BAB 3 :
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
Ciri-ciri Negara dan bangsa dalam
Kesultanan Melayu Melaka.
Wilayah pengaruh
• Kawasan tempat tinggal rakyat
• Sempadannya diterima umum
• Kawsan yang rakyatnya menerima
dan memperakuai pemerintahan seorang raja
• Kesultanan Melayu Melaka
mempunyai lingkungan pengaruh yang luas walaupun
sempadan tidak ditetapkan.
• Empayarnya meliputi keseluruhan
Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur
Sumatera.
Kedaulatan
• Merupakan kekuasaan tertinggi
terhadap rakyat sesebuah wilayah
• Tidak boleh dihadkan mana-mana
pihak
• Merujuk kepada kekuasaan yang
dimiliki oleh sesebuah Negara atau pemerintah
• Negera berkenaan mempunyai hak
mutlak terhadap rakyatnya
• Negera itu bebas daripada
campurtangan, paksaan, taklukan atau perintah kuasa asing.
• Dalam Kesultanan Melayu Melaka
kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang
memerintah.
Lambang-lambang
• Merupakan simbol atau tanda
yang menjadi identiti sesebuah Negara.
• Bahasa melayu merupakan bahasa
kebangsaan dan lambing penyatuan Negara dan
bangsa.
• Kebesaran Sultan dan Kesultanan
Melayu juga dilambangkan dengan alat regalia,
nobat, warna, bahasa,
undang-uandang, protocol dan adapt-istiadat istana.
Undang-undang
• Untuk mengawal masyarakat
melalui peraturan yang telah diwartakan.
• Undang-undang dicipta untuk
memelihara keamanan dan melindungi rakyat.
• Keunggulan undang-undang
menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama
dan kerakyatan diterima oleh
mesyarakat.
• Zaman Melaka terdapat dua
sumber undang-undang bertulis dipegaruhi oleh hukum
adat tempatan dan agama Islam
iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut
Melaka.
• Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasa.
• Menyentuh bidang kuasa raja dan
pembesar serta pantang larang dikalangan anggota
masyarakat.
• Hukuman ke atas kesalahan
jenayah awam, undang-uandang keluarga dan lainlain.
• Undang-undang Laut
Melaka
• Membincangkan perkarta yang
berkaitan dengan tatacara pelayaran di laut seperti
tanggungjawab pengawal kapal,
atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhhoda
kapal dan hukiman bagi kesalahan
jenayah.
Rakyat
• Seluruh penduduk bagi sesebuah
wilayah
• Mereka terikat kepada
undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam
wilayah tersebut.
• Zaman Melaka rakyat
bertanggungjawab mentaati raja yang memerintah
Kerajaan
• Badan yang diberi kuasa untuk
urus pentadbiran, jaga keamanan , pertahan kedaulatan
Negara dan jalin hubungan
diplomatic dengan negara lain.
• Zaman Melaka raja atau sultan
merupakan pemerintah tertinggi yang dibantu
Bendahara, Penghulu Bendahari,
Temenggong dan Laksamana.
Warisan
Negeri-Negeri Melayu.
1. Unsur-unsur
warisan Kesultanan Melayu Melaka yang diamalkan di negeri-negeri
Melayu.
• Sistem pemerintahan
Negeri-Negeri Melayu seperti Johor, Perak, dan Pahang
berdasarkan sistem pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka.
• Warisan Kesultanan Melayu
Melaka seperti adat istiadat melayu, agama Islam dan
Bahasa Melayu berkembang di
negeri-negeri tersebut.
• Kerajaan tersebut diasaskan
oleh kerabat diraja Melaka.
• Semua pemerintah negeri
menggunakan gelaran Sultan pada awal nama masingmasing.
• Sistem warisan takhta di
negeri-negeri tersebut mementingkan jurai keturunan sebelah
bapa.
• Putera sulung sultan dengan
permaisurinya berpeluang mewarisi takhta kerajaan.
• Sekiranya sultan tidak
mempunyai putera, adik lelaki sultan boleh mewarisi takhta.
• Mengamalkan Sistem Pembesar
Empat Lipatan seperti diamalkan oleh Melaka.
• Perbezaan antara ketiga-tiga
negeri tersebut adalah pada gelaran pembesarnya,
disebabkan perubahan semasa dan
penyesuaian dengan keadaan tempatan.
• Kitab undang-undang disalin dan
dipinda berdasarkan Hukum kanun Melaka untuk
disesusikan dengan unsure
tempata.Contoh Undang-Undang Pahang yang disusun oleh
Sultan Abdul Ghapur Muhaiyuddin
Syah pada tahun 1596.
2. Persamaan
kandungan antara Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
dengan
Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu 1911.
• Keturunan Sultan sebagai
pewaris takhta
• Agama Islam sebagai agama
negeri
• Raja hendaklah berbangsa
Melayu, lelaki dan beragama Islam
• Raja merupakan waris pemerintah
• Raja berhak memilih Menteri
Besar / dilantik oleh Sultan
• Jawatan Naib Menteri Besar
ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan Raja
• Ahli Mesyuarat Kerajaan
bertanggungjawab membantu Sultan dan Jemaah Menteri
untuk mentadbir negeri dan rakyat
• Mesyuarat kerajaan dikutuai
oleh Menteri Besar
• Jemaah Menteri mempunyai kuasa
perundangan
3. Perbezaan
kandungan antara Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dengan
Undang-Undang
Tubuh Negeri Terengganu 1911.
• Undang-undang tersebut
diperkenal untuk negeri masing-masing.
• Tarikh Undang-Undang Tubuh
Negeri Terengganu diperkenalkan pada tahun 1911
manakala Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Johor 1895.
• Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Johor diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar manakala
Undang-Undang Tubuh Negeri
Terenggan oleh Sultan Zainal Abidin III.
• Undang-undang Johor dikenali
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor manakala
undang-undang Terengganu dikenali
sebagi Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu
atau Ittiqan-ilmuluk bi-ta’dil
il-suluk yang bermaksud keyakinan kepada pemerintah yang
berdsarkan keadilan.
4. Sistem Jemaah
Menteri di Kelantan bertujuan untuk melicinkan pentadbiran dan
pemerintahan.
• Diamalkan semasa pemerintahan
Sultan Muhammad I(1801-1836).
• Baginda melantik beberapa orang
pembesar untuk membantu pentadbirannya.
• Sultan Muhammad II(1836-1886)
telah memperkemaskan Sistem Jemaah Menteri
dengan mewujudkan lapan badan
Jemaah Menteri.
• Setiap satunya dianggotai oleh
empat orang pembesar.
• Setiap Jemaah Menteri mempunyai
bidang tugas masing-masing.
• Lapan badan Jemaah Menteri itu
lalah:
• Jemaah Penasihat Raja
- mengurus perkara dan urusan
penting yang bukan rahsia.
• Jemaah Menteri Istana
- mengurus istiadat diraja dan
istiadat rasmi di seluruh negeri kelantan.
• Jemaah Menteri Keadilandan
Kehakiman
- mengendalikan urusan penting
tentang keadilan dan kehakiman.
• Jemaah Menteri Dalam Negeri
-Menjaga keamanan negeri.
• Jemaah Menteri Luar Negeri
-Mengurus dasar dan hal ehwal
luar negara.
• Jemaah Menteri Perbendaharaan
-Mengendali harta benda dan hasil
mahsur.
• Jemaah Menteri Peperangan
-Mengurus pertahanan dan keamanan
negeri.
• Jemaah Menteri Pentadbiran
danPenggimarahan Negeri
-Mengurus kemajuan dan
pembangunan negeri.
5. Sembilan buah
daerah dalam Negeri sembilan.
• Sungai Ujong, Rembau, Johol,
Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi, dan Gunung
Pasir.
6. Gelaran
tertinggi pemerintah Negeri Sembilan
• Gelaran ialah Yang Dipertuan
Besar.
7. Unsur
demokrasi dalam sistem pemerintahan di negeri Sembilan
• Negeri sembilan mengamalkan
sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih, iaitu
kedaulatan berada di tangan
rakyat.
• Pelantikan pemimpin dibuat
daripada peringkat palin, bawah iaitu Anak Buah, diikuti
oleh Buapak, Lembaga dan Undang
yang kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.
• Perlantikan pembesar dibuat
oleh Undang, Lembaga, buapak dan Anak Buah walaupun
Yang Dipertuan Besar pemerintah
tertinggi kerajaan.
• Setiap keputusan yang dibuat
oleh Yang Dipertuan Besar adalah berdasarkan
perundingan baginda dengan
Undang.
• Setiap Luak ditadbir oleh
Undang dan mereka dipilih oleh Lembaga.
• Undang dipertanggungjawab untuk
melantik Yang Dipertuan Besar.
• Lembaga dilantik oleh Buapak
.Buapak merupakan ketua suku anggota masyarakat
yang bertanggungjawab terhadap
suku masing-masing.
• Lembaga berkuasa melantik
individu yang layak menjadi Undang.
• Buapak merupakan ketua
Perut.Buapak menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah,
khususnya yang berkaitan dengan
adat.
• Setiap anggota Perut dikenali
sebagai anak Buah.
• Sistem ini tidak mengamalkan
kuasa mutlak tetepi mengagihkan tersebut kepada
individu mengikut pangkat.
• Ini menunjukkan sistem
pemilihan pemimpin mempunyai unsur demokrasi.
8. Peraturan
hidup yang menjadi amalan dalam Adat Perpatih
• Kepentingan bersama dalam
membuat keputusan.
• Semangat gotong-royong, dalam
sebarang pekerjaan.
• Saling menghormati di antara
satu sama lain.
• Bermuafakat untuk memilih
pemimpin.
• Semangat kerjasama antara suku
untuk memilih pemimpin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan