BAB 8 :
PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA
SEBELUM
KEDATANGAN BARAT
( 1 ) Pengaruh
Islam terhadap politik.
a) Pentadbiran.
1.
Sebelum
Islam institusi raja dipengaruhi konsep dewa –raja ( tradisi Hindu –Buddha
).
2. Kedatangan
Islam membawa konsep Zillullah fil –alam dan Zillullah fi –ardh yang bermaksud
bayangan Allah di muka Bumi. Bermakna pengesahan kewibawaan raja berlandaskan
Islam di beri kepada raja.
3. Konsep
Khalifatul Mukminin pula bermakna pemimpin orang mukmin, gelaran ini digunakan
oleh Sultan Mahmud Syah Melaka dan Sultan Abdul Ghaffur Pahang.
4. Dalam
tradisi Hindu Buddha raja dinasabkan kepada keturunan dewa, pada zaman Islam
sultan dinasabkan kepada tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnain.
5. Zaman Islam
sultan masih kuasa tertinggi, tetapi sistem pewarisan masih diteruskan.
6. Sultan
dibantu oleh pembesar 4 ( bendahara, termenggong, penghulu bendahari dan
laksamana ).
7. Sultan juga
mendapat nasihat daripada ulama seperti Sayid Abdul Aziz di Melaka.
8. Adat
Perpatih –sistem ini diamalkan di Negeri Sembilan, kuasa tertinggi terletak di
tangan Yang –dipertuan Besar.
9. Konsep
daulat telah mengukuhkan kuasa sultan –konsep ini tidak bertulis tetapi
dipercayai kebenarannya sehingga menaikkan penghormatan rakyat kepada sultan.
10.
Daulat diperkukuhkan lagi dengan adat
istiadat seperti pakaian, tingkahlaku, bahasa contohnya istiadat pertabalan.
b) Perundangan.
1. Terbahagi 2
iaitu undang –undang bertulis dan tidak bertulis.
2. Undang –undang
bertulis ialah peraturan atau hokum dalam sebuah masyarakat.
3.
Undang –undang tidak bertulis dikenali
juga sebagai adat speerti adat Pepatih dan adat Temenggong.
Adat Perpatih :
Dijalankan di
Negeri Sembilan dan Naning, Melaka.
Menyelesaikan
masalah secara musyawarah yang dihadiri oleh 12 suku (keluarga besar). Tidak
membenarkan perkahwinan sama suku.
Setiap suku ini
pula mempunyai ketua iaitu Lembaga.
Perlantikan ketua secara demokrasi dari peringkat
bawah iaitu Anak Buah memilih Buapak memilih Lembaga memilih Undang memilih
Yang Dipertuan Besar.
Diasaskan
oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang dari Pagar Ruyung, Sumatera. Bersifat
matrilineal iaitu mengutamakan jurai keturunan ibu. Anakperepmuan diberi hak
mewarisi harta.
Adat Temenggong:
Di
jalankan di Tanah Melayu selain negeri Sembilan, naming. Berasaskan sistem
perilineal, yang mementingkan keturunan lelaki.
Anak
lelaki diutamakan dalam pembahagian pusaka (bertepatan denga hukum faraid
Islam).
Diasakan oleh
Datuk ketumanggungan dari Palembang.
Pada mulanya adat ini dipengaruhi ajaran Hindu,
kemudian disesuaikan dengan ajaran Islam mazhab Shafie.
Perundangan
sebelum Islam –tradisi Hindu Buddha:

Tradisi Hindu
Buddha disesuai dengan budaya temaptan.
Tradisi Hindu berpegang kepada Hukum Kanun Manu yang
membezakan hukuman berdasarkan kelas.
Perundangan
selepas Islam:
Undang –undang
Islam di negeri –negeri Melayu wujud sebelum kedatangan pengaruh
British. Kehadiran Islam memperkembangkan undang –undang
bertulis seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang
Pahang, Kedah, Perak, Johor.
Hukum Kanun
Melaka :
Menjelaskan
tanggungjawab raja dan pembesar.
Pantang larang
anggota masyarakat.
Hukuman jenayah.
Undang –undang
keluarga.
Permasalahan
ibadah.
Undang
–undang Laut Melaka :

Nakhoda (kapten) dalam kapal diertikan sebagai imam
dan anak buah kapal sebagai makmum.
Undang –undang Pelabuahn di negeri Kedah mempunyai
peranan yang sama dengan Undang –undang Laut Melaka.
(2) Pengaruh
Islam terhadap sosiobudaya
a) Pendidikan
tidak formal.
1. Pendidikan tidak
formal terawal melalui asuhan keluarga.
2. Penekanannya
ialah nilai moral, pembelajaran melalui pendengaran, penglihatan dan
pemerhatian.
3. Kanak-kanak
mempelajari kemahiran ibu bapa seperti pertanian, perikanan, kraftangan,
pertukangan.
4. Ibu bapa turut
mengajar hal agama, adat, sopan santun.
5.
Niali murni diterap melalui cerita lisan
seperti cerita binatang dan jenaka yang memberi teladan dan pengajaran.
6. Pantang-larang
dan adat dipelajari melalui pergaulan sosial seperti tunduk apabila lalu di
hadapan orang tua.
7. Pendidikan juga
dilakukan melalui pantun, teka teki, peribahasa.
1. Pendidikan
formal berkaitan keagamaan di rumah, istana, masjid, surau, madrasah dan
pondok.
2. Di
rumah tok guru, pendidikan al-Quran diajar melibatkan anak –anak berusia 7
hingga 15 tahun.
3. Di
istana, menurut Sejarah Melayu –pusat pengajian agama terdapat di istana
Melaka. Sultan Mansur Syah telah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu
Bakar. Ramai ulama menetap di Melaka antaranya orang Arab, Parsi, Gujerat,
kerana pengaruh pemnerintah Melaka.
4. Kitab
al-Dur al Manzum (kitab Tasawuf) –sangat terkenal di istana Melaka hingga ke
istana kerajaan Johor.
5. Pengajaran
buku hikayat seperti Hikayat Amir Hamzah turut disimpan di Istana Melaka.
6. Di istana juga
mengajar ilmu politik dan pentadbiran negara.
7. Di
masjid dan surau, kanak-kanak diajar ilmu tajwid, fikah dan bacaan sembahyang,
orang dewasa pula belajar ilmu fikah, usuludin, hadis, tasawuf pada tahap lebih
tinggi.
8. Pendidikan
pondok pula, pengajiannya menyediakan pelajar yang bakal menjadi guru agama dan
berkhidmat kepada masyarakat.
9. Pondok
terkenal terdapat di Kelantan (Pondok Pulau Condong), Terengganu (Pondok Pulau
Manis) dan Kedah (Pondok Titi Gajah).
10. Pelajar akan
belajar sehingga 10 tahun sebelum tamat pengajiannya.
11. Sistem
madrasah –diperkenalkan oleh Bani Saljuk di Iraq. Sistem ini berdasarkan
sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara kelas.
12.
Pendidikan madrasah ini mengikut tahap
iaitu tahap permulaan, pertengahan, pengkhususan. Ia diawasi oleh Mudir (Guru
Besar) dan diselia oleh sebuah lembaga.
c) Bahasa dan
Kesusasteraan.
1. Sebelum
lahirnya tulisan jawi telah wujud tulisan dalam sastera Melayu seperti tulisan
Pallva, Kawi (Jawa kuno), Sunda, kuno, Batak dan Rencong.
2. Tulisan
jawi hasil penyesuaian bahasa melayu dan tulisan Arab menjadi saluran pembacaan
dan penulisan utama.
3. Istilah
bahasa Melayu bertambah kesan pengaruh Bahasa Arab, seperti perkataan adat,
hakim, hukum. Kemudiannya ditambah dengan istilah fikah, tauhid.
4. Kesusasteraan
rakyat, disampaikan secara lisan seperti cerita asal-usul, binatang, jenaka,
dongeng dan puisi seperti pantun, gurindam, dan seloka.
5. Hikayat
berkaitan kisah Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat seperti Hikayat Nur Muhammad,
Hikayat Abu Bakar.
6. Bentuk puisi
syair –Syair Dahulu Kala ( di Terengganu ).
7. Hikayat Saduran
Arab Parsi –Hikayat Abu Nawas.
d) Kesenian.
1.
Seni bermakna suatu yang indah pada
penciptanya.
2. Keindahan ini
dapat dilihat daripada seni halus, seni rupa, seni tekstil, seni tampak.
3. Seni zaman Hindu
Buddha seperti seni candi, seni bina, seni arca di Lembah Bujang.
4.
Zaman Islam –seni bina masjid terdapat
ciri khas seperti mihrab, mimbar, telaga, bumbung, Masjid terkenal contohnya
Masjid Kg. Laut Kelantan dan Masjid Tengkera Melaka.
5.
Istana raja pula dilengkapi dengan
balairung, tempat bersemayam, balai istiadat contohnya istana Melaka.
6. Rumah pula
mempunyai seni ukiran tumbuhan, geometri.
7. Seni epigrafi
ada pada batu bersurat dan batu nisan.
8.
Seni khat atau kaligrafi digunakan
sebagai hiasan di Masjid dan madrasah, batu nisan, tembikar atau mata wang.
9. Seni
persembahan merangkumi tarian, muzik, nyanyian yang dipersembahkan dalam majlis
perkahwinan, berkhatan dan upacara bersifat keagamaan.
10.
Tarian pengaruh Arab seperti tarian
dabus di Perak, tarian inang di istana Melaka, nazam.
11. Seni muzik pula
seperti seni dikir diiringi rebana dan kompang, ghazal.
1. Perubahan
iatiadat pemerintah –dalam pertabalan raja kandungan bacaan ciri di mansuhkan,
bacaan ikrar diteruskan kerana ia menyerupai baiah, perlantikan pengganti
sultan sebelum istiadat pemakaman ditiru daripada kerajaan Bani Umaiyah.
2.
Perubahan akhlak rakyat –ibu bapa amat
dihormati, jiran dianggap seperti keluarga, panggilan pangkat diberi seperti
Pak Long dan Mak Long, apabila orang muda bercakap dengan orang tua suara perlu
rendah.
3. Adab
berziarah –seseorang perlu memberi salam dan tuan rumah wajib menjawab salam,
kemudian bersalaman. Kanak –kanak mencium tangan orang yang lebih tua, tetamu
dilayan dan dihormati dengan hidangan makan minum, bacaan bismillah dimulakan
untuk menjamu makan minum.
4. Majlis
perkahwinan, berkhatan al –Quran diadakan mengikut Islam. Majlis seperti ini
juga menekankan nilai gotong –royong, bekerjasama dan perpaduan.
( 3 ) Pengaruh
Islam terhadap ekonomi.
a) Perdagangan.
1. Pengaruh
perdagangan amat kuat kepada umat Islam kerana Nabi Muhammad s.a.w terlibat
secara langsung dalam perdagangan ( memperdagangkan barang Khatijah ).
2. Melaka
menjadi pusat dagang kerana strategik ( laluan timur dan barat turut melibatkan
pedagang Islam ).
3. Pelabuhan Melaka
mempunyai kemudahan yang lengkap.
4. Laksamana
membantu menguruskan hal kelautan.
5. Syahbandar
menjadi ketua perlabuhan.
6. Undang –undang
Laut Melaka membantu menentukan tugas nakhoda, jurumudi.
7. Di
Melaka amat ramai pedagang, dikatakan tidak kurang 84 bahasa dipertuturkan di
Melaka.
8. Melaka
turut memperkenalkan sistem timbang dan sukat seperti kati dan tahil yang
dipertanggungjawabkan kepada Syahbandar.
9.
Barangan yang dtimbang seperti emas,
perak, dan rempah menggunakan dachim ( dacing ).
11. Kejatuhan
Melaka mengalih perkembangan perdagangan ke Johor, Kedah, Kelantan dan
Terengganu.
b) Mata wang.
1. Sistem mata wang
adalah alternatif kepada sistem tukar barang atau barter.
2. Mata
wang asing juga digunakan di Melaka seperti mata wang Pasai, Hormuz dan Cambay.
Mata wang ini boleh ditukar dengan mata wang tempatan.
3. Umumnya
negeri Melayu menggunakan timah sebagai wang dan nama sultan serta tarikh Islam
dicatat pada mata wang.
4. Di
Johor wang timah dikenali sebagai wang katun yang mempunyai tulisan jawi atau
Arab.
5.
Mata wang timah Kedah berbentuk seekor
ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin.
6.
Mata wang emas Johor digunakan ketika
Sultan Alaudin, wang emas Johor digelar kupang.
7. Mata wang emas
Kelantan dikenali sebagai kijang.
8. Mata wang emas
ini mencatatkan nama dan pangkat Sultan iaitu Khalifatul Muslimin.
9.
Pedagang Arab menggunakan wang emas,
tetapi pedagang Eropah menggunakan wang perak.
c) Percukaian.
1. Cukai
ialah bayaran yang dikenakan oleh pemerintah terhadap aktiviti tertentu atau
barang tertentu.
2. Di Melaka, cukai
dibayar oleh pedagang sebelum memulakan perniagaan.
3. Cukai
paling asas ialah cukai tetap (cukai import) –contohnya pedagang dari India dan
Arab (6% daripada jumlah barang ), Jepun dan China (5%).
4. Barang yang
tidak dikenakan cukai ialah beras, makanan.
5. Setelah
cukai dibayar, mereka boleh berniaga di bazaar –bazaar di sepanjang Sungai
Melaka.
6.
Orang asing yang menetap di Melaka juga
dikenakan cukai, contohnya orang asing Kepulauan Melayu (cukai diraja 3%) dan
orang asing lain (cukai diraja 6%).
7.
Amalan riba dikalangan orang Islam tidak
dibenarkan di negeri melayu. Penegasan tentang riba ini dinyatakan dalam Hukum
Kanun Melaka.
8.
Walau bagaimanapun golongan ceti yang
memberi pinjaman dibenarkan menjalankan aktiviti riba mereka.
9. Orang Islam yang
berkemampuan dikenakan zakat harta.
10.
Wang zakat disimpan oleh Baitulmal yang
menyelenggarakan harta kerajaan, wang Baitulmal digunakan untuk pembangunan
negara dan masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan