BAB 8 :
PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK
KESEJAHTERAAN
1. Cadangan
Laporan Barnes :
• semua sekolah vernakular
Melayu,Cina dan Tamil dibubarkan
• Digantikan dengan sekolah
kebangsaan
• Pada peringkat sekolah rendah
bahasa pengantar ialah bahasa Melayu
• Pada peringkat sekolah menengah
dan peringkat yang lebih tinggi bahasa pengantar
ialah bahasa Inggeris
• Tentangan terhadap Laporan
Barnes – masyarakat Cina menganggap bahasa ibunda
mereka akan tergugat
2. Cadangan
laporan Fenn-Wu:
• Sekolah vernakular Cina terus
kekal dan bersetuju dengan sistem pendidikan
kebangsaan
3. Cadangan
Ordinan Pelajaran 1952 :
• Dua sistem persekolahan yang
menggunakan dua bahasa pengantar iaitu bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu
• Pengajaran bahasa Cina dan
Tamil akan disediakan sekiranya ada permintaan daripada
ibubapa
• Bahasa Melayu diwajibkan diajar
di sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris diwajibkan
diajar di sekolah Melayu
• Masalah dalam pelaksanaan
Ordinan Pelajaran – Tentangan masyarakat Cina ,
Tentangan masyarakat dan India ,
kekurangan kewangan dan ancaman komunis
4. Dua elemen
penting Penyata Razak untuk memupuk perpaduan:
• Sistem persekolahan yang sama
bagi semua penduduk
• Penyeragaman kurikulum yang
bercorak kebangsaan
5. Cadangan
Penyata Razak :
• Penubuhan sekolah umum ( rendah
) yang menggunakan bahasa Melayu sebagai
pengantar
• Sekolah menengah melayu
menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar
• Sekolah menengah Inggeris
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
• Bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris diwajibkan diajar di semua sekolah
6. Syor/Cadangan
Laporan Rahman Talib 1960:
• sekolah umum dijadikan sekolah
kebangsaan
• sekolah jenis umum dijadikan
sekolah jenis kebangsaan
• pelajaran percuma diberikan
kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa
mengira keturunan dan agama
• sekolah rendah yang menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar
kapada bahasa Melayu
• Bahasa Melayu dijadikan bahasa
pengantar di semua sekolah menengah
• Pelajaran agama Islam diajarkan
di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang
mempunyai tidak kurang 15 pelajar
Islam
• Bahasa Cina dan bahasa Tamil
akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat
sekurang-kurangnya 15 orang
pelajar
• Semua peperiksaan awam akan
diadakan dalam bahasa kebangsaan
7. Kajian
Aminudin Baki :
• sistem persekolahan aneka
jurusan diperkenalkan
• menyediakan pelajaran pada
peringkat menengah rendah sehingga berumur 15 tahun
• memberikan pelbagai kursus
kemahiran untuk melahirkan tenaga kerja mahir sebagai
persediaan untuk pasaran kerja
• kursus kemahiran yang diajarkan
ialah perdagangan , sains rumah tangga , seni
perusahaan dan sains pertanian
• mata pelajaran wajib adalah
seperti yang diajarkan di sekolah menengah biasa
8. Jawatankuasa
Kabinet 1974:
Objektif
penubuhan Jawatankuasa Kabinet 1974 :
• menilai sejauh mana pelaksanaan
dasar pelajaran kebangsaan yang sedia ada dapat
melahirkan sumber tenaga manusia
yang diperlukan oleh negara
• mengenalpasti sejauh mana dasar
pelajaran kebangsaan dapat melahirkan masyarakat
yang bersatu padu, berdisiplin
dan terlatih
Kandungan
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974:
• penguasaan dalam kemahiran
membaca, menulis dan mengira ( 3M )
• kenaikan darjah secara
automatik
• penekanan terhadap sekolah
vokasional
• sukatan pelajaran sekolah
swasta
• bahasa melayu sebagai mata
pelajaran wajib dalam peperiksaan
• penekanan terhadap kokurikulum
dan disiplin sebagai asas perpaduan
Kesan Laporan
Jawatankuasa Kabinet :
• pelaksanaan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah ( KBSR ) 1982
• pelaksanaan Kurikulum Baru
Sekolah Menengah (KBSM ) 1988
• penekanan perkembangan diri
pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
9 Kandungan/
Penekanan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan :
• memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu
• melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan
• melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan , berketerampilan ,
berakhlak mulia, bertanggungjawab
, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
• memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara
AKTA BAHASA
KEBANGSAAN
Langkah/Usaha/Cara
Memajukan Bahasa Melayu:
• Penubuhan Dewan Bahasa dan
Pustaka
• Pelancaran Minggu Bahasa dan
Bulan Bahasa
• Pelancaran slogan “ Minggu
Bahasa “ dan “ Bulan Bahasa
• Penubuhan sekolah menengah yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar seperti Sekolah Alam
Syah
• Meluluskan Akta Bahasa
Kebangsaan 1967
• Menukarkan bahasa pengantar di
sekolah rendah Inggeris kepada bahasa kebangsaan
secara berperingkat-peringkat
• Penubuhan Universiti Kebangsaan
pada 1977
• Mulai 1982 bahasa Melayu
menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan
bahasa Inggeris
• Penggunaan bahasa Melayu di
mahkamah pada tahun 1990
Dasar Kebudayaan
Kebangsaan
Sejarah
penubuhan :
• Lahir daripada gagasan Kongres
kebudayaan Kebangsaan yan dianjurkan oleh
Kementerian Kebudayaan Belia dan
Sukan pada tahun 1971
Tujuan Dasar
Kebudayaan digubal :
• Menjadi panduan dalam membentuk
dan mengekalkan identiti negara Malaysia
• Bertujuan memperkukuh perpaduan
melalui kebudayaan
• Memupuk dan memelihara
keperibadian kebangsaan
• Memperkaya dan mempertingkat
kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan
• Memperkaya dan mempertingkat
kualiti kehidupan dari aspek kerohanian
• Mempertingkat kualiti kehidupan
seimbang dengan pembangunan sosio ekonomi
Tiga Prinsip
utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan :
• kebudayaan rakyat asal rantau
Melayu sebagai tunjang
• unsur-unsur kebudayaan lain
yang wajar dan sesuai boleh diterima
• Islam sebagai unsur yang
terpenting
SUKAN UNTUK
PERPADUAN
Usaha untuk memupuk perpaduan
dalam kalangan generasi baru negara kita:
• penyertaan dalam sukan tanpa
mengira ideologi
• dapat menyemarakkan semangat
patriotik di kalangan rakyat
• aktiviti sukan tidak menghadkan
penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja
• aktivit sukan membuka peluang
seluas-luasnya kepada mereka yang berminat pada
peringkat sekolah, sukan
merupakan aktiviti sukan yang digalakkan
• Majlis Sukan sekolah-sekolah
ditubuhkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
• Temasya Sukan Malaysia ( SUKMA
) diadakan dua tahun sekali
• SUKMA dapat mengeratkan
perpaduan antara kaum / hubungan antara negeri
WAWASAN 2020
Maksud Wawasan
2020 :
• Merupakan gagasan negara untuk
menjadi sebuah negara maju menjelang 2020
• Dicetuskan oleh Perdana Menteri
Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pada 1981
Matlamat wawasan
2020:
• Menjadikan Malaysia sebuah
negara maju menggunakan acuan sendiri setanding
dengan negara maju
• Menitikberatkan kemajuan
bersepadu
Kemajuan
Bersepadu untuk menjadi negara maju berteraskan :
• perpaduan rakyat
• kestabilan politik
• ketinggian taraf hidup
• kekukuhan nilai moral dan etika
• kekukuhan sistem kerajaan
• ketinggian maruah bangsa
• semangat yakin diri bangsa
Sembilan Cabaran
Wawasan 2020 :
• Cabaran Pertama : Membina bangsa
Malaysia yang bersatu padu
Perpaduan dapat dicapai melalui
dasar kerajaan seperti dasar Pembangunan Nasional,
Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan
Memberikan sumbangan ke arah
mewujudkan hubungan antara kaum
Dapat mewujudkan rakyat yang
beridentitikan Malaysia
• Cabaran Kedua : Membina masyarakat
berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan
Bangsa yang gagah akan dapat
memajukan negara dan mengangkat martabat bangsa dan
negara
Musuh negara
mudah ditangkis
• Cabaran Ketiga : Memupuk dan membina
masyarakat demokratik yang matang
masyarakat memiliki kebebasan
untuk memilih kerajaan
menggunakan hak-hak demokrasi dengan
sewajarnya
perasaan tidak puas hati dan teguran
kepada kerajaan dan pemimpin disalurkan melalui
saluran tertentu
• Cabaran Keempat: Mewujudkan masyarakat
yang bermoral dan beretika
diseimbangkan dengan kemajuan
fizikal dalam membentuk masyarakat berbudaya
unggul
kepatuhan kepada
agama,
pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang
keberkesanan sistem pendidikan
keunggulan
institusi kekeluargaan sumber pembinaan masyarakat bermoral
penekanan kepada melahirkan
insan berilmu , berakhlak , seimbang dan harmonis
• Cabaran Kelima : Mewujudkan masyarakat
yang matang , liberal dan bertoleransi
masyarakat yang
matang dapat berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara
melulu
masyarakat yang
liberal dapat membebaskan diri daripada fahaman sempit dan
berfikiran
terbuka serta
menerima perubahan dan pandangan orang lain
dapat dilihat melalui
perlembagaan negara , pengamalan sistem demokrasi , kewujudan
parti politik gabungan pelbagai
kaum seperti Barisan Nasional , Dasar Pendidikan
Kebangsaan dan Akta Bahasa
Kebangsaan
• Cabaran Keenam : Membina masyarakat
yang maju dan saintifik
masyarakat progresif yang dapat
menyerap perubahan persekitaran untuk membina
kecemerlangan
penguasaan masyarakat terhadap
ilmu pengetahuan yang bertunjangkan sains dan
teknologi ukuran kemajuan bangsa
mempunyai budaya ilmu yang
menjana produktiviti dan amalan kreatif serta inovatif
• Cabaran Ketujuh : Mewujudkan masyarakat
berbudaya penyayang
dicirikan dengan kehidupan
masyarakat yang bermuafakat, saling memahami dan
menghomati, bekerjasama dan
saling membantu
masyarakat yang tidak
individualistik
meletakkan kepentingan
masyarakat lebih daripada kepentingan diri
asas masyarakat penyayang ialah kepatuhan
kepada agama, nilai nilai murni amalan
tradisi dan
institusi kekeluargaan
• Cabaran Kelapan : Menjamin masyarakat
yang adil dan saksama ekonominya
Pelaksanaan dasar-dasar seperti
Rancangan Pembangunan Lima Tahun , Rancangan
Pembangunan Luar Bandar , Dasar
Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.
Dasar-dasar ini untuk memjamin
keadilan ekonomi sekaligus meningkatkan taraf hidup
rakyat
• Cabaran Kesembilan : Memupuk dan membina
masyarakat makmur
Dicirikan oleh masyarakat yang
hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup
yang tinggi
tiada ahli masyarakat yang hidup
melarat dalam kemiskinan
pendapatan isi rumah pendapatan
negara berada pada tahap yang tinggi
Tanggungjawab
pelajar dalam merealisasikan Wawasan 2020:
• mengekalkan perpaduan
• saling memahami dan menghormati
• memiliki daya kreatif dan
inovatif
• bersikap terbuka
• bangga dengan apa yang dicapai
• menghayati Falsafah Pendidikan
Negara
• berusaha mengekalkan kemajuan
negara
• menjadi masyarakat yang
berbuadaya penyayang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan