BAB 10 : DASAR
BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP
EKONOMI NEGARA
( 1 )
Perkembangan aktiviti ekonomi sebelum dan semasa pemerintahan British.
a) Ekonomi
tradisional.
1.
Contoh ekonomi sara diri –melombong,
cucuk tanam, memungut hasil hutan, menangkap ikan.
2.
Pengeluaran skala kecil, teknologi
mudah, modal yang kecil,buruh yang terhad dan pasaran kecil.
3.
Lebihan pengeluaran –untuk tujuan
kenduri, zakat, sedekah, hadiah.
4. Padi pula
disimpan untuk bekalan hingga musim berikutnya.
5. Tanaman lain
–ubi, pisang, kelapa.
6. Ternakan –ayam,
itik, lembu untuk keluarga.
7. Teknologi mudah
–penanaman padi seperti tajak, cangkul, tugal,tenggala.
8. Sistem pengairan
mudah –sungai dan hujan.
9. Menangkap ikan
–mengail, bubu, jala.
b) Ekonomi
dagangan.
1. Pertanian dan
perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk pemasaran.
2. Pengeluaran
dalam skala yang besar, buruh yang ramai, modal besar, pemasaran lebih luas.
3. Bijih timah
dipasarkan ke China, Jepun, India.
4. Bijih timah juga
dibuat gendang gangsa, senjata, alat muzik.
5.
Kaedah melombong dengan mendulang
–diusahakan oleh pembesar seperti Long Jaafar, dan Ngah Ibrahim
6. Kawasan lombong
di sungai dan diusahakan oleh buruh tempatan.
7. Kedatangan
British meminggirkan ekonomi orang melayu. Wujud ekonomi duaan (dwiekonomi)
iaitu ekonomi tradisional dan ekonomi dagangan. Pantai barat dan timur juga
tidak seimbang ekonominya.
8. Akhirnya British mengambil alih ekonomi dagangan dan membawa masuk buruh
China.
c) Sistem
pertanian komersial.
1.
Pertanian komersial berasaskan kepada
eksport dan menjadi penyumbang utama kerajaan.
2. Contohnya
pertanian komersial ialah ubi kayu, lada hitam, tebu.
3. Maharaja Abu
Bakar telah menanam gambir dan lada hitam melalui sistem Kangchu.
4.
Pemodal China dan Eropah menuasai
pertanian komersial kerana mempunyai modal, teknologi, konsesi tanah yang luas
dan tempoh pajakan yang lama.
5.
Pemodal British telah menguasai getah,
pemodal China pulaa menguasai gambir dan lada hitam.
6. Pada masa ini,
masyarakat Melayu menjalankan ekonomi sara diri.
d) Perkembangan
perusahaan getah.
1. Getah
digunakan ketika revolusi Industri dalam industri kereta, maka getah ditanam di
Tanah Melayu.
2. pada
mulanya, getah ditanam di halaman kediaman Residen Hugh Low, Perak sebagai
tanaman hiasan.
3.
H.N Ridly (Pengarah Botanical Garden
Singapura) mempromosi tanaman getah dengan memberi benih percuma kepada
peladang.
4.
Beliau juga menemui sistem menoreh
ibidem (Cara tulang ikan hring) yang tidak merosakkan pokok.
5.
Industri barangan pengguna yang
memerlukan getah seperti kasut, tayar basikal dan alat elektrik.
6.
Modal milik pelabur Eropah turut
mengembangkan industri getah di Tanah Melayu, syarikat di London membawa masuk
modal melalui penubuhan syarikat perwakilan di Tanah Melayu seperti Guthrie,
Sime Darby.
7.
Dasar galakan British kepada pemodal asing
seperti sewa tanah dan tariff cukai yang rendah kepada pengusaha getah.
8.
Kemajuan jalan raya dan kereta api telah
menghubungkan kawasan pertanian dengan pelabuhan atau pusat pentadbiran telah
memudahkan pengusaha (golongan komprador).
9.
British juga membawa masuk pekerja India
Selatan bekerja di ladang getah dengan gaji yang murah.
e) Kejatuhan
perusahaan getah.
1.
Kemerosotan perusahaan getah berlaku
ketika Zaman Kemelesetan Ekonomi Dunia (1929 –1932).
2.
Ini bermakna ekonomi Tanah Melayu telah
mempengaruhi perkembangan ekonomi dunia.
3.
Industri getah pulih semula pda tahun
1934 kerana pertambahan permintaan dan kawalan negara pengeluar.
4. Rancangan
sekatan Stevenson diperkenalkan bagi menahan harga getah jatuh. Prinsip
rancangan ini ialah menghadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar agar
harga naik.
f) Perkembangan
industri perlombongan.
1.
galian Tanah Melayu –contohnya bijih
timah, emas, besi, arang batu, bauskit, antimoni.
2.
Bijih timah dan emas ialah galian
terawal diperdagangkan yang diusahakan secara kecil –kecilan oleh orang Melayu.
3.
Bijih timah mendapat permintaan
antarabangsa yang besaringga muncul pengusaha Eropah dan China mengambil alih
peranan pembesar melayu.
4. Kedatangan
pengusaha China pada awalnya dipantau oleh pembesar Melayu. Mereka perlu
mendapat kebenaran melombong dan menjual semula hasil timah ini kepada pembesar
Melayu. Harga timah ini juga ditentukan oleh pembesar melayu.
5. Kedatangan
pemodal Eropah telah menghentikan penguasaan pembesar Melayu ini.
6. Kedatangan
pemodal ini berjaya menyaingi pengusaha China kerana mereka menguasai kapal
korek yang menghasilkan pengeluaran secara besar –besaran. Mereka
berintensifkan modal, orang China berintensifkan buruh.
7.
Kerajaan penjajah british juga telah
meluluskan enakmen dan undang –undang yang mewujudkan penguasaan pengusaha
Eropah.
8. Terdapat
juga pembesar melayu yang mengambil mudah mencari keuntungan dengan memajakkan
lombong mereka kepada saudagar China dari Negeri Negeri Selat kerana ketiadaan
modal.
9. Tanah
Melayu terus menjadi pengeluar utama bijih timah dunia sehingga Perang Dunia
Kedua.
g) Pengusaha
tenaga buruh China.
1.
Kedatangan buruh ini mendapat galakan
British dan tidak ditentang oleh orang Melayu.
2.
Buruh China datang dari wilayah selatan
China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien.
3. Kedatangan
mereka ini untuk bekerja dilombong bijih timah.
4.
Buruh China datang dengan cara sistem
kredit, sebelum ke Tanah Melayu mereka dikumpul di kampung mereka di China oleh
Kheh thau (ketua).
5.
Bakal imigran ini dikenali sebagai kin
kheh. Ketua ini akan mendapat upah wang bafi setiap sin kheh.
6.
Seterusnya sin kheh dikawal oleh nakhoda
kapal atau agensi buruh terlebih dulu telah mendapat bayaran daripada bakal
majikan sin kheh.
7.
Kemudiannya sin kheh perlu membuat
perjanjian secara bertulis atau lisan membayar hutang (kos kedatangan ke Tanah
Melayu) dengan cara bekerja di bawah bakal majikan berkenaan dalam jangka waktu
tertentu.
8. Mereka
akan diberikan tiket yang menyatakan pelabuhan yang perlu dituju, di pelabuhan
mereka akan diambil oleh pemborong buruh yang menjadi orang tengah bagi
mendapatkan majikan dengan bayaran tertentu.
9.
Kemudian jawatan pegawai pelindung buruh
dan imigran dari China diwujudkan, mereka akan mengawasi kemasukan buruh dan
imigran China ini.
10.
Selepas itu sistem tiket kredit dignti
dengan sistem pengambilan kakitangan dan sistem pengambilan rumah kongsi.
11. Melalui
sistem pengambilan kakitangan ini majikan yang memerlukan buruh akan menghantar
pegawainya ke China. Tambang dan pembiayaan buruh akan ditanggung oleh majikan.
Pegawai berkenaan akan mengiringi buruh –buruh hingga ke tempat majikan.
12. Melalui
sistem pengambilan rumah kongsi pula, pengambilan buruh akan dilakukan oleh
pegawai di negara china yang dilantik oleh rumah kongsi. Pegawai tersebut akan
menanggung kos membawa buruh hingga ke rumah kongsi di Tanah Melayu. Setelah
buruh diserahkan pegawai dari China tersebut akan mendapat sejumlah bayaran
tertentu.
13.
Di Sarawak, imigran keturunan China
Foochow secara berkumpulan dibenarkan masuk melalui persetujuan Charles Brooke
dan Wong Nai Siong 9ketua Foochow di Sibu). Mereka ini akan menjadi buruh
gambir dan lada hitam.
h) Penggunaan
tenaga buruh India.
1. Buruh India
datang untuk bekerja di ladang –ladang getah.
2. Kedatangan
mereka ini juga tidak dihalang oleh orang Melayu dan mendapat galakan pihak
British, di samping itu orang India sudah mempunyai hubungan tradisi dengan
Tanah Melayu.
3. Kemasukan
buruh India melalui sistem buruh bebas atau merdeka, sistem kontrak dan sistem
kangani.
4. Melalui
sisitem buruh bebas, mereka datang dengan biaya sendiri yang diatur oleh orang
atau kumpulan tertentu. Di Tanah Melayu mereka bebas memilih tempat dan
pekerjaan mereka.
5. Melalui
sistem kontrak, majikan membiayai tambang ke Tanah Melayu dan buruh India ini
akan bekerja dalam tempoh masa tertentu ( 1-3 tahun) dengan gaji minimum
dianggap 9 –13 sen sehari. Sistem ini amat menindas dan dianggap perhambaan
tidak ketara. Sistem ini digantikan dengan sistem kangany.
6. Kangany
bermaksud ketua, tandil atau mandur.
7. Kangany
diberi kepercayaan oleh majikan dan diberi lesen dan kemudiannya akan ke India
mencari tenaga buruh. Kangany diberi wang pendahuluan untuk membiayai kos buruh
hingga ke Tanah Melayu.
akhirnya sistem
ini diharamkan kerana adanya penyelewengan.
i) Penggunaan
mata wang.
1.
Zaman Muzzaffar Syah Melaka –contoh wang
emas, perak dan timah yang digunakan untuk urusan perniagaan.
2.
Di negeri lain –dinar emas( Kelantan ),
kupang emas ( Terengganu ), jongkong tampang ( Pahang ).
3. Pedagang
Eropah membawa mata wang asing contohnya mata wang perak Sepanyolyang digunakan
di Negeri –Negeri Selat dan Negeri –Negeri Melayu.
4. Kemudiannya
kerajaan British mengeluarkan wang kertas bagi Negeri –Negeri Selat dibawah
Lembaga Pesuruhjaya Wang, wang ini sahaja yang sah digunakan ketika itu dan
wang kerajaan Melayu kian pupus.
j) Institusi
kewangan atau perbankan.
1.
Institusi kewangan berperanan
menyediakan kemudahan pinjaman kepada pelabur yang kemudiannya memajukan
industri bijih timah dan getah.
2. Bank
memperkenalkan kaedah baru yang berorientasikan keuntungan berasaskan kadar
faedah yang tinggi.
3.
Bank telah menyebabkan dana luar negara
dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan mudah dan cepat.
4.
Bank telah bertindak sebagai ejen
pembayar kepada pengeksport dan pengimport dan melicinkan perdagangan
antarabangsa.
5. Bank pertama di
Tanah Melayu ialah Mercantile Bank.
6.
Selepas Perjanjian Pangkor wujud banyak
bank lain seperti The Chartered Bank, Hong Kong dan Shanghai Bank.
7. Bank Eropah
mengutamakan pedagang Eropah.
8. Pedagang
tempatan mendapat perkhidmatan bank Eropah melalaui Komprador (orang tengah)
yang terdiri daripada orang tempatan yang diberi kepercayaan oleh bank untuk
menjadi penaja kepada peminjam.
9.
Bank tempatan pertana ialah Kwong Yik
Bank di Kuala Lumpur, Bank of Malaya di Ipoh, Ban Hin Lee Bank di Pulau Pinang.
10. Di Sarawak
–Kwong Lee Bank, Ban Chiang Bank.
11. Bank orang
melayu pertama –Malay National Banking Corporation Bhd.
k) Perkembangan
perkhidmatan insurans.
1.
Antara insurans penting ialah insurans
maritim, kebakaran, hatrra, perniagaan, kemalangan dan nyawa.
2. Insurans maritim
–melindungi dagangan dan kapal pedagang.
3.
Insurans kebakaran –penting kerana
kebakaran kerap berlaku contohnya kebakaran hampir seluruh Kuala Lumpur tahun
1892.
4.
Peringkat awal syarikat insurans di
Tanah Melayu adalah cawangan syarikat beribu pejabat di luar negara –contohnya
Boustead and Company England.
5. Syarikat
insurans tempatan contohnya Straits Insurance Limited di Singapura.
6.
Kerajaan British juga telah mengasingkan
insurans nyawa daripada insurans kebakaran.
(2) Dasar –dasar
pertanian British.

a) Dasar –dasar
pertanian British.

1.
Orang melayu diperkenalkan oleh British
dengan tananam yang memepunyai pasaran seperti kopi, tembakau, getah.
2. British telah
mengkomersialkan tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.
3. Tenaga buruh
China dan India digunakan untuk memajukan lagi sector perladangan.
4. Undang
–undang pemilikan tanah telah diperkenalkan oleh British, bertujuan untuk
melindungi tanah orang Melayu daripada diceroboh oleh pemodal asing. Tetapi
beberapa daripada aspek undang –undang ada yang menindas orang Melayu.
b) Pengenalan
undang –undang berhubung tanah.

1. Sebelum
kedatangan British persoalan tanah tidak menjadi masalah kepada orang
Melayu kerana
tanah yang luas, penduduk rendah, urusan cukai dan kebenaran
mengusahakan
tanah hanya dengan pembesar Melayu. Pemilikan tanah amat mudah iaitu
pemilik tanah
ialah sesiapa yang meneroka dan mengerjakan tanah tersebut.
2.
Rekod bertulis adalah elemen penting
dalam mengesahkan pemilikan tanah pada masa British.
3.
Rekod ini juga digunakan dalam urusan
tanah seperti cukai, pajakan, sewa beli, jual dan beli tanah.
4. Tanah juga
dilihat sebagai cagaran untuk mendapatkan modal.
5.
Undang- undangan tanah pertama ialah
Peraturan Tanah Perak. Seterusnya Kanun Tanah Selangor, Peraturan Tanah Sungai
Ujong.
6.
Tanah dibahagikan mengikut nilai komersial
seperti tanah ladang, pribumi dan perlombongan.
7. Kadar cukai
tanah bergantung kepada jenis tanah dimiliki.
c) Kesan
pengenalan undang –undang tanah British.

1.
Permohonan kebenaran mendapatkan tanah
sama ada syarikat atau individu didapati daripada Pejabat Tanah dan bukan dari
pembesar Melayu lagi.
2.
Kebenaran Pejabat Tanah juga diperlukan
untuk mengutip hasil hutan seperti nipah, damar, rotan.
3.
Bermakna kuasa residen negeri amat besar
untuk menentukan tanah yang boleh diberikan kepada pemodal.
4.
Kelulusan tanah pula bergantung kepada
modal, teknologi dan bilangan buruh yang akan digunakan.
5.
Dasar tanah British juga membawa kepada
perkembangan ekonomi wang. Di mana cukai, jual, beli, sewa ke atas tanah perlu
menggunakan wang. Mamalh orang Melayu perlu membayar cukai hasil hutan dalam
bentuk wang.
6.
Kesannya orang Melayu yang tiada wang
meminjam daripada orang tengah dan kemudiannya menyelesaikan menjual tanah
untuk menyelesaikan hutang mereka.
d) Undang
–undang melindungi tanah bumiputra.

1. Akta Tanah
Simpanan Melayu (TSM) diperkenalkan oleh British bagi mengelakkan
tanah milik
Melayu berpindah kepada orang asing.
2.
Residen berhak mengisytiharkan mana
–mana tanah orang Melayu sebagai TSM untuk mengelak TSM daripada dijual,
dipajak gadai, atau ditukar milik.
3. TSM
juga ingin melindungi ekonomi penjajajh, contohnya TSm tidak boleh diusahakan
tanaman komersial. TSM tidak subur dan tidak sesuai untuk tanaman perladangan.
4.
Land Order di Sarawak diperkenalkan bagi
melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi oleh pengusaha China.
5.
Di sini jaga diperkenalkan Land
Settlement Order bagi melindungi tanah peribumi daripada diceroboh.
6.
Di Sarawak pemindahan hak milik tanah
hanya boleh dilakukan melalui perwarisan, bagi mengelakkan pemajakan, pemecahan
dan penjualan tanah kepada orang luar.
7.
Land Order Sarawak seterusnya
membhagikan tanah kepada 3 kawasan iaitu tanah campuran, tanah simpanan dan
tanah pedalaman.
8.
Imigran hanya dibenarkan memiliki tanah
campuran sahaja, manakala tanah simpanan dan pedalaman dilindungi.
9.
Di Sabah pula, Proklamasi III
Perlindungi Hak Peribumi yang melindungi kepentingan peribumi diwartakan oleh
British. Peraturan ini menetapkan hak milik peribumi di bawah kuasa Pegawai
Daerah.
10. Segala
urusan jual beli tanah di Sabah dengan orang Eropah pula perlu dimaklumkan
kepada ketua peribumi. Penduduk peribumi juga berhak menuntut ganti rugi ke
atas tanah yang dijual kepada orang asing.
e) Dasar British
terhadap pekebun kecil getah.
1.
Kebanyakan pekebun kecil ialah orang Melayu.
British berhasrat mengekalkan orang Melayu sebagai petani.
2. Maka
Enakmen Tanah Padi diperkenalkan untuk mrnghalang tanaman getah ditanam di
kawasan tanaman padi, sekaligus mengurangkan penglibatan pekebun kecil getah
dalam penanaman padi.
3.
halangan kepada orang Melayu seterusnya
ialah apabila British menaikkan premium tanah baru untuk tanaman getah.
4.
Selepas itu British melarang sama sekali
pembukaan tanah baru untuk penanaman getah.
5.
Pada awalnya penglibatan pekebun kecil
Melayu secara kecil –kecilan tidak mendatangkan kebimbangan kepada pengusaha
Eropah.
6.
Apabila ekonomi meleset dan harga getah
jatuh, British terpaksa melindungi pengusaha Eropah.
7.
Antaranya dengan memperkenalkan
Rancangan Sekatan Stevenson yang menghadkan pengeluaran getah negara pengeluar.
8.
Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa
pula memberi kuota lebih tinggi kepada pekebun kecil, mereka juga ditekan
kerana dianggap mengancam pengusaha Eropah.
9.
Tanaman getah yang banyak masalah ini
tetap menguntungkan orang Melayu berbanding tanaman padi.
10. Oleh itu, orang
Melayu tidak berminat mengusahakan tanaman padi.
f) Dasar tanaman
padi.
1.
Minat orang Melayu kepada getah
berbanding padi membimbangkan British kerana Tanah Melayu terpaksa mengimport
beras dari Thailand, Myamnar, Indo-China.
2.
Bekalan import beras ini tidak terjamin,
contohnya ketika berlaku kekurangan pengeluaran beras di Myanmar.
3. Maka petani
tidak dibenarkan menaman padi di tanah sawah.
4. British
menubuhkan Jabatan Parit, dan Tali Air bagi memperbaiki sistem peparitan dan
membantu tanaman padi.
5.
Ini membuktikan bahawa British tidak
memberi perhatian kepada kemajuan ekonomi orang Melayu.
(3) Kesan –kesan
dasar ekonomi British.

a) Perkembangan
pembandaran.
1. Pembandaran
bermaksud perubahan pekan kecil atau kampung kepada bandar hasil
pertambahan
fungsi dan kegiatan ekonomi.
2.
Pembandaran lebih cepat berlaku
dikawasan yang menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah.
3. Pekan
di kawasan perlombongan biasanya mempunyai penduduk yang kian bertambah, menjadi
pusat mengumpul hasil lombong, pusat mendapatkan keperluan harian.
4.
Pekan ini kemudiannya menjadi bandar
yang menjadi pusat pentadbiran, perbankan seperti Kuala Lumpur, Taiping.
5. Bandar Miri pula
berkembang kerana adanya petroleum.
6.
Bandar baru muncul ini menjadi tumpuan
penduduk dan berfungsi sebagai pusat perniagaan, pentadbiran.
7.
Bandar ini lengkap dengan kemudahan
jalan raya, sekolah, air, elektrik, pusat kesihatan, dan institusi kewangan.
8.
Bandar –bandar ini kebanyakkanya didiami
oleh orang China, sebaliknya orang Melayu dan India menetap di luar bandar.
9.
Bandar baru pesat kerana adanya kemajuan
pengangkutan dan mempunyai rangkaian jalan raya dan kereta api.
10. Hasil
getah dan bijih timah turut mengembangkan bandar pelabuhan kerana keperluan eksport
seperti pelabuhan Klang, Pulau Pinang.
11. Bandar Kuching
pula muncul kerana kemajuan tanaman gambir dan lada hitam.
12.
walau bagaimanapun kemudahan
infrastuktur ketika pemerintahan British tidak melibatkan kawasan luar bandar
khususnya di kawasan pantai timur Tanah Melayu.
b) Pembentukan
masyarakat berbilang kaum.
1.
Kedatangan imigran China dan India
kerana keperluan tenaga manusia khasnya perlombongan dan perladangan.
2.
Kedatangan imigran yang berlipat kali
ganda banyaknya ketika British telah membentuk masyarakat berbilang kaum di
tanah Melayu.
3.
Semasa British petempatan dan kegiatan
ekonomi berasaskan kaum, Melayu bertani di luar bandar, Cina berniaga dan
melombong di bandar dan kawasan perlombongan. India menoreh getah di ladang.
4. Bahasa pertuturan
mereka mengikut bahasa ibunda masing –masing.
5. Pada masa ini
tidak wujud interaksi dan perpaduan antara kaum.
1.
Sistem ini menggunakan bahasa ibunda
sebagai bahasa penghantar dan tidak memupuk perpaduan kaum.
2.
Pendidikan Melayu tradisional
–mempelajari al- Quran, bahasa Arab, ilmu agama, membaca, menulis dan mengira
di surau, masjid dan sekolah pondok.
3.
Sekolah melayu –contohnya di Singapura,
Seberang Prai, Kuala kangsar yang dijalankan di peringkat rendah sekadar
menjadikan mereka petani yang lebih baik daripada bapanya.
4. Maktab Perguruan
Sultan Idris –melatih guru Sekolah Melayu.
5. Kolej Melayu
Kuala Kangsar –sekolah untuk golongan elit Melayu.
6. Sekolah
Tamil –disediakan oleh British di bandar dan pengusaha ladang membiayai sekolah
di ladang. Ia berorientasikan negara India, di mana sukatan, buku, guru dari
India dan menggunakan bahasa Tamil.
7. Sekolah
Cina –dibiayai oleh saudagar dari China. Ia juga menggunakan sukatan, buku,
guru dari negara asal (China) dan menggunakan dialek cina masing –masing.
Selepas adanya pengaruh komunis British mengawal sekolah ini.
8. Sekolah
Inggeris –peringkat awal diusahakan oleh mubaligh dan badan sukarela. Sekolah
ini sekolah elit yang terletak di bandar dan pelajarnya di kalangan orang
atasan. Kurikulumnya disusun mengikut sistem pendidikan di England.
9. Universiti
Malaya –diusahakan oleh British di Singapura tetapi agak lewat.
d) Perkembangan
sektor perkilangan.
1.
Pada awalnya British terlalu menumpukan
kepada eksport getah dan bijih timah, hampir semua barangan kilang diimport.
2.
Barangan kilang yang diimport seperti
pakaian telah bersaing hebat dengan perkilangan tradisional tempatan seperti
batik, sutera.
3. Kasut getah
–contohnya kilang Syarikat Fung Keong dan Syarikat Bata di Klang.
4.
Kilang membina kapal korek, kapal kecil
dan mesin memproses getah –Syarikat United Engineers.
5. Kilang mengetin
nanas –diusahakan oleh bangsa Perancis di Johor.
6. Sektor ini
dikuasai oleh pengusaha Eropah dan Cina, sementara orang Melayu tercicir.
1. Jalan
kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah ke pelabuhan
untuk dieksport, contohnya Taiping ke Port eld, Seremban ke Port Dickson, Kuala
Lumpur ke Port Swettenham.
2. Jalan kereta api
turut dihubungkan dari Seberang Perai hingga ke sempadan Siam.
3. Kemudiannya ke
pantai timur dari gemas, Pahang, Kelantan ke sempadan Siam.
4. Seterusnya
disambung ke selatan hingga ke Singapura.
5.
Pengangkutan kereta api juga menggalakkan
pembukaan tanah baru di pedalaman dengan tanaman getah.
6. Kereta api juga
dapat membawa muatan yang banyak.
7.
Di samping itu, jalan denai dan kereta
lembu yang digunakan untuk mengangkut bijih timah dan getah ke pangkalan sungai
telah digantikan dengan jalan raya.
8. Jalan raya terus
berkembang khasnya apabila kenderaan bermotor diperkenalkan.
9.
Beberapa rangkaian jalan raya disiapkan,
contohnya dari Seberang Prai ke Melaka, Perlis ke Singapura, Kuala Lumpur ke
Kuantan.
10. Sistem
perhubungan –contohnya telegraf, telefon, pos.
11.
Kemudahan pengangkutan dan perhubungan
di Pantai Timur Tengah Melayu ketinggalan kerana kurangnya pembangunan ekonomi.
f) Perkhidmatan
kesihatan.
1.
Kedatangan imigran menyebabkan
kesesakkan penduduk dan berlaku pelbagai penyakit berjangkit kerana temapt
tinggal yang kotor dan air yang tidak bersih.
2. Hospital
kerajaan terawal dibina di Taiping dan Kuala Lumpur.
3. Pusat perubatan
pula dibina di Batu Gajah, Kuala Kangsar dan Kuala Lumpur.
4. Pusat perubatan
kecil pula di Pahang dan Negeri Sembilan.
5. Hospital di
Sabah –Jesselton, Sandakan, Tawau.
6.
Perkhidmatan perubatan di Sarawak di
Kuching dan pusat perubatan kecil di Sibu dan Sri Aman.
7.
Hospital swasta –contohnya Hospital Tung
Shin di Kuala Lumpur memberi khidmat khasnya kepada pelombong.
8. Institut
Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur –mengkaji punca penyakit dan langkah
–langkah pencegahannya.
9. Sanitary
Board –lembaga yang menjaga kebersihan dan kesihatan awam di bandar Kuala
Lumpur. Fungsi lembaga ini kemudiannya terpecah dua dan kepada dua bahagian
iaitu Sanitary Board menjaga kebersihan bandar dan Jabatan kesihatan menjaga
kesihatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan