korban yang diketuai oleh bomoh.
Mereka juga
percaya tulang oracle yang boleh meramal sesuatu keadaan.
Bomoh
akan meletakkan tulang ini di atas unggun api hingga timbul rekahan yang boleh
ditafsir olehnya.
7. Sistem
Tulisan :
Rekahan
tulang oracle telah memberi idea tulisan di negeri China yang berbentuk
ideogram (tulisan simbol)
Pada mulanya tulisan ini berbentuk gambar seperti
bulan, matahari dan sungai. Kemudian berubah seperti tulisan hari ini.
e) Apakah
sumbangan tamadun Hwang Ho.
1. Pemerintahan
Monarki :
Sistem ini
berterusan hingga Dinasti Ching.
Beberapa
perubahan berlaku seperti konsep maharaja.
Maharaja
dikaitkan dengan anak syurga dan mandat syurga.
2. Kemajuan
pertanian :
Terusan
dibina untuk mengairi tanaman dan mengelak banjir, ia dimajukan oleh Shih Huang
Ti.
Teknologi
membajak, cangkul dan sabit dicipta. Petani telah mula menggunakan batas
tanaman. Kemudian alat pertanian kayu bertukar kepada besi.
3. Kemajuan
tulisan :
Tulisan meluas
dlam bidang penulisan dan pencetakan.
Tulisan
digunakan di sekolah China dan berkembang ke Korea dan Jepun.
4. Kepercayaan :
Kepercayaan
pemujaan roh nenek moyang kekal sehingga kini mengikut kesesuaian masa seperti
korban manusia diganti dengan makanan, duit kertas dan barang perhiasan. Konsep
Yin Yang (kuasa pasif dan aktif) serta Feng Hsui (keharmonian manusia dan alam
sekitar) juga masih diamalkan hingga kini.
5. Sistem
kelendar :
Kalendar Shang
ada 30 hari sebulan dan 360 hari setahun.
Raja menetukan
musim menanam dan menuai mengikut kalendar.
Kalender penting
untuk menentukan tarikh perkahwinan, memburu dan pengkebumian.
6. Falsafah
perang Sun Tzu :
Karya
The Art of War membicarakan hal perang bagi menangani musuh. Ia telah
diaplikasikan dalam urusan perniagaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan