BAB 7 : ISLAM DI
ASIA TENGGARA
( 1 ) Kedatangan
Islam di Asia Tenggara.
a) Latar
belakang kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
1.
Sebelum kemunculan Islam Di Makkah –Asia
Tenggara telah menjadi pusat perdagangan utama pedagang Melayu, Arab, China,
India.
2. Asia
Tenggara kaya dengan hasil hutan,pertanian, logam yang diperlukan pedagang
barat dn timur.
3.
Apabila Islam berkembang di Makkah,
pedagang Islam terus berdagang dan berdakwah di Asia Tenggara.
b)
Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari Arab.
1. Dikemukakan oleh John Crawford disokong oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas.
2. Menurut John
Crawford –Islam datang dari Arab melalui pedagang.
3.
Buktinya catatan China mengatakan orang
Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan di Canton sejak tahun 300 M.
Pedagang Arab yang ke China singgah di pelabuhan Asia Tenggara khasnya di Selat
Melaka kerana kedudukannya strategik.
4.
Pedagang Arab ini tinggal beberapa bulan
di Asia Tenggara dan ada yang menetap serta membina perkampungan Arab.
5. Perkampungan ini
juga menjadi tapak untuk berdagang.
6.
Ada juga pedagang Arab yang berkahwin
dengan wanita tempatan dan menyebarkan Islam.
7.
Masa menunggu angin monsun pula
digunakan oleh pedagang Arab untuk mengembangkan Islam.
8.
Penduduk tempatan juga turut terpikat
dengan kejujuran dan menjaga kebersihan para pedagang Islam.
9. Menurut catatan
China –wujud petempatan Arab di Sumatera Utara iaitu di Ta Shih.
10. Menurut
Syed Naquib –wujud persamaan penulisan dan kesusasteraan Asia Tenggara dan
Arab, perkataan jawi diambil daripada bahasa Arab, budaya dan muzik pengaruh
arab dabus dan tarian Zapin.
11.
Menurut Syed Naquib, banyak karya tempatan menceritakan pengislaman raja
tempatan oleh syeikh dari Tanah Arab contohnya hikayat Raja-raja Pasai
mengatakan Raja Malik diislamkan oleh ahli sufi dari Arab iaitu Syeikh Ismail.
c) Teori
kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari China.
1. Dikemukakan oleh
E.G Eredia dan S.Q. Fatimi.
2.
Menurut Eredia, Canton pernah menjadi
pusat perniagaan pedaganf Arab hingga pedagang China memeluk Islam.
3.
Pedagang China Islam ini kemudiannya
berdagang di Asia tenggara disamping menyebarkan Islam.
4.
Menurut Fatimi pula, pedagang China
Canton pernah berpindah beramai –ramai ke Asia Tenggara.
5.
Bukti kedatangan Islam dari China ini
boleh dilihat pada Batu Bersurat Terengganu, batu nisan yang mempunyai ayat
al-Quran di Pekan, Pahang.
6. Wujud
persamaan antara seni bina China dengan seni bina masjid di Kelantan, Melaka
dan Jawa seperti bumbung pagoda, atap genting China.
1.
Dikemukakan oleh S.Hurgronje
–Islam datang dari Gujerat dan pantai Koromandel.
2.
Hubungan dagang dengan India telah wujud
lama –memberi peluang pedagang Islam India menyebarkan Islam.
3.
Terdapat batu marmar pada batu nisan
mempunyai cirri buatan India –contohnya di batu nisan Raja Malik Pasai.
4. Unsur budaya
India amat rapat sejak sebelum Islam –budaya Hindu.
(2) Cara –cara
kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

a) Perdagangan.
1.
Pedagang dari Arab, China dan India
telah lama menjalin hubungan di pelabuahn Asia Tenggara seperti di Selat
Melaka, Kepulauan Rempah.
2. Sikap dan
tingkahlaku baik pedagang Islam ini menjadi ikutan penduduk setempat.
3.
Setengah pedagang luar ini membawa ulama
bersama mereka untuk berdakwah di pelabuhan.
4.
Sifat mahmudah (sopan-santun, ikhlas,
lemah-lembut) pedagang Islam menarik minat orang tempatan.
5. Pedagang
Islam juga mempunyai hubungan baik dengan pemerintah tempatan hingga diberi
keistimewaan. Ada diantara mereka dianugerah jawtan syahbandar , syahbandar
inilah yang turut menyebarkan Islam.
b) Perkahwinan.
1. Perkahwinan
siasah –berlaku di kalangan kerabar diraja. Di Melaka, Sultan Mansur Syah dan
Muzafar Syah mengahwinkan puteri mereka dengan Raja Siak, Kampar, Jambi.
Kemudiannya negeri ini akan diislamkan oleh Melaka.
2. Perkahwinan
biasa –berlaku antara ulama atau pedagang Islam dari India atau Arab dengan
orang tempatan. Maka islam tersebar dikalangan keluarga dan masyarakat orang
yang dikahwini itu.
1.
Apabila raja memeluk Islam, ia akan
diikuti oleh rakyat kerana mereka sangat taat kepada raja.
2.
Pengislaman Megat Iskandar Syah Melaka
contohnya, diikuti oleh pengislaman keluarga diraja, pembesar dan rakyat
Melaka.
3.
Di Pasai pengislaman Raja Malik
menjadkan Sialm cepat berkembang dan Pasai menjadi kerajaan yang kuat.
d) Kelahiran
kerajaan Islam.
1. Kerajaan Islam
terawal –kerajaan Perlak, Samudera-Pasai.
2.
Melaka –Tun Perak memperluaskan kuasa
dan kemudiannya mengislamkan kawasan seperti Aru, Rokan, Siak.
3.
Johor-Riau –kerajaan ini berusaha
menawan semula Melaka bagi mengelakkan Portugis yang menawan Melaka menjadi
pusat penyebaran agama Kristian di alam Melayu.
4. Demak
–selepas menawan Majapahit, kerajaan ini telah menyebarkan Islam ke seluruh
Jawa. Usaha ini diikuti juga oleh kerajaan Islam di Jawa seperti Pajang dan
Mataram.
5. Acheh
–Sultan Iskandar Muda menjadikan Acheh kerajaan yang kaut dan penyekat
penyebaran agama Kristian. Acheh menaungi negeri –negeri kecil di Sumatera
Utara dan menawan beberapa negeri di Tanah Melayu untuk menghalang penyebaran
Kristian. Kerajaan ini digelar Serambi Makkah kerana orang Islam Asa Tenggara
yang ingin menunaikan haji ke Makkah akan singgah di sini dahulu.
6. Pattani
–Raja Phaya Sultan Mahmud Syah. Ramai pedagang dan pendakwah Arab dan Parsi
datang ke sini. Penyebaran ke seluruh Pattani dilakukan oleh Sultan Mudzaffar
Syah.
7. Brunei
–Catatan China mengatakan Brunei ( pusat perdagangan Borneo ) pernah menghantar
pembesarnya Pu Ali ke China. Pendakwah iaitu Syariff Ali ( dikatakan keturunan
Nabi Muhammad s.a.w ) pernah menyebarkan Islam di sini. Kesan pengislaman
Brunei wilayah sekitar seperti Sulu dan Mindanao turut diislamkan.
mencatatkan
ayarat pembayaran cukai dan hutang.
e) Peranan pusat
kebudayaan.
1.
Pusat kebudayaan bertindak sebagai pusat
keilmuan dan penyebaran Islam seperti di Perak, Riau, Acheh. Di sini ramai
cerdik pandai dan banyak institusi pendidikan.
2. Samudera
–Pasai –menjadi pusat penterjemahan di Kepulauan Melayu, kitab Arab, telah
diterjemah ke bahasa Melayu. Sultan Mansur Melaka pernah mengirim kitab al –
Dur al- Manzum
untuk diterjemah di sini. Sultan Mahmud Melaka pula pernah merujuk
masalah agama
kepada pakar di sini.
3.
Melaka –banyak karya sastera pengaruh
Arab ditulis seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Nabi Bercukur.
4.
Acheh –syair dihasilkan untuk menghayati
Islam seperti Hamzah al –Fansuri, Abdul Rauf Singkel.
5.
Johor-Riau –hasil sastera yang ditulis
seperti Tuhfat al-Nasif dan Peringatan Sejarah Johor.
f) Peranan
Mubaligh.
1.
Mubaligh atau pendakwah, ulama, ahli
sufi berperanan secara langsung menyebarkan Islam.
2. Mubaligh terawal
seperti Syeikh Ismail, Fakir Muhammad.
3. Di Pasai –Syarif
Amir, di Melaka –Syeikh Abdul Aziz.
4. Mubaligh
berperibadi jujur dan lemah lembut dalam menyebarkan Islam.
5. Di
Melaka –ulama mengajar pada mulanya secara tidak formal, kemudian secara
formal. Tempat mengajar di masjid, istana, rumah. Kemudiannya di pondok,
pesantren.
6. Di
Acheh –pondik dikenali sebagai dayah, muncul ulama tempatan seperti Hamzah
al-Fansuri. Ulama di sini menjadi penasihat raja.
7.
Di Jawa –Wali Songo menjadikan Demak
sebagai pusat pegerakan dakwah Islamiah. Mereka membina Masjid Agung Demak yang
menjadi markas dakwah Islamiah.
1.
Kemurnian Islam merangkumi semua bidang
termasuk konsep Tuhan Yang Maha Esa, keadilan, hak individu dan masyarkat dan
kebahagiaan hidup dunia akhirat.
2.
Agama Islam menuntut manusia berfikir
secara rasional dan mudah diterima penduduk Asia Tenggara.
(3) Pengaruh
Islam di Asia Tenggara.
a) Pemerintahan
dan pentadbiran
1.
Institusi beraja diubahsuai menjadi
institusi kesultanan (warisan kerajaan Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah).
2.
Sultan menjadi ketua negara, mufti
menjadi penasihat sultan. Wujud juga pegawai seperti kadi, khatib, bilal.
3. Gelaran sultan
meletakkan raja setaraf dengan kerajaan Islam yang lain.
4.
Dalam Hukum Kanun Melaka –raja digelar
Khalifatul Mukminin (pemimpim orang mukmin), perkataan ini tercatat dalam wang
syiling kerajaan melayu.
5.
Gelaran Zillulah
fil’Alam (bayangan Allah
Melaka.
6. Islam menjadi
agama rasmi –kerajaan Melaka, Acheh.
7.
Contoh sultan yang berpegang teguh
kepada Islam –Sultan Malik (Samudera Pasai), Sultan Iskandar Thani (Acheh).
8.
Nama nama Islam digunakan seperti Acheh
Darus Salam (negeri), Sultan Mahmud Syah beerti sultan terpuji.
9. Undang
–undang syariah yang diperkenalkan seperti kes jenayah, harta pusaka. Ia
termaktub dalam Hukum Kanun Melaka di Melaka dan Kanun Mahkota Alam di Belanda.
10.
Semangat jihad menentang penjajah telah
diterapkan –contohnya di Acheh menetang Portugis, di Jawa menentang Portugis
dan Belanda.
11.
Semanagat jihad ini disebarkan melalui
tulisan ulama seperti Syeikh Nurudin dan Abdul Rauf Singkel.
12. Di Pattani
Syeikh Daud menulis tentang penentangan terhadap Siam.
1. Sebelum Islam
pendidikan hanya untuk bangsawan.
2. Dalam Islam
pendidikan wajib kepada semua orang Islam.
3.
Kesannya wujud institusi formal seperti
pondok, istana, pesantren, madrasah dan surau.
4.
Pusat pendidikan terawal di Perlak
disebut dayah atau pondik, contohnya Dayah Bukit Ce Breek, Perlak.
5. Samudera-Pasai
menjadi pusat penterjemahan karya agama.
6. Pendidikan
pondik berkembang ke Pattani, Acheh, Jawa.
7. Di Patani
–penuntut pondok termasuk pelajar negeri lain.
8.
Di Melaka –tiada pondok, pelajar
menuntut di rumah ulama, masjid, surau dan istana.
9. Di
Acheh –sistem pendidikan lebih sistematik, terdapat peringkat rendah
(rangkang), menengah (muenasah) dan tinggi atau univesiti (Jamiah Bait
al-Rahman). Pelajarnya meliputi pelajar luar Acheh. Di Acheh wanita digalakkan
belajar di dayah dan memegang jawatan pentadbiran.
c) Bahasa dan
kesusteraan.
1. Tulisan
jawi berasal darpadatulisan Arab (al-Quran) yang diubahsuai dengan perkataan
Melayu.
2.
Tulisan ini menjadi tulisan rasmi
menggantikan tulisan Palava Dewanagari ( tulisan zaman Hindu Buddha ).
3.
Istilah Arab digunakan dalam tulisan
jawi bahasa Melayu seperti sultan, syuur, masjid, alam.
4. Melalui tulisan
jawi lahir penulis seperti Tun Sri Lanang.
5.
Bahasa Melayu juga menjadi bahasa lingua
–franca di Kepulauan Melayu, ia menjadi bahasa pedagang timur dan barat.
6.
Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu
–seperti cerita panji, sastera pengaruh Arab, sastera seperti syair, guridam.
d) Cara hidup.
1. Sebelum Islam
–cara hidup Anismisme, Hindu dan Buddha.
2.
Kedatangan Islam maka cara hidup Islam
diasimilasikan seperti bertudung dan bersongkok.
3.
Islam –dijadikandin‘iaitu‘adcara hidup
lengkap dan
4. Kedatangan Islam
turut mengubah sistem sosial seperti konsep persaudaraan,
persamaan,
tolong –menolong dan gotong –royong.
e) Kesenian.
1. Kesenian Islam
contohnya seni khat, seni bina, seni ukir.
2.
Seni khat ada pada batu nisan ( tulisan ayat
al –Quran ), ukiran kayu, bilah mata keris, batu bersurat ( Terengganu ).
3.
Makam di Pasai mempunyai pengaruh Parsi
( syair Parsi ).
4. Terdapat juga
seni khat yang bertatahkan emas, perak.
5.
Unsur seni kaligrafi turut mengambil
contoh huruf Arab, ayat al –Quran dan tulisan jawi.
6. Seni Islam ini
juga dicantumkan dengan unsure tumbuhan.
7.
Pengaruh seni bina Islam boleh juga
dilihat pada bentuk masjid, kubah, mimbar, mihrab dan menara azan seperti
masjid Ubaidiyah Kuala Kangsar.
f) Ekonomi.
1.
Baitulmal diperkenalkan di Acheh oleh
Sultan Iskandar Muda yang berfungsi sebagai perbendaharaan negara ( hasilnya
diperoleh daripada zakat dan sedekah ).
2. Islam
menggalakkan umatnya mencari rezeki halal dan melarang mengemis.
3. Berdagang
ekonomi yang halal digalakkan.
4. Perkara dilarang
seperti riba, penindasan.
5. Islam juga
menyarankan sikap berjimat cermat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan