BAB
6:PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA.
( 1)
Perlaksanaan sistem khalifah Islam.
a) Apakah maksud
konsep khalifah.
1.
Khalifah dalam bahasa Arab bererti
penganti. Dalam konteks tersebut peganti Nabi Muhammad s.a.w. akan memerintah
dan mentadbir kerajaan Islam.
2. Khalifah
dalam kontek agama bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian Islam dan
mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam.
b) Apakah syarat
pemilihan khalifah.
1. Lelaki merdeka
beragama Islam.
2. Memiliki
pengetahuan tentang Islam.
3. Mematuhi
perintah Allah dan melaksanakan hukum Allah.
4. Adil dan
berakhlak baik.
5. Tubuh sihat,
sempurna, cergas fikiran, warak.
6. Pandai mentadbir
kerajaan Islam.
c) Bagaimanakah
cara pemilihan khalifah.
1.
Pertama, musyawarah atau syura
–perlantikan Saidina Abu Bakar atas cadangan Saidina Umar dipersetujui ramai.
2.
Kedua, cadangan nama dari khalifah
terdahulu sebelum wafat –Saidina Umar mencadangkan Saidina Abu Bakar sebelum
wafat.
3.
Ketiga, pemilihan dari beberapa calon –6
orang nama diusulkan dan Saidina Uthman terpilih.
4. Keempat,
pencalonan sekolompok masyarakat –Saidina Ali telah terpilih.
5. Keempat –empat
cara ini tetap melalui musyawarah/syura.
6.
Khalifah ini perlu mengangkat sumpahatau
lafaz taat setia iaitu baiah semasa perlantikan menjadi khalifah.
7. Syura bermaksud
permuafakatan atau consensus.
1. Memelihara
keduduk agama Islam.
2. Mentadbir negara
mengikut hukum syariah berpandukan al –Quran dan sunnah.
3. Menitik beratkan
sistem politik, sosial dan ekonomi.
4. Mempertahankan
negara dari ancaman musuh.
5. Melantik dan
melucut pegawai pentadbiran negara.
6. Menjaga
kebajikan rakyat agar bahagia dunia akhirat.
7. Meneruskan
ajaran Allah yang disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w.
8. Mengekalkan
perpaduan ummah melalui musyawarah.
9. Menguruskan
kewangan, perbendaraan, kharaj, jizyah, zakat.
( 2 ) Sumbangan
Khulafa al –Rasyidin.

a) Apakah
sumbangan Khalifah Abu Bakar al –siddiq.
1.
Digelar al –Siddiq bermaksud yang
membenarkan kerana beliau sentiasa yakin kebenaran kata –kata nabi.
2. Sifatnya ikhlas,
jujur dan setia pada baginda.
3. Saidina Abu
Bakar dicadangkan oleh Saidina Umar.
4.
Beliau berjasa menghapuskan orang Islam
yang murtad dan tidak mahu membayar zakat.
5. Mempertahankan
Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom Timur.
6.
Membahagikan Tanah Arab kepada 10
wilayah antaranya Makkah, Taif, Yaman, dan melantik Amir mentadbirnya.
7. Memperkenalkan
bayaran gaji tentera, undang –undang tanah, hak golongan mawali.
8. Memerintahkan
Zaid b. Thabit mengumpulkan tulisan al –Quran pada batu, kayu, kulit binatang
kerana ramai orang hafiz al –Quran syahid, salinan al –Quran ini disimpan oleh
Saidina Umar, Hafsah, (isteri nabi ) dan Saidina Uthman.
9. Khalifah Abu
Bakar digelar penyelamat umat Islam.

1. Bersifat berani,
tegas, berterus –terang.
2. Pelantikannya
hasil cadangan Abu Bakar ketika sakit.
3. Dianggap zaman
keemasan Kerajaan Islam Madinah.
4.
Pembaharuan politik –Mengamalkan dasar
pentadbiran dan melantik pegawai, menubuhkan majlis syura ( dianggotai wakil
mujhirin dan Ansar ), membahagikan jajahan Islam kepada wilayah dan melantik
wali ( gabenor).
5.
Penubuhan jabatan –Jabatan tentera,
polis, percukaian. Setiap jabatan diketuai oleh katib ( setiausaha).
6. Jabatan
Kehakiman –dilantik hakim bergaji bulanan.
7.
Sosial –pendidikan al –Quran di Masjid,
menghantar guru agama ke wilayah ( Abu Sufyan ) dihantar ke Badwi).
8. Kalendar –tahun
hijrah menjadi tahun pengiraan Islam.
9.
Tentera –tentera tetap dan sukarela,
bergaji, berpakaian seragam, markas tentera dibina seperti di Madinah, Kufah.
10. Terusan
dan tali air –menambah hasil pertanian seperti Terusan Amirul Mukminin di
Mesir.
11. Rakyat
digalakkan meneroka tanah dan mengusahakan tanah terbiar.
12.
Pengenalan cukai –cukai jizyah dikenakan
kepada Zimmi (bukan Islam yang yang rela diperintah kerajaan Islam), cukai
kharaj berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah seperti tanaman gandum,
barli, anggur.
13. Baitulmal
ditubuhkan untuk mengawal pendapatan negara.
14. Digelar Amirul
Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.
c) Apakah
sumbangan Khalifah Uthman bin Affan.
1. Seorang hartawan
yang dermawan, lemah lembut tolak ansur, bersimpati.
2.
Digelar Zun Nurain (menpunyai 2 cahaya)
kerana pernah mengahwini 2 orang puteri Rasulullah selepas salah seorang
daripadanya meninggal dunia.
3.
Dilantik daripada 6 cadangan calon, undi
sama banyak diterima Uthman dan Ali. Tinjauan persetujuan orang ramai memilih
Saidina Uthman menjadi khalifah.
4.
Dari segi politik –meluaskan empayar
seperti ke Cyprus, Afghanistan, Tripoli dan khalifah pertama membina angkatan
tentera laut Islam.
5. Mengisyitiharkan
naskah al-Quran Mushaf Uthmani.
6. Membina
jambatan, jalan raya rumah rehat pengembara.
7.
Baitulmal digunakan untuk mengukuhkan
tentera laut Islam –membeli senjata dan kapal.
8. Jizyah
dikekalkan –antara sumber pendapatan baitulmal.
d) Apakah
sumbangan Khalifah Ali bin Abu Talib.
1. Seorang yang
berani, pahlawan, berpengetahuan luas tentang perundangan Islam.
2.
Dilantik hasil persetujuan sokongan
suara terbanyak.
3. Banyak
menyelesaikan masalah berhubung masyarakat dan perundangan Islam.
4.
Menghentikan Perang Siffin bila musuh
mengangkat al-Quran dan menjalankan rundingan.
5. Membina markas
tentera di Parsi dan Syria.
6. Meneruskan cukai
jizyah kepada Zimmi.
(3) Kerajaan
Bani Umaiyah
a) Latar
belakang kemunculan kerajaan Bani Umaiyah.
1.
Nama kerajaan ini diambil sempena nama
keturunan Bani Umaiyah iaitu Umaiyah b. Abdu Shams (peniaga terkenal).
2.
Diasaskan oleh Muawiyah b. Abu Sufyan,
selepas peristiwa penyerahan kuasa daripada Saidina Hassan b. Ali untuk
menggelakkan perpecahan umat Islam.
3. Tahap
1- pemerintahan berpusat di Damsyik. Menggunakan geralan khalifah, diasakan
oleh Khalifah Muawiyah.
4.
Tahap 2 –berpusat di Codova menggunakan
gelaran amir diasaskan oleh Abdul Rahman al –Dakhil.
b) Sumbangan
kerajaan Bani Umaiyah –bidang politik.
Sistem khalifah
–ketua pemerintah pengganti Nabi Muhammad s.a.w.
Sistem wazarah –pelantikan
wazir yang mengetuai pentadbiran kerajaan pusat.
Sistem
urus setia –pegawai utama dilantik mengumpulkan rekod, mengurus, mengurus surat
dan dibahagikan pula kepada beberapa bahagian seperti bahagian cukai,
ketenteraan, polis dan kehakiman.
Sistem
hijabah –menjaga keselamatan dan memeriksa orang yang ingin menemui Khalifah.
Penubuhan
4 jabatan –jabatan cukai, surat menyurat, urusan am dan urusan cap mohor
pemerintah.
Penubuhan
Diwanul Jundi (jabatan Ketenteraan). Penubuhan angkatan tentera darat dan
tentera laut.
Bidang
perundangan –hukuman berdasarkan ijtihad berpandu al-Quran, sunnah atau ijmak.
Hakim mestilah bebas dan adil
c) Sumbangan
kerajaan Bani Umaiyah –bidang sosial.
Ilmu
pengetahuan –Kota Basrah menjadi pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. Lahir
ilmuan seperti Khalili ibn Ahmad ( bahasa dan filologi Arab ), Sibawayhi (nahu
Arab), Jarir (sasterawan).
Bahasa Arab
dijadikan bahasa rasmi negara.
Tanda bunyi atau baris dalam tulisan al –Quran
diperkenalkan untuk memudahkan umat Islam bukan Arab.
Ilmu
agama –Ibn Zihat al –Zuhri (hadis), Ibn Jarith (tafsir al- Quran), Hasan al-
Bakri (usuluddin).
Hospital
pertama- dibina oleh Khalifah al –Walid Abdul Malik di Damsyik. Hospital
penyakit kusta –dibina oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.
Terjemahan
pelbagai ilmu ke bahasa Arab –Ibn al –Nafis menterjemahkan buku berkaitan
pembedahan.
Perkembangan
ilmu moden lain –kimia, astronomi.
d) Sumbangan
kerajaan Bani Umaiyah ke –2 di Andalusia.
Pusat pengajiaan
tinggi di Carova –diasaskan oleh Abdul Rahman III, kemudian
berkembang ke
Eropah.
Perpustakaan
Cardova diasaskan oleh al –Hakam II. Bandar ilmu yang lain –Seville, Toledo,
Granada.
Pusat
penjermahan karya Yunani ke dalam bahasa Arab terdapat di Toledo. Cardova juga
menjadi jambatan ilmu antara dunia Islam dan Eropah.
Seni
bina Islam –masjid Cardova lengkap dengan menara, kubah, dan tiang daripada
marmar.
Penubuhan baitulmal –mendapat sumber pendapatan
daripad kharaj (cukai tanah), jizyah ( cukai perlindungan), usyur ( hasil
pertanian), ghanimah (harta rampasan perang) dan zakat ( wajib bagi umat
Islam).
Cordova
menjadi pusat ekonomi dan perdagangn antarabangsa contohnya perusahaan orang
Islam seperti tembikar, perhiasan emas/perak, kulit, membuat senjata. Pertanian
–sistem saliran dan penyelidikan benih tanaman.
(4) Kerajaan
Bani Abbasiyah
a) Latar
belakang kemunculan kerajaan Bani Abbasiyah.
1.
Pada peringkat akhir pemerintahan Bani
Umaiyah, golongan Mawali (orang Islam bukan arab seperti Parsi dan Barbar)
merasa didiskrimisikan (tidak dapat jawatan dan dikenakan cukai yang lebih
tinggi).
2. Bani Umaiyah
yang mentadbir pula mula mengabaikan ajaran Islam.
3. Kesannya
golongan Mawali menyertai gerakan Abbasiyah.
4. Sistem warisan
Umaiyah juga telah ditentnag oleh orang Islam Syiah dan Khawarij.
5.
akhirnya gerakan Revolusi Abbasiyah
berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah.
6.
Gerakan ini dimulakan oleh Ali b.
Abdullah atas nama ahlul bait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w) agar mendapat
sokongan.
7. Pusat operasi
mereka di Khurasan, Kufah dan Humaimah.
8. Pemimpin
terkenalnya ialah Abu Salamah dan Abu Muslim.
9.
Ketika pemerintahan Abu Jaafar al
–Mansur pemerintahan kerajaan ini berpindah dari Damsyik ke Baghdad.
10.
Kerajaan ini berakhir apabila ditawan
tentera Monggol yang diketuai oleh Hulagu Khan.
11.
Kerajaan ini mengamalkan sistem warisan
atau monarki (pemerintahan keturunan raja).
12. Nama
kerajaan ini diambil sempena nama al –abbas (bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w).
b) Sumbangan
kerajaan Bani Abbasiyah.
1.
Semasa pemerintahan Khalifah Harun
al-Rasyid dan anaknya al-Makmun –Baghdad menjadi kota intelektual.
2. Karya asing
seperti falsafah dan sains Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa arab.
3. Baitulhikmah
(institusi keilmuan) telah dibina.
4. Kegiatan
penulisan terbahagi kepada 3 tahap iaitu mencatat segala idea atau percakapan,
mengumpul idea yang serupa atau hadis Nabi Muhammad s.a.w. mengarang (dalam
bahagian dan bab yang berbeza antara satu sama lain).
5. Penglibatan
ulama dalam penulisan –fikah, tafsir, sejarah.
6.
Iman terkenal seperti Ibn Ishaq (sejarah
hidup Nabi Muhammad s.a.w), Abu Hanifah (fiqah dan ijtihad).
7. Ketika ini
berlaku pemisahan ilmu tafsir, sirah dan hadis.
c) Sumbangan
Bani Abbasiyah dalam penterjemahan.
1. Terjemahan ke
bahasa Arab dibuat daripada bahsa yunani, Suriani dan Yunani.
2.
Orang Islam Islam menterjemah dan
mencipta serta membuat pembaharuan, menghurai, menambahbaik karya tersebut ke
bahasa Arab.
3.
Islam memelihara warisan ilmu itu ketika
Eropah dilanda Zaman Gelap (Eropah kurang menghargai ilmu).
4.
Penyelidikan sarjana Islam kemudiannya
diterjemaah pula ke bahsa asing(Eropah) yang membawa kebangkitan Eropah seperti
Zaman Renaissance.
(a) Latar
belakang kemunculan Kerajaan Turki Uthmaniyah.
1. Kelemahan
Kerajaan Abbasiyah menyebabkan munculnya kerajaan kecil seperti Saljuk di
Turki.
2. Salah
sebuah pemerintahan di bawah pengaruh Saljuk ialah Anatolia, tetapi pemerintah
Anatolia bebas mentadbir.
3.
Kemudian kerajaan kecil Anatolia ini
menguasai kerajaan lain hingga membentuk kerajaan Turki Uthmaniyah.
4. Uthmaniyah
berasal dari nama pengasas kerajaan ini iaitu Uthman b. Ertughrul. Beliau ialah
amir (gabenor Saljuk) kawasan barat Anatolia yang bersempadan empayar Byzantine
(Rom Timur) maka ancaman disini amat tinggi.
5.
Kemudian Byzantine ditumpaskan oleh
Uthman, maka ramai ghazi (pahlawan tentera) dan pemimpin masyarakat bersatu di
bawah uthman memperluaskan taklukan.
b) Perluasan
empayar Kerajaan Turki Uthmaniyah.
1.
Empayar bermula di sekitar Anatolia,
kemudian Bursa dijadikan ibu negeri ketika pemerintahan Uthman.
2. penggantinya
iaitu Orhan I meluaskan jajahan seperti Marmara, Ankara.
3.
Kemudiannya Murad I dan Bayezid I
menguasai jajahan seperti Bulgaria, Sofia, Albania, Kosovo.
4. Mehmed II pula
berjaya menawan Istanbul (Constantinople) iaitu ibu kota Ron Timur.
5.
Pada awal abad ke-20, empayar ini
merosot keranan pemimpin lemah, keruntuhan sistem cukai dan pemberontakan.
c) Sumbangan
Kerajaan Turki Uthmaniyah
1.
Bertahan selama 600 tahun sebagai
empayar Islam sehingga berperanan membentuk kesatuan orang Islam seluruh dunia.
2. Istanbul menjadi
pusat pentadbiran dunia Islam.
3.
apabila Sultan Selim I menguasai Makkah
kerajaan ini dianggap pelindung umat Islam seluruh dunia.
4.
Kanun Suleiman diperkenalkan sebagai
perundangan yang melindungi nyawa, harta dan kehormatan individu tanpa mengira
bangsa dan agama.
5. Kerajaan
ini memperkenalkan sistem jawatan seperti kadi dan mufti. Jawatan
Sheikh-ul-Islam pila ialah ketua ulama yang mengeluarkan fatwa.
6.
Dari segi ekonomi- Istanbul menjadi kota
perdagangan timur dan barat, dunia Islam dan bukan Islam.
7.
Hubungan perdagangan Turki meliputi
pelabuhan di sepanjang Laut Mediterranean, Tengah, Merah dan Hindi.
8. Menukarkan
sistem bangsawan berasaskan susun lapis masyarakat kepada sistem menggalakan
kecemerlangan individu –mobility sosial meluas khasnya di jajahan Eropah.
9.
Sistem pendidikan –sistem madrasah,
sekolah pendidikan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, kolej perubatan.
10. Penulisan
ensiklopedia –berkaitan sains Islam.
11. Perpustakaan
ditubuhkan di masjid, hospital, rumah.
12. Seni bina
–masjid Sultan ahmed (masjid biru) di Istanbul.
(6) Faktor
penyebaran Islam ke Eropah.
a) Kekuatan
pasukan tentera Islam.
1.
Pegangan akidah dan akhlak yang kukuh
menjadi asas kekuatan kerajaan Islam menentang Eropah.
2.
Semangat Ghazi Zaman Uthmaniyah
membentuk semangat pahlawan berkorban jiwa raga demi menyebarkan Islam.
Kesannya –kejayaan memperluaskan kuasa ke Eropah.
3.
Sistem ketenteraan Uthmaniyah –senjata
moden (meriam besar), tentera berkuda, kumpulan infantry yang kuat.
4. Kumpulan
Janissari Uthmaniyah ialah kumpulan elit terlatih dalam perang.
5.
Kekuatan armada laut –pada zaman
Suleiman al-Kanuni armada ini mengawal kawasan Laut Mediterranean.
1. Perang antara
kerajaan kecil di Eropah memudahkan Islam meluaskan kuasa.
2. Kemasukkan
tentera Uthmaniyah ke Eropah pada awalnya atas permintaan Maharaja John VI
Cantacuzens yang meminta bantuan Orhan menuntut takhta kerajaan Byzantine.
3. Kejatuhan
Byzantine –memberi peluang kepada penyebaran Islam di Eropah.
4.
Institusi gereja di Eropah runtuh
–penyalahgunaan kuasa, pergaduhan para pemimpinnya. Maka rmaai penganut
Kristian memeluk Islam.
c) Dasar
pemerintahan Islam.
1. Dasar diplomasi
dan toleransi –masyarakat Eropah tidak dipaksa memeluk Islam.
2.
Kedudukan, perundangan dan harta Gereja
Ortodok diiktiraf, kerajaan Uthmaniyah tidak mencampuri hal keagamaan Kristian.
3.
Dasar berasaskan kecemerlangan individu
dan bukan keturunan menarik minat orang Eropah memeluk Islam.
4.
Kerajaan Islam tetap membina sekolah,
rumah sakit dan kawasan perdagangan rakyat di jajahan Eropah.
d) Peranan
penghijrah Turki dan pendakwah Islam.
1.
Ramai orang Turki berhijrah ke Balkan
seperti kawasan Thrace, utara Bulgria dan Albania yang didiami ahli sufi.
2.
Mereka bersama ahlisufi menarik minat
orang Kristian memeluk Islam kerana sifat toleransi. Ahli sufi.
(7) Perembungan
tamadun Islam dengan tamadun lain.
a) Kawasan
pertembungan tamadun.
1.
Khalifah al-Rasyidin (Khalifah Umar)
bertembung dengan tamadun Yunani Rom ketika bertapak di Mesir.
2.
Kemudian perluasan kuasa ke Baghdad pula
menyebabkan pertembungan dengan tamadun Parsi dan Islam.
3.
Apabila Bani Umaiyah menakluki Afrika
Utara dan Sepanyol berlakulah pertembungan antara tamadun Islam dan Eropah.
1. Perdagangan
–Nabi
Muhammad s.a.w pernah berniaga di Syam(Syria). Pedagang Islam juga
berniaga di kawasan Teluk Parsi hingga ke China ( bertembung dengan tamadun
China).
2. Diplomatik
–kerajaan
Bani Umaiyahh menghantar peneroka ke utara Selat Gibraltar di selatan
Sepanyol. Mereka bertemu petempatan bukan Islam seperti di Cordova, Valencia
untuk membuat hubungan diplomatic. Kesannya mereka memahami konsep aman dalam
cara hidup orang Islam.
3. Penaklukan
–kerajaan
Islam membentuk ekspedisi tentera dan bertembung dengan tamadun luar,
contohnya menakluk Iran/Iraq (tamadun Parsi), Mesir/Afrika Utara (tamadun
rom-empayar Byzantine).
4. Kebudayaan
–kemasukan
Islam ke Sepanyol menyebabkan bahasa Arab menjadi bahasa utama di situ.
Lahir golongan Mozarab iaitu orang tempatan beragama Kristian tetapi
mengamalkan budaya Islam dan berbahasa Arab.
5.
Intelektual
–Ilmuan
Islam mendalami ilmu tamadun Eropah dan berlaku pertembungan antara ahli
fikir Islam dengan bukan Islam.
c) Kesan
pertembungan tamadun dari segi agama, ekonomi dan sosial.
1. Keagamaan
–mengubah
akidah penduduk taklukan kepada kepercayaan kepada Allah, tetapi Islam
tidak menghapuskan adat dan budaya yang tidak bertentangan Islam.
2.
Kesan perluasan kawasan
yang diperintah Islam –kawasan penyebaran pengaruh Islam diperluaskan.
3. Lahir
pelbagai kerajaan Islam –kerajaan Delhi/Mughal di India, kerajaan
Umaiyah, Abbasiyah, Uthmaniyah.
4.
Penguasaan ekonomi
–keselamatan
lalauan pedagang dikawal oleh kerajaan Islam. Pedagang Islam berdagang
meliputi ke India, Ceylon, alam Melayu dan China di timur, Sepanyol, Perancis
di barat.
5. Urbanisasi –berlaku kesan
kemajuan pedagang Islam.
6.
Organisasi sosial
–Islam
memberi penyelarasan undang –undang yang saksama kepasa semua
lapisan masyarakat.
7.
pendidikan
–merangkumi
penguasaan pendidikan agama, sains, teknologi, sejarah, matematik.
8. Tatatertib
kehidupan harian seperti cara
berpakaian, berfikir, bertutur telah berubah. Di Sepanyol, ketika
pemerintahan Bani Umaiyah orang Eropah bertutur bahasa Arab dan berpakaian
seperti orang Islam.
9.
Golongan Mudejar
ialah
orang Islam minority di bawah pemerintahan Kristian, mereka menyebarkan
cara hidup Islam tersebut.
d) Kesan
pertembungan tamadun dari segi ilmu pengetahuan.
1.
Cendekiawan Islam
dan
bukan Islam bertukar pendapat dan ilmuan Islam menterjemah karya Yunani
seperti Aristotle, Plato, Galen.
2.
Penterjemahan pesat
berlaku
kerana adanya perpustakaan yang membolehkan bahan kajian ini disimpan.
3.
Ilmu perubatan
–Zakaria
al-Razi menterjemah karya Galen menghasilakn kitab Al-Hawi.
4. Matematik dan
astronomi
–al-Khawarizmi,
al-Batani.
5. Politik dan
undang-undang
–al
Farabi, al-Mawardi.
6. Ilmu Mantik dan
falsafah
–Ibn
Sina, Ibnu Rushd.
7. Seni bina –Masjid Cordova,
istana Alhambra di Granada.
8. Kesusteraan –Omar Khayyam,
Jalal ad-Din.
9. Pengembaraan –Ibn Battuta, al
–Mascudi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan