BAB 5 : KERAJAAN
ISLAM DI MADINAH.
(1) Peristiwa
penghijrahan ke Madinah.
a) Kedudukan
penduduk Madinah sebelum hijrah.
1.
Madinah terletak di utara Makkah di
tengah –tengah perjalanan jalan dagang antara Makkah dan Syam.
2. Tiga golongan
pendudukannya –Nasrani, Yahudi dan Arab.
3. Tiga golongan
Yahudi –Bani Quraizah, Qunaiqa’,
Nadhir.
4. Dua golongan
Arab –suku Aus dan Khazraj.
5.
Masalah politik dan ekonomi kerap
berlaku antara mereka.
b) Perjanjian
Aqabah 1 dan 2.
1.
Ketika di Makkah beberapa orang suku
Khazraj berjumpa nabi dan memeluk Islam, selepas kembali mereka menyebarkan
Islam di Madinah.
2.
Pada tshun berikutnya (621 M), suku Aus
dan Khazraj menemui nabi lagi dan membuat perjanjian Aqabah 1.
3.
Isi perjanjiannya –suku Aus/Khazraj
beriman kepada Allah dan Rasul. Mereka berjanji membantu nabi. Mereka tidak
melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, minum arak.
4.
Selepas perjanjian
ini nabi menghantar
Mu
Islam di sana.
5.
Pada tahun 622 M, suku Aus dan Khazraj menandatangani Perjanjian Aqabah 2, isi
kandungannya –suku Aus/Khazraj memeluk Islam dan mengaku taat setia kepada
nabi. Mereka
menjemput nabi dan orang Islam berhijrah ke Madinah. Mereka akan
menyediakan
tempat tinggal, keselamatan dan mempertahankan Islam.
c) Perjalanan
hijrah nabi Muhammad.
1. Berlaku pada 1
Rabiulawal bersamaan 12 September 622M.
2. Ia berlaku
secara senyap dan berperingkat –peringkat.
3. Nabi berhijrah
selepas penghijrahan orang Islam lain.
4. Perjalanan
hijrah Nabi ditemani oleh Abu Bakar selama 12 hari.
5. Umar
al-Khattab berhijrah dengan terang –terangan, bersendirian dan dengan berani.
d) Konsep hijrah.
1.
Perkataan arab bermaksud berpindah
(perpindahan dari Makkah ke Madinah untuk mengukuhkan Islam).
2.
Pengertian lebih luas –menegakkan
kebenaran, meninggalkan keburukkan dan kejahatan, perubahan sikap, cara
berfikir, dan tingkah laku.
3. Tafsiran
orientalis barat, hijrah ialah pelarian. Ia disangkal oleh Islam kerana orang
Islam dijemput oleh penduduk Madinah, ketibaan disambut rela penduduk Madinah,
diberi tempat tinggal dan dijamin keselamatan, nabi diterima semua penduduk
termasuk orang bukan Islam.
e) Bagaimana
Nabi melepaskan diri dari Makkah ke Madinah.
1.
Hijrah bermula apabila nabi melepasi
kepungan Quraisy di rumah bagnda. Ali telah tidur di tempat tidur nabi dan
menggunakan selimut nabi.
2.
Kemudian nabi berjumpa Abu Bakar
memeberitahu perintah Allah agar berhijrah. Mereka berdua bersembunyi di Gua
Thur. Perjalanan seterusnya dipandu Abdullah b. Arqat.
f) Apakah sebab
dan tujuan hijrah.
1.
Perintah Allah melalui wahyu yang
menyatakan niat orang Quraisy ingin membunuh nabi.
2. Allah
memerintahkan nabi agar segera berhijrah ke Madinah.
3. Ancaman
di Makkah menjejaskan penyebaran Islam, maka suasana aman di Madinah memudahkan
penyebaran Islam.
4.
Suku Auz dan Khazraj sering bertelagah
dan ekonomi mereka dikuasai orang yahudi. Maka mereka memerlukan pemimpin
seperti nabi untuk mendamaikan hidup mereka.
g) Apakah
kepentingan hijrah.
1. Dakwah Islam
dapat disebarkan secara aman dan terang.
2. Mempersaudarakan
suku Arab Madinah (Aus dan Khazraj).
3. Mempersaudarakan
orang Islam Madinah dan Makkah.
4.
Orang Makkah yang berhijrah ke Madinah
digelar Muhajirin dan orang Madinah digelar Ansar.
5. Menyatukan
penduduk pelbagai suku, budaya dan agama di Madinah.
6.
Nabi membina masjid al-Nabai –masjid
menjadi temapt beribadat, belajar bertemu dan berbincang, di persekitaran
masjid aktiviti harian dijalankan seperti jual beli.
7.
Takwim hijrah sempena peristiwa hijrah
digunakan bermula dari pemerintahan Khalifah Umar.
8. Nama Yathrib
ditkar kepada Madinah al-Munawwarah bermaksud kota bercahaya.
9. Hijrah
membawa sikap toleransi, tolong –menolong. contohnya orang Islam Makkah dibantu
oleh orang Madinah.
10.
Hijrah dibantu pengorbanan harta dan
nyawa para sahabat seperti Abu Bakar, Ali dan Abdul Rahman Auf.
11.
Wanita juga
sanggup berkorban seperti
As
menghantar
makanan dan berita.
12.
Hijrah menunjukan ketabahan nabi
meninggalkan kesenangan hidup dan tidak berputus asa.
13.
Hijrah menunjukkan kebijaksanaan nabi
yang tidak terus ke Madinah tetapi bersembunyi dahulu di Gua Thur.
( 2 ) Piagam
Madinah/Sahifah Madinah.
a) Latar
belakang piagam Madinah.
1. Piagam ini
dirangka oleh nabi berpandukan wahyu daripada Allah.
2. Ia mencatatkan
tanggungjawab ketua negara dan rakyat.
3. Ia juga hasil
persetujuan orang Islam dan bukan Islam.
4. 23 fasal tentang
orang Islam dan tanggungjawabnya.
5.
24 fasal tentang tanggungjawab orang
bukan Islam termasuk Yahudi terhadap negara Madinah.
6. Perlembagaan ini
ialah perlembagaan bertulis pertama digubal di dunia.
b) Apakah
kandungan Piagam Madinah.
1.
Politik –nabi ialah pemimpin semua
penduduk Madinah, nabi juga ketua hakim berlandaskan musyawarah dan adil.
2.
Agama –bebas memilih dan mengamal agama
tanpa gangguan penganut lain, dan tiada paksaan memeluk Islam.
3.
Sosial –masyarakat Madinah dianggap
ummah, bersatu padu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa.
4.
Undang –undang Islam –dilaksanakan
secara menyeluruh tetapi peraturan keluarga yang sesuai dengan Islam boleh
diamalkan. Hukuman dikenakan adalah adil.
5. Ekonomi –riba
dan penindasan dilarang, tiada diskriminasi.
6.
Pertahanan –semua penduduk diwajibkan
memepertahankan Madinah dari ancaman musuh.
7.
Kedudukan orang Yahudi mempunyai hak
yang sama, hak kebebasan, hak keselamatan, selagi mematuhi Piagam Madinah.
c) Apakah
kepentingan Piagam Madinah.
1.
Model pemerintahan berasaskan Islam –agama
Islam boleh dilaksanakan dalam negara berbilang agama dan bangsa.
2. Kandungannya
merangkumi peraturan dunia dan akhirat.
3. Dari
segi ekonomi amalan riba, menipu tidak dibenarkan, sebaliknya sedekah, keadilan
ekonomi digalakkan.
4.
Nabi berjaya membentuk masyarakat
berasaskan ummah, nilai yang ditanamkan ialah ukhuwah Islamiah.
5.
Konsep keadilan sosial –Islam menekankan
persamaan dan persaudaraan, tiada perbezaan taraf dalam masyarakat.
6. Nabi
mempraktikkan amalan positif seperti perpaduan, rela berkorban, Bantu –membantu.
7.
Syariah
Islam yang adil sesuai diikutioleh semua masyarakat.
8. Nabi menyusun
perlembagaan dahulu sebelum membentuk kerajaan.
9. Pemerintahan
Islam meletakkan Allah kuasa tertinggi.
10. Orang Yahudi
tidak boleh menindas kaum Arab.
11. Semua bangsa
mesti mematuhi peraturan.
12. Semua penduduk
harus mempertahankan negara Islam.
d) Apakah
strategi negara Islam Madinah dalam menyebarkan Islam.
1.
Quraisy Makkah mencari sokongan orang
Arab dan Yahudi di Tanah Arab bagi menentang Islam di Madinah.
2. Strategi
baginda pula dengan menyebarkan Islam secara meluas seperti di Rom, Parsi,
Mesir.
3. Nabi menghantar
perutusan ke sana untuk memeluk Islam.
4.
Nabi menggunakan kaedah diplomasi dengan
mewujudkan persefahaman antara negara disamping menyebarkan Islam.
e) Konsep perang
dalam Islam.
1. Antara siri
perang Islam di Madinah seperti Perang Badar, Uhud, Khandak dan Tabuk.
2. Allah memberi
izin perang setelah diserang Quraisy.
3. Prinsip
perang dalam Islam ialah berperang apabila diserang musuh, mencari keamanan
agar tempat ibadat terjaga, menentang kezaliman dan mempertahankan diri.
4.
Sekira musuh Islam inginkan pendamaian,
maka umat Islam perlu memilih pendamaian.
5.
Perang antara orang Islam dengan Quraisy
Makkah tidak memaksa musuh memeluk Islam, penerimaan agama Islam adalah secara
suka rela.
6. Dalam
Perang Badar, walaupun Islam menang, tawanan wanita dan kanak –kanak
dibebaskan, tawanan lelaki dibebeaskan jika berjaya mengajar 10 orang kanak
–kanak Islam sehingga pandai.
7.
Tentera Islam yang berperang dilarang
membunuh sesuka hati termasuk memusnahkan tumbuhan.
8. Kesannya lebih
ramai memeluk Islam selepas Perang Badar.
a) Latar
belakang berlakunya Perjanjian Hudaibiah.
1.
Pada tahun 628 M, umat Islam berhasrat
menziarahi Makkah tempat asal mujahirin dan mengerjakan umrah.
2.
Mereka disekat oleh Arab Quraisy di
Hudaibiyah keranaQuraisy merasa maruah mereka tercabar.
3.
Pihak Islam menghantar utusannya iaitu
Uthman Affan menerangkan tujuan sebenar mereka datang.
4.
Tetapi Quraisy enggan menerimanya.
Kemudiannya Quraisy bimbang, lalu menghantar Suhail b. Amru memeterai
Perjanjian Hudaibiah.
5.
Mulanya para sahabat tidak menerima
perjanjian ini yang dianggap berat sebelah, tetapi menerimanya sebagai
pengajaran yang besar.
b) Apakah
kandungan Hudaibiah.
1. Genjatan senjata
selama 10 tahun.
2. Kabilah Arab
lain bebas memihak kepada pihak Islam Madinah atau Quraisy Makkah.
3.
Orang Islam Madinah yang memihak ke
Makkkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.
4.
Orang Quraisy Makkah yang memihak ke
Madinah tanpa kebenaran penjaganya akan dipulangkan.
5. Umat Islam boleh
mengerjakan umrah tahun berikutnya.
c) Apakah
kepentingan Perjanjian Hudaibiah.
1. Memberi umat
Islam menunaikan haji.
2. Memberi
kebebasan umat Islam ke Makkah dan menunaikan ibadat di Kaabah.
3.
Tempoh pendamaian ini memberi peluang
kepada dakwah Islamiah ke seluruh Tanah Arab tanpa gangguan Quraisy.
4. Perjanjian
memberi gambaran Islam tersebar secara aman.
5.
Perkara 3 dan 4 perjanjian Hudaibiah
kelihatan menguntungkan Quraisy tetapi dalam masa panjang ia menguntungkan
Islam buktinya pengislaman tokoh berpengaruh seperti Khalid al Walid, Amru al
–As.
6. Perjanjian juga
menunjukkan nabi pemimpin unggul, dikagumi dan berwawasan.
7. Perjanjian ini
menunjukkan Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.
d) Bagaimana
pencabulan Perjanjian Hudaibiah berlaku.
1.
Perjanjian ini hanya bertahan selama 2
tahun kerana pihak Quraisy sengaja mencabulinya.
2. Quraisy memberi
sokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani
Khuza’ah.
3.
Bani Khuza’ah
ini berpihak kepada
Islam d
4. Bermakna Quraisy
melanggar perjanjian genjatan senjata.
5. Pihak Islam
bertegas menghantar tentera ke Makkah.
( 4 ) Pembukaan
Kota Makkah.
a) Peristiwa
pembukaan semula Kota Makkah.
1. Nabi membuka
semula Kota Makkah selepas hampir lapan tahun tinggal di Madinah.
2. Pembukaan ini
kesan daripada tindakanQuraisy melanggar perjanjian Hudaibiah.
3.
Pembukaan ini ialah strategi jangka
panjang nabi menyebarksn Islam kerana penguasaan Makkah akan memantapkan Islam.
4. Baginda dan
tentera memasuki Makkah secara aman.
5.
Tokoh Quraisy seperti ketuanya Abu
Suffian dan Al –Abbas amat khuatir lalu memeluk Islam sebelum kedatangan
tentera Islam.
6. Empat pasukan
tentera seramai 10 ribu orang masuk ke Makkah diketuai Khalid al –
Walid, Abu
Ubaidah, Saad Ubadah, dan Zubair al –Awwan, dari arah utara, selatan,
barat dan barat
daya Makkah.
7. Taktik ini
memudahkan Makkah dikepung dan dibuka.
1.
Pembukaan Makkah menybabkan Abu Suffian
dan al –Abbas memeluk Islam diikuti Arab Quraisy yang lain.
2.
Nabi memberi jaminan keselamatan kepada
mereka yang terkepung di dalam Kota Makkah.
3.
Setelah berjaya, nabi bertawaf
mengelilingi Kaabah dan berpidato menyatakan pentingnya perpaduan antara
pelbagai bangsa dan agama.
4. Nabi memaafkan
pihak Quraisy dsn tidak berdendam.
5.
Kaabah terpelihara daripada unsure
jahiliah, berhala dihapuskan dan masyarakat Islam mendalami ilmu Islam.
6.
Makkah menjadi Kota Suci umat Islam dan
tempat beribadat seperti ibadat haji.
7.
Walau bagaimanapun Madinah tetap menjadi
pusat pemerintahan Islam, Makkah menjadi wilayah kerajaan Islam.
8. Selepas itu
berlaku peristiwa haji terakhir Nabi Muhammad s.a.w., dalam khutbah haji
9. Nabi wafat
pada 632 M bersamaan 11 Hijrah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan