BAB 4 :
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
( a )
Faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
• Ketegasan orang Melayu
membantah Malayan Union di bawah Pimpinan Dato’ Onn
Ja’afar
• Perpaduan di kalangan orang
Melayu yang terdiri daripada golongan Raja dan rakyat
• Perpaduan mereka dapat
mengatasi pihak yang menyokong Malayan Union
• Keupayaan orang Melayu memujuk
British
• Orang Melayu mendesak British
menghidupkan semula dasar perlindungan terhadap
orang Melayu
• Desakan ini meyakinkan British
membatalkan Malayan Union
• Sokongan bekas pegawai tinggi
British mendorong British membentuk Persekutuan
Tanah Melayu seperti Sir Frank
Swettenham dan Sir Cecil Clementi
• Sokongan daripada pegawai
tinggi British seperti Sir Malcolm Mac
• Donald dan L.D. Gammans
menggantikan Malayan Union
• Sikap politik orang Melayu yang
sederhana dengan menulis dalam
• akhbar, berdemonstrasi,
berkongres, memujuk Raja-Raja Melayu
• Mereka juga tidak menentang
secara kekerasan (tidak mengangkat senjata)
• British tertarik dengan cara
UMNO
• Orang Melayu melalui UMNO tidak
menuntut kemerdekaan
• tetapi hanya menuntut rundingan
menolak Malayan Union
• British bimbang orang Melayu
akan dipengaruhi oleh gerakan radikal seperti PKMM,
API, AWAS dan BATAS
• Piagam Atlantik 1945 meminta
negara-negara kolonial memberikan
• latihan berkerajaan sendiri
kepada penduduk tempatan
(b)
Langkah-langkah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948
• Bantahan orang Melayu
menyebabkan British membatalkan Malayan Union
• British menubuhkan Jawatankuasa
Ekskutif
• Jawatankuasa ini dianggotai
oleh 12 orang ahli yang terdiri daripada pegawai kanan
British, pemimpin UMNO dan wakil
Raja-Raja Melayu
• Jawatankuasa Ekskutif
mengadakan mesyuarat di King’s House, Kuala Lumpur
• Orang Melayu mengemukakan lima
tuntutan dalam rundingan dengan British
• Tuntutan itu ialah menginginkan
sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu, menolak
kerakyatan terbuka, meminta dasar perlindungan terhadap
Negeri-Negeri Melayu dan orang
Melayu dipulihkan
• Raja-Raja Melayu sebagai ketua
Negeri-Negeri Melayu perlu diakui semula
• Perundingan ditentang oleh
orang dagang dan golongan radikal Melayu
• Golongan radikal Melayu dipimpin
oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy
• Mereka berpendapat Jawatankuasa
Ekskutif tidak mewakili semua kaum
• Mereka menuntut konsep sebuah
republik dan kemerdekaan penuh
• Golongan radikal menubuhkan
AMCJA dan PUTERA bagi menentang British dan
UMNO
• Mereka mengadakan ceramah
politik, demonstrasi dan mogok
• Mereka mencadangkan
Perlembagaan Rakyat
• British menubuhkan Jawatankuasa
Perunding bagi mendapatkan pandangan dalam
menyediakan Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu
• Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu ditandatangani pada 21 Januari 1948
(c)
Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh golongan radikal Melayu melalui
Perlembagaan
Rakyat
• Singapura disatukan dengan
Tanah Melayu
• Sebuah Kerajaan Pusat dan
Majlis-Majlis Negeri dipilih
• Raja Melayu mempunyai kuasa
sebenar dan bertanggungjawab kepada rakyat
• Kedudukan istimewa orang Melayu
dikembalikan
• Adat istiadat dan agama Islam
dikawal oleh orang Melayu
• Kerakyatan yang sama rata
• Merah dan putih menjadi warna
bendera Tanah Melayu
• Bahasa Melayu menjadi bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi
• Pertahanan dan hal ehwal luar
negeri menjadi tanggungjawab British dan Tanah Melayu
• Warganegara Tanah Melayu
dinamai Melayu
(d) Ciri-ciri
utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
• Sebuah persekutuan dibentuk
dengan gabungan 11 buah negeri
• Persekutuan Tanah Melayu
diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
• Konsep Raja Berperlembagaan
diwujudkan
• Senarai Persekutuan dan Senarai
Negeri dibentuk
• Pesuruhjaya Tinggi British
menjaga kedudukan istimewa orang Melayu
• Syarat kerakyatan
diperketatkan.
• Kerakyatan jus soli hanya untuk
Rakyat Raja Melayu dan Rakyat British sahaja
• British mengiktiraf semula
ketuanan Melayu
• Institusi raja dikekalkan
dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas
(e) Ciri-ciri
pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948
• Perkongsian kuasa antara Majlis
Raja-Raja dengan Pesuruhjaya Tinggi di peringkat
pusat
• Pesuruhjaya Tinggi dibantu oleh
Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan Persekutuan
• Sultan menjadi ketua negeri
• Sultan berkuasa melantik
Menteri Besar
• Menteri Besar sebagai ketua
pentadbir negeri
• Menteri Besar dibantu oleh
Majlis Eksekutif Negeri dan Majlis Perundangan Negeri
(f ) Kepentingan
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 .
• Persekutuan Tanah Melayu menjadi
asas pentadbiran negara selepasnya
• Perkongsian kuasa antara Majlis
Raja-Raja dengan Pesuruhjaya Tinggi pada peringkat
pusat
• Bidang kuasa dan kedudukan
Raja-Raja Melayu dipulihkan
• Pada peringkat negeri, Sultan
menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri
Besar sebagai ketua pentadbir
negeri
• Mengasaskan sistem pembahagian
kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri
• Terbentuk Senarai Persekutuan
dan Senarai Negeri
• Syarat kerakyatan diperketatkan
• British mengiktiraf semula
ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan
Tanah Melayu
• Institusi Raja Melayu
dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya jelas dalam
pentadbiran
• Setiap negeri Melayu mengadakan
perjanjian dan perlembagaan bertulis dengan British
dikenali sebagai Undang-undang
Tubuh Negeri
• Penerusan dasar perlindungan
British terhadap kedudukan istimewa orang Melayu
• Status quo Negeri-Negeri Melayu
dilindungi
• Agama Islam dan adat istiadat
Melayu teras ketuanan bangsa Melayu
• Prinsip yang dicadangkan oleh UMNO
dan Raja-Raja Melayu menjadi undang-undang
bertulis
• Perkara ini menjadi asas kepada
Kontrak Sosial antara British dengan Raja-Raja
Melayu dan orang Melayu
(g) Tokoh-Tokoh
Penggerak Persekutuan Tanah Melayu & Peranannya
Raja-Raja Melayu
• Sultan Badlishah(Kedah)
• Sultan Abdul Aziz(Perak)
• Sultan Ibrahim(Johor)
• Mereka menuntut supaya kuasa
Raja-Raja Melayu dikembalikan seperti sebelum tahun
1941
• Perlindungan kepada rakyat
Melayu sebagai Rakyat Raja Melayu juga patut dikekalkan
• Mereka tidak menolak kehadiran
British tetapi menuntut supaya kuasa mereka,
perlindungan terhadap orang
Melayu dan hal ehwal ketuanan Melayu dipelihara
Pembesar
Tempatan
• Dato’ Onn Jaafar(Menteri Besar
Johor & Yang Dipertua UMNO)
• Dato’ Nik Ahmed Kamil(Menteri
Besar Kelantan)
• Mereka bertindak sebagai
penasihat kepada raja
• Bersama-sama mendukung idea
penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
• Bersama Raja-Raja Melayu
mencadangkan dan mendesak British melindungi
kepentingan orang Melayu beserta
Raja-Raja Melayu
• Kerjasama mereka membolehkan
prinsip-prinsip politik, pentadbiran, agama Islam dan
bahasa Melayu serta pengekalan
institusi Raja Melayu berjaya dimasukkan ke dalam
Persekutuan Tanah Melayu 1948
Tiada ulasan:
Catat Ulasan