BAB 6 :
PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
Langkah-langkah
pembentukan Malaysia
• Lawatan Tunku Abdul Rahman ke
Sarawak dan Sabah serta Brunei untuk menerangkan
konsep , tujuan dan matlamat
penubuhan Malaysia
• Mengadakan rundingan antara
pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu
dengan pegawai-pegawai British
dari Sarawak , Sabah dan Singapura
• Jawatankuasa Perunding
Perpaduan Kaum (JPPK) ditubuhkan pada Julai 1961.
• Mesyuarat JPPK sebanyak empat
kali di Jesselton , Kuching Kuala Lumpur dan
Singapura
• Penubuhan Suruhanjaya Cobbold
• Penubuhan Jawatankuasa Antara
Kaum (JAK)
• Penubuhan MAPHILINDO
• Bertujuan untuk mencari
penyelesaian dengan bantuan Pertubuhan Bangsa- Bangsa
Bersatu.
• Setiausaha Agung PBB U Thant
menghantar perwakilan Malaysia ke PPB
membincangkan penubuhan Malaysia.
• PBB hantar wakil ( Lawrence
Michaelmore) bersama-sama 7 wakil luar meninjau
pendapat rakyat Sabah dan
Sarawak.
• Hasilnya majoriti rakyat
bersetuju menyertai Malaysia.
Jawatankuasa
Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
• ditubuhkan pada Julai 1961.
• Pengerusi JPPK ialah Donald
Stephens.
• Peranan JPPK menerangkan
tentang gagasan Malaysia.
• Mengumpul pandangan penduduk.
• Menggalakkan kegiatan ke arah
pembentukan Malaysia.
• Mesyuarat JPPK sebanyak empat
kali di Jesselton , Kuching Kuala Lumpur dan
Singapura
• Brunei menghantar pemerhati
menghadiri tiga mesyuarat terakhir
• Ahli JPPK iaitu Tunku Abdul
Rahman, Ong Yoke Lin, Khir johari, Lee Kuan Yew, Tun
Datu Mustapha Datu Harun
Penubuhan
Suruhanjaya Cobbold
• Dianggotai oleh Lord Cobbold,
Sir Anthony Abell, Sir David Watherton, Dato’ Wong
Pow Nee, Tan Sri Ghazali Shafie.
• Tujuannya meninjau pendapat
rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malysia.
• Membuat penilaian dan
mengemukakan cadangan kepada British.
• Menerima memorandom yang
dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan.
• Mula menjalankan tugas Februari
hingga April 1962.
• Jun 1962 mengemukan laporan
kepada kerajaan British.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak
menyokong tanpa syarat.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak
menyokong dengan syarat.
• Iaitu kepentingan mereka harus
dilindungi.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak
mahukan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum
menyertai Malaysia.
Cadangan
Suruhanjaya Cobbold
• Perlembagaan Malaysia
berasaskan kepada Perlembagaan Pesekutuan Tanah Melayu
1948.
• Sarawak dan sabah diberi kuasa
menentukan dasar imigresen.
• Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan.
• Jaminan hak dan kedudukan
bumiputera.
Penubuhan
Jawatankuasa Antara Kaum (JAK)
• Ditubuhkan pada Ogos 1962.
• Diketuai oleh Lord Landsdowne
dan Tun Abdul Razak.
• Mereka mengunjungi Sarawak dan
Sabah menerangkan penubuhan Malysia.
• Mengadakan mesyuarat sebanyak
24 kali.
• Bagi mewajarkan kemasukan
Sarawak dan Sabah kedalam Persekutuan Malaysia.
• Membincangkan hak dan
kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak.
Sebab tarikh
pembentukan Malaysia terpaksa ditunda
• Laporan daripada PBB tidak
dapat disiapkan
• Tentangan daripada Indonesia
• Tentangan Filipina
• Brunei menarik diri pada
saat-saat akhir
• Tekanan komunis
Peristiwa yang
membawa kepada Perjanjian Malaysia 1963
• Diluluskan oleh Parlimen
Britain
• Ratu Elizabeth II
memperkenankan Akta Malaysia
• Parlimen Tanah Melayu
meluluskan Perjanjian Malaysia
• Diluluskan oleh Dewan
Perhimpunan Singapura
• Diluluskan oleh Majlis Undangan
Sarawak
• Diluluskan oleh Majlis Undangan
Sabah
• Yang Dipetuan Agong
memperkenankan Akta Malaysia
Kandungan Akta
Malaysia
• Hal ehwal luar menjadi
tanggungjawab Kerajaan Persekutuan
• Agama Islam merupakan agama
rasmi Persekutuan , Sarawak dan Sabah tetapi agama
lain bebas diamalkan
• Bahasa Melayu menjadi bahasa
kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan bahasa lain
boleh digunakan
• Sarawak dan Sabaah diberi kuasa
mengawal imigresen dan perkhidmaatan awam
• Sarawak memperoleh 24 kerusi ,
Sabah 16 kerusi Singapura 15 kerusi bagi perwakilan
Parlimen
• Rakyat bumiputera di Sarawak
dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang
Melayu di Persekutuan Tanah
Melayu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan