BAB 9: MALAYSIA
DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
Dasar-Dasar Luar
Malaysia
Perkembangan
Dasar Luar Malaysia
Tahap Pertama:
Tunku Abdul Rahman ( 1957 –
1970
)
• Dasar pro-Barat yang
antikomunis
• Dasar berbaik-baik dengan
negara jiran dan Komanwel
• Ia dilaksanakan disebabkan
faktor politik,ekonomi dan sosial.
• Faktor politik merujuk kepada
ancaman komunis.
• Malaysia mendapatkan bantuan
pertahanan daripada negara-negara Komanwel.
• Malaysia menandatangani
Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA)
1956.
• Dasar berbaik dengan negara
jiran disebabkan timbul krisis selepas Malaysia mencapai
kemerdekaan seperti konfrontasi
dengan Indonesia,terputusnya hubungan dengan Filipina
(1963-1965) dan keluarnya
Singapura daripada Malaysia.
• Malaysia menandatangani
beberapa perjanjian dan menubuhkan ASA 1961 dan
Maphilindo pada 1962 serta ASEAN
pada 1967.
• Faktor ekonomi pula
memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain.
• kerana Malaysia anggota blok
sterling,mengharapkan permintaan negara Barat
• terhadap hasil timah dan getah
dan pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar
dalam ekonomi Malaysia.
• Bagi mengurangkan
kebergantungan ini,Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas
• Mula membina rangkaian
perdagangan dengan negara-negara lain seperti Jepun.
Tahap Kedua:
Tunku Abdul Razak (1972 -1976) & Tun Hussein ( 1976 – 1981 )
• Mengamalkan dasar berkecuali
dan berbaik-baik dengan semua negara.
• Perubahan ini disebabkan
kurangnya peranan AMDA dan kurangnya pengaruh Britain
di timur
• Ia juga kerana pergolakan yang
berlaku di Vietnam.
• Mengisytiharkan ZOPFAN
• Menjalin hubungan diplomatik
dengan negara berfahaman komunis seperti China.
• Menjalin hubungan diplomatik
dengan Vietnam pada 1976.
Dato Seri
Dr.Mahathir Mohamad ( 1981 –
2003)
• Dasar tahap ini mengekalkan
dasar tahap kedua tetapi memberi penekanan kepentingan
ekonomi.
• Malaysia menjalin hubungan yang
lebih erat dengan negara ASEAN,seperti
menyelesaikan krisis Vietnam dan
Kampuchea.
• Memperkenalkan Dasar Pandang ke
Timur pada 1982 dengan menggunakan Jepun dan
Korea Selatan sebagai model
pembangunan.
• Malaysia mempertingkatkan
hubungan dua hala dengan negara lain menerusi
• lawatan yang dilakukan oleh
Perdana Menteri,Dato Seri Dr Mahathir ke negara
Afrika,Amerika Selatan Caribbean
dan Pasifik Selatan.
• Melalui siri lawatan
ini,Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan dua hala.
• Malaysia menjalin hubungan
dengan negara Dunia Ketiga.
Malaysia Dalam Pertubuhan
Antarabangsa
Pergerakan
Negara-Negara Berkecuali (NAM);
• Dalam Sidang Kemuncak Ke-7 di
New Delhi, Malaysia membuat usul isu Palestin,
kerjasama ekonomi dan isu
Antartika (1 contoh sahaja)
• Dalam Sidang Kemuncak Ke-8 di
Harare, Malaysia mengemukakan cadangan
menghapuskan dasar apartied
• Dalam Sidang Kemuncak di
Belgrade, Malaysia dipilih sebagai Naib Presiden
• Malaysia menjadi ahli Kumpulan
16
• Malaysia menjadi tuan rumah
Persidangan ke-13 tahun 2003 yang membincangkan isu
Palestin, isu Iraq dan usaha
menghidupkan kembali peranan NAM (1 contoh sahaja).
• Deklarasi Kuala Lumpur
menekankan usaha menghidupkan kembali NAM dan
penyataan bersama telah
dikeluarkan tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika
Syarikat terhadap Iraq.
Negara-Negara
Selatan;
• Suruhanjaya Selatan-Selatan(3S)
merupakan idea Dr. Mahathir Mohamad semasa
Sidang Kemuncak NAM di
Zimbabwe.Dikenali juga negara Dunia Ketiga
• Strateginya adalah dengan
menubuhkan Kumpulan 15 (G15) pada tahun 1989.
• Sidang Kemuncak G15 pertama di
Kuala Lumpur pada tahun 1990
• Projek 3S iaitu kerjasama dalam
bidang sains dan teknologi, penubuhan Pusat
Pertukaran Data Pelaburan
Perdagangan dan Teknologi Selatan di Kuala Lumpur.
• Malaysia terlibat dalam projek
lain seperti penubuhan Sistem Keistimewaan
Perdagangan Global dan penubuhan
kemudahan kredit dan mekanisme kewangan
pembiayaan perdagangan.
Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC);
• Tunku Abdul Rahman menjadi
Setiausaha Agung yang pertama
• Malaysia menjadi perantara
dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq.
• Terlibat dalam bantuan pasukan
perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan
• Memberi bantuan kewangan kepada
negara Islam kurang maju seperti Sudan, Nigeria
dan Chad.
• Universiti Islam Antarabangsa
(UIA) Malaysia menyediakan peluang pendidikan
• Malaysia mengesyorkan
penggunaan dinar emas
• Memperjuangkan hak dan kebajikan
negara-negara Islam
• Menyelesaikan isu Palestin
• Menjadi tuan rumah Persidangan
Luar Biasa Menteri Luar OIC berkenaan takrif
keganasan global pada tahun 2002.
• Menjadi tuan rumah Persidangan OIC 1974 dan 2003.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan