White Fire Pointer

Nota T5 Bab7

BAB 7 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
NEGARA MALAYSIA



1. Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong


( a ) Konsep Raja Berperlembagaan
• Sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi
• Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri
• Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.
• Yang Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri.
• Yang di – Pertuan Agong di pilih daripada kalangan negeri raja Melayu daripada 9 buah
negeri. secara bergilir-gilir
• Pemilihannya berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia


( b ) Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong Mengikut Perlembagaan Malaysia.
• Yang di Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu badan perundangan
(Legislatif), badan pemerintahan (eksekutif) dan badan kehakiman (Judisiari)
• Yang di Pertuan Agong berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen
• Yang di Pertuan Agong adalah Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. Baginda berkuasa
mengampun dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan
oleh Mahkamah Tentera
• Bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang
Melayu.Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat
bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, dan kehormatan Raja- Raja Melayu
• Sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah
Persekutuan, Sarawak dan Sabah
• Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda mempunyai
kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah
mendapat nasihat Perdana Menteri
• Berkuasa mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah Undang-Undang X jika
mendapati keselamatan negara terancam
• Berkuasa melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan raya, ahli
Perkhidmatan Kehakiman serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam. Baginda juga bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan
seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan


( c ) Kepentingan Raja Berperlembagaan
• Merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini
• Membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita
• Memberi keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi
raja



2. KONSEP NEGARA PERSEKUTUAN DAN FUNGSINYA .
• Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan
• Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah
kerajaan Persekutuan serta beberapa buah kerajaan negeri.
• Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang yangdiperuntukkan
dalam Perlembagaan Malaysia.


( a ) Pengagihan Kuasa Pentadbiran Malaysia
Senarai Persekutuan
Memuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai
kuasa terhadapnya
• Hal ehwal luar negeri(hubungan luar)
• Pertahanan
• Keselamatan dalam negeri
• Pentadbiran dan keadilan
• Kerakyatan negara
• Pilihanraya negara
• Kewangan
• Perniagaan, perdagangan dan perusahaan
• Perkapalan, pelayaran dan pengangkutan
• Jabatan Ukur, penyelidikan
• Kerja raya dan tenaga pusat
• Pelajaran
• Kesihatan
• Keselamatan buruh dan sosial
• Orang Asli
• Hal-hal lain


( b ) Senarai Negeri
Mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri iaitu Kerajaan Negeri
sahaja mempunyai kuasa terhadapnya
• Undang-undang Islam
• Tanah
• Pertanian dan perhutanan
• Kerajaan Tempatan
• Perkhidmatan tempatan
• Kerajaan negeri
• Hari cuti negeri
• Undang-undang negeri
Senarai Bersama
Senarai Bersama menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Dalam bidang kuasa ini kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.
• Kebajikan sosial
• Biasiswa
• Taman Negara
• Perancangan bandar dan wilayah
• Penjagaan haiwan
• Kesihatan dan kebersihan awam
• Parit dan tali air
• Pemulihan
• Hiburan awam
• Perhubungan


Rumusan
• Persekutuan adalah satu kaedah menyatukan pelbagai wilayah yang dahulunya wujud
berasingan.
• Hubungan baik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu dipupuk demi
kestabilan dan kewibawaan Kerajaan Persekutuan dalam m embantu mengurangkan
perbalahan etnik
• Pemimpin dan rakyat mesti mengamalkan toleransi demi kepentingan bersama.



3. PERBANDINGAN BIDANG KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN DENGAN
KERAJAAN NEGERI.


( a ) Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan
• Perlembagaan persekutuan peruntukkan kuasa yang luas kepada kerjaan Persekutuan
dalam pentadbiran negeri
• Badan eksekutif mempunyai tugas menjalankan kuasa eksekutif mengikut
perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.
• Kuasa eksekutif kerajaan persekutuan terletak kepada Yang di-Pertuan Agong
• Kabinet dan Jemaah Menteri menjalankan kuasa Eksekutif dan diketuai oleh Perdana
Menteri.


( b ) Bidang kuasa Kerajaan Negeri
• Peruntukan kuasa eksekutif kepada Kerajaan negeri oleh Perlembagaan Malaysia.
• kuasa Eksekutif terletak kepada Raja, sultan atau Yang Dipertua Negeri,
• Menteri Besar atau Ketua Menteri di lantik oleh Sultan atau Yang diPertua
• Urusan Pentadbiran terletak kepada Perlembagaan Negeri.
• Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengandungi sembilan ahli DUN serta tiga orang
pegawai kerajaan iaitu setiausaha Kerajaan negeri, Pegawai kewangan negeri dan
Penasihat undang-undang negeri.


( 3 ) LAMBANG-LAMBANG NEGARA

Tujuan
• Rakyat dapat menunjukkan kesetiaan terhadap tanah air
• Rakyat sanggup berkorban dan kecintaan terhadap tanah air
• Rakyat sentiasa bersemangaat
• simbol perpaduan
• Lambang kemegahan penduduk
• Membezakan Malaysia dengan Negara lain
• Melambangkan kedaulatan sesebuah Negara
• Taat kepada pemerintah
• Terdiri daripada Jata Negara, bendera kebangsaan dan lagu kebangsaan.


( a ) JATA NEGARA
• Menjadi lambang kemegahan penduduk negara
• Setiap lambang mempunyai maksud tersendiri
• Lima bilah keris lambang negeri Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor yang dikenali
sebagai Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
• Pokok Pinang mewakili negeri Pulau Pinang.
• Pokok Melaka melambangkan negeri Melaka.
• 2 ekor harimau melambangkan keberanian.
• Negeri Sarawak dan Sabah dilambangkan jata negeri tersebut.
• Bulan sabit –agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang empat belas gabungan 14
buah negeri Persekutuan.
• Empat jalur berlainan warna merujuk negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan
Pahang yang dikenali sebagai Negeri Melayu Bersekutu.
• Hitam putih lambang negeri Pahang.
• Warna merah dan kuning lambang negeri Selangor.
• Warna hitam, putih, dan kuning lambang negeri Perak.
• Warna merah, hitam, kuning lambang Negeri Sembilan


( b ) BENDERA KEBANGSAAN
• Menggantikan bendera Union Jack pada tengah malam 31 Ogos 1957
• Pada tahun 1949 ditubuhkan Jawatankuasa reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah
Melayu
• Adakan pertandingan mereka bentuk bendera dan 373 peserta mengambil bahagian.
• Encik Mohamad Hamzah telah terpilih sebagai pemenang.
• Pada 26 Mei 1950 buat pertama kali Bendera Persekutuan berkibar di perkarangan
istana Sultan Selangor.
• Bendera Persekutuan dikenali juga Jalur Gemilang.
• Dikibar di majlis rasmi dan adapt istiadat rasmi, seperti hari keputeraan Yang di-
Pertuan Agong dan Hari Kebangsaan.
• Warna merah- keberanian
• Warna putih –kesucian
• Warna biru –Perpaduan
• Warna kuning –lambang kedaulatan Raja-raja Melayu
• Bulan sabit –lambang agama Islam sebagai agama rasmi
• Bintang berpecah empat belas-lambang gabungan empat belas negeri.
• 14 Jalur –warna merah dan putih lambang gabungan negeri.


( c ) LAGU KEBANGSAAN.
• Sebelum Merdeka lagu kebangsaan ialah ‘God Save the Queen’
• Lagu kebangssan negara kita dikenali juga lagu Negaraku yang dicipta pada tahun 1957
• Pemilihan lagu dibuat oleh Tunku Abdul Rahman yang mengetuai sekumpulan jemaah
hakim di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur
• Pasukan pancaragam polis Di raja telah memperkenalkan 4 buah lagu.
• Lagu Terang Bulan iaitu lagu kebangsaan negeri Perak dipilih kerana mempunyai unsur
kemelayuan.
• Majlis Raja-Raja Melayu memperkenankan keputusan jemaah hakim tersebut
• Lagu terang bulan dipilih sebagai asas lagu kebangsaan
• Digubah semula oleh En. Saiful Bahri
• Lirik lagu menggambarkan kesetiaan rakyat kepada negara.
• Lirik lagu menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban
demi mempertahankan tanah air
• Membangkitkan semangat patriotik dan cintakan negara

• Semua rakyat mesti berbangga dengan lagu kebangsaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan