BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN

PERKEMBANGANNYA
DI MAKKAH.
( 1 ) Zaman
Masyarakat Arab Jahiliah.
a) Apakah
pengertian Jahiliah.
1.
Jahiliah daripada bahasa Arab iaitu
jahala bermaksud jahil, tidak mengetahui atau tiada ilmu pengetahuan.
2. Masyarakat
Arab Jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab selepas
runtuhnya empangan Maarib di Sabak hingga turunnya wahyu Allah s.w. kepada Nabi
Muhammad s.a.w.
3.
Mereka tidak menerima ajaran para nabi
dan rasul sebelumnya seperti Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Musa, Nabi Isa.
4.
Zaman ini dianggap zaman kegelapan
kerana mereka tidak menyembah Allah Taala, mereka menyembah berhala dan
menyembah anismisme.
5. Mereka juga
tiada nabi, rasul dan kitab suci.
6. Akhlak mereka
rendah –kejam, angkuh, degil.

1.
Dua golongan iaitu Badwi ( tinggal di
gurun dan pendalaman) dan Hadari ( tinggal dipesisiran pantai).
2. Mengamalkan
perbuatan tidak bermoral –judi, zina, arak.
3. Pemabuk dianggap
telah menjadi lelaki sempurna.
4.
Wanita dipandang rendah –tidak mewarisi
harta ibu bapa, bayi perempuan ditanam hidup –hidup (dianggap menjatuhkan
maruah keluarga).
5. Lelaki boleh
berkahwin dengan beberapa wanita dan sesiapa sahaja yang disukai.
6.
Perniagaan –berasaskan riba,
merompak/merampas satu kewajipan, orang kaya menindas orang miskin.
7.
Kepercayaan –menyembah berhala, pokok,
menilik nasib.
8. Agama samawi
–Kristian, Yahudi, Hanif.
9.
Sistem kabilah –berpuak –puak dalam suku
tertentu, sangat taksub/fanatik dengan suku sendiri, diketuai oleh syeikh
(seseorang yang disukai, dipersetujui ramai, berani, gagah).
10. Semangat
assabiah –semangat kesukuan melampau, terikat dengan peraturan kabilah, sanggup
menuntun bela demi diri dan kabilah.
11. Keadaan geografi
panas kering kontang- menbawa sikap ingin berperang, kacau –
bilau contohnya
perang al –Basus.
a) Kehidupan
Nabi Muhammad s.a.w. sebelum menjadi rasul.
1. Nabi keturunan
Qusai bin Kilab (pemimpin Arab Quraisy).
2. Keluarga nabi
mengusai Makkah, Kaabah, telaga zamzam.
3. Keturunan nabi
bijak mentadbir Makkah dan bijak berniaga.
4. Bapa baginda
ialah Abdullah bin Abdul Muttalib, ibunya ialah Aminah bt. Wahab.
5.
Nabi dilahirkan pada tahun 570 M (Tahun
Gajah) di rumah datuknya dan diberi nama Muhammad bermaksud terpuji.
6. Bapa nabi
meninggal dunia ketika nabi dalam kandungan
7.
Nabi menyusu
dengan Halimatus Sa’diyah.
8. Pada usia 6
tahun ibu nabi meninggal dunia dan nabi dipelihara oleh datuknya.
Kemudian
datuknya meninggal dunia lalu dipelihara pula oleh datuk saudaranya Abu
Talib.
9. Pengalaman
hidup –mengembala kambing bapa saudaranya, berniaga di Syam ( usia
12 tahun ).
10.
Kerasulan nabi telah diramal oleh
pendeta Nasrani bernama Buhaira ketika rombongan perniagaannya singgah di
Basrah.
11. Kemudiannya
baginda menjalankan perniagaan Khadijah bt Khuwalid bersama –
sama Maisarah (
hamba Khadijah ). Sifat terpuji baginda menyebabkan keuntungan
berlipat kali
ganda. Akhirnya nabi berkahwin dengan Khadijah.
b) Keperibadian
Nabi Muhammad s.a.w.
1. Empat sifat
terpuji nabi ialah benar, dipercayai, menyampaikan dan bijaksana.
2. Nabi digelar Al
–Amin kerana dipercayai dan tidak pernah berbohong.
3. Sifat amanah
menyebabkan Khadijah memberi modal yang besar kepada nabi.
4.
Sifat kepimpinan baginda dilihat ketika
menyelesaikan persengketaan meletakkan batu Hajar Aswad.
5.
Nabi ketua keluarga contoh –membantu
isteri memasak, menampal kain koyak, melayan anak.
6. Anak diberi
pendidikan agama dan nabi menjadi teladan kepada anak –anak.
7. Baginda merendah
diri –bergaul dengan orang kaya, miskin, tua, kanak –kanak.
8. Sifat
pemaaf –contohnya mengampunkan kaum Quraisy ketika membuka semula Kota Makkah.
9.
Sifat bijaksana –Perjanjian Hudaibiyah
yang berat sebelah akhirnya menyebarkan agama Islam.
10. Bertahannuth
(mengasingkan diri beribadat ) –di Gua Hirak.
11. Baginda sabar
dan tabah mendaki Gua Hirak, di Bukit Nur.
12. Pada tahun 610 M
menerima wahyu pertama.
a ) Kerasulan
Nabi Muhammad s.a.w.
1. Wahyu
pertama –surah al –Alaq 1 –5 yang memerintahkan umat Islam membaca. Islam menggalakkan
umatnya membaca dan membuat kajian. Ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang
membina masyarakat.
2.
Wahyu kedua –surah al –Muddasir ayat 1
–7 yang mengisytiharkan nabi sebagai rasulullah dan wajib menyampaikan Islam
kepada seluruh manusia.
3. Selepas itu nabi
terus menerima wahyu dan menyebarkannya.
4. Perkara utama
yang ditekankan ketika ini ialah akidah.
b ) Cara
penyebaran Islam di Makkah.
1.
Pada mula secara rahsia selama 3 tahun
–ditujukan pada ahli keluarga nabi, para sahabat, dan kaum kerabat.
2.
Secara terbuka selama 10 tahun –cara
terang –terangan selepas menerima perintah Allah.
3. Pengislaman
secara rahsia –Khadijah bt Khuwailid ( isteri ), Ali b. Abu Talib ( 10 tahun
–sepupu ), Abu Bakar al –Siddiq ( sahabat baginda yang kemudiannya mengislamkan
Uthman b. Affan dan al –Arqam b. Abu Arqam yang menjadikan rumahnya pusat
kegiatan Islam di Makkah ).
4. Pengislaman
secara terbuka –kepada keluarga Abdul Muttalib, ceramah di rumah Ali bin Abu
Talib tetapi ditolak kuat oleh Abu Lahab ( bapa saudara nabi ).
c) Penerimaan
terhadap Islam peringkat awal.
1. Ahli keluarga
menerima secara rahsia (jumlahnya kecil).
2.
Hamba memeluk Islam kerana layanan yang
sama oleh Islam seperti Bilal b. Rabah, keluarga Yassir.
3.
Mereka diseksa –Bilal dijerut lehernya
oleh tuannya, Yassir dan isterinya dijemur di padang pasir hingga mati syahid.
4.
Nabi menyebarkan Islam secara berhikmah
dan lemah –lembut, tiada paksaan untuk memeluk Islam.
5.
Nabi menanamkan iman yang kuat, harta
bukan ukuran tetapi kesabaran dan pengorbanan yang diutamakan.
6.
Nabi menunjukkan teladan positif
–berakhlak mulia, kuat mental, fizikal, rohani dalam mencari kejayaan.
d) Penentangan
terhadap Islam peringkat awal.
1. Cara
penentangan ialah dengan menggangu baginda ketika bersembahyang (meletakkan
benda kotor di tengkuk nabi), mencemuh dan ingin membunuh nabi.
2.
Faktor penentangan kerana perbezaan
kepercayaan antara Islam (menyembah Allah) dan Quraisy (menyembah patung).
3.
Islam ditentang kerana pertentangan
sistem sosial seperti konsep persamaan taraf dan perbezaan darjat, konsep
persaudaraan dan assabiah, amalan keji seperti mencuri dikeji Islam tetapi
diterima Quraisy.
4. Quraisy
menanggap menerima Islam bermakna tunduk kepada kepimpinan nabi maka kuasa
politik akan terganggu.
5. Dari segi
ekonomi penerimaan Islam akan mengugat perusahaan membuat patung.
6. Penentangan juga
dilakukan melalui syair Quraisy.
7. Quraisy juga
merasuah nabi dengan wanita cantik dan harta tetapi ditolak baginda.
8.
Nabi sekeluarga juga pernah dipulaukan
selama 3 tahun tetapi dilindungi oleh Abu Talib.
9.
Nabi juga dibantu oleh wanita seperti
Khadijah, Aisyah, Ummu Salamah dalam menghadapi cabaran sama ada di Makkah
mahupun di Madinah.
e) Nabi Muhammad
s.a.w. menyelesaikan masalah.
1. Penentangan kian
hebat selepas Abu Talib dan khadijah meninggal dunia.
2. Nabi membenarkan
orang Islam mendapatkan pelindungan di Habsyah.
3. Nabi dan Zaid
Harithah ke Taif tetapi kurang berkesan.
4. Nabi tetap sabar
sehingga akhirnya berhijrah ke Madinah.
5.
Penghijrahan ke Madinah setelah menerima
perintah Allah dan telah dijemput oleh suku Aus dan Khazraj.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan