BAB3 : TAMADUN
AWAL ASIA TENGGARA.
(1) Petempatan
Awal Asia Tenggara.
a) Pembahagian kerajaan awal Asia Tenggara.
1.
Terbahagi dua iaitu kerajaan di Tanah
Besar Asia Tenggara dan Kepulauan Asia Tenggara.
2. Kerajaan di
Tanah Besar Asis Tenggara seperti kerajaan Funan, Angkor, Ayuthia.
3.
Kerajaan di Kepulauan Asia Tenggara
seperti kerajaan Kedah Tua, Langkasuka (di Tanah Melayu) dan
Srivijaya.Majapahit (di Kepulauan Indonesia).
b) Bilakah
munculnya petempatan dan kerajaan awal.
1.
Sumber bertulis dan artifak arkeologi
digunakan untuk menentukan jangka masa kemunculan sesuatu kerajaan.
2. Kerajaan
terawal adalah Funan (dikatakan abad ke-2 M), buktinya jumpaan langgam seni
arca di sini dipengaruhi langgam seni arca Amravati India.
3. Hubungan awal
dengan China berbentuk diplomatik.
4. Hubungan awal
dengan India berbentuk kebudayaan.
5. Hubungan
perdagangan antarabangsa berlaku sejak zaman logam buktinya jumpaan gendang
gangsa di Dongson (Vietnam), Batu Buruk (Terangganu), Sg.Klang (Selangor).
6.
Hubungan perdagangan dengan Rom juga
berlaku buktinya jumpaan manik di Kota Tinggi dan Muar (Johor).
7.
Bijih Timah telah diproses menjadi
gendang gangsa di Dongson dan menjadi pelabuhan pembekal.
8.
Kebanyakan petempatan awal ini belum
boleh ditakrif sebagai kerajaan kerana masih belum menpunyai raja.
9.
Walau bagaimanapun perdagangan maritim
berkembang seiring dengan kemahiran membuat kapal layar dan perahu.
10. Jumpaan
manik dan tembikar membuktikan perdagangan maritime berlaku sejak abad ke –5 SM
tetapi kerajaan awal Asia Tenggara hanya muncul pada abad ke –2 M.
(2) Ekonomi
kerajaan awal Asia Tenggara
a) Bentuk
–bentuk kerajaan awal Asia Tenggara.
1. Kerajaan Agraria
–berasaskan pertanian, penternakan, memungut hasil hutan dan laut.
2. Kerajaan
agraria ini muncul di tanah subur seperti kerajaan Dvaravati di Sg Irrawady
(Myanmar), Kerajaan di lereng bukit dan tanah gunung berapi –kerajaan Taruma
(Indonesia).
3.
Kerajaan maritim –berasaskan
perdagangan, kelautan dan perlabuhan. Ia terletak di pesisiran pantai, lembah
sungai dan kepulauan seperti Srivijaya di Sg Musi (Sumatera), Kedah Tua di Sg
Mudadan Merbok (Kedah), Tiumah di Pulau Tioman (Pahang).
4.
Terdapat juga kerajaan agraria yang
berkembang menjadi kerajaan maritim contohnya Funan.
b) Kegiatan
ekonomi kerajaan agraria.
1. Padi sawah di
lembah sungai kerana bekalan air cukup.
2. Padi huma di
tanah tinggi dan bukit dibuat teres dan relung kerana kurang air.
3. Tanaman
sampingan seperti jagung, pisang, keledek.
4. Hasil hutan
seperti kayu gaharu, damar, buah- buahan.
6. Sarang burung
diambil dari gua untuk perdagangan.
7. Menangkap ikan
di sawah, sungai, paya.
8. Kura –kura
mendapatkan kulitnya.
9. Menternak
seperti lembu, kerbau, kambing, ayam.
10.
Bermula dengan sara diri, kemudian
terdapat lebihan hasil dijual kepada penduduk Bandar atau kerajaan maritim.
11.
Sistem pengairan amat penting dalam
pertanian contoh Tasik Tonle Sap dan Sg Mekong di Angkor.
c)
Kegiatan pertanian kerajaan agraria Angkor.
1.
Raja Angkor (Indravarman 1) membina dan
mengurus pengairan dan baray, kesannya hasil padi menampung keperluan makanan
penduduk Angkor.
2.
Bekalan air diterima dari Sg Mekong yang
mengalir ke Tasik Tonle Sap dan menyuburkan tanah.
3. Tasik ini turut
mengairi sawah padi.
4. Tasik Tonle Sap
juga membekalkan ikan air tawar.
5. Tasik ini amat
penting untuk bekalan air minuman.
d) Kegiatan
ekonomi kerajaan maritim.
1. Kerajaan ini
terletak di pesisir pantai dan kepulauan.
2. Peringkat awal
–menangkap ikan, memungut hasil laut.
3. Kemudian menjadi
perkampungan nelayan.
4. Ada yang
berkembang menjadi pengeluar emas, bijih timah.
5.
Hasil lebihan telah didagangkan –maka
petempatan ini menjadi tempat dagang dan pelabuhan pembekal seperti Klang (
Selangor ), Kuala Selinsing ( Perak ).
6. Pelabuhan
ini disinggahi pedagang untuk mendapatkan barangan –emas, timah, rotan, damar,
hasil laut.
7.
Pelabuhan pembekal maju menjadi
pelabuhan kerajaan seperti Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya.
8. Mulanya
pelabuhan ini berdagang di kawasan berhampiran kemudian berkembang, contohnya
Langkasuka dan Champa akhirnya berdagang dengan Vietnam, China Selatan, hingga
ke India dan barat.
9. Pelabuhan
entrepot muncul kerana kedudukannya yang strategik contohnya Kedah Tua dan
Srivijaya yang terletak yang terletak di Selat Melaka dan Selat Sunda serta
menjadi laluan perdagangan atara China dan India. Ini juga mendorong kedatangan
pedagang ke dua –dua negara ke situ.
10.
Bekalan pelabuhan entrepot seperti emas,
timah, hasil hutan, dan hasil dari kerajaan lain di sekitarnya.
11.
Emas menjadi tumpuan sehingga
Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera dikenali Semenanjung Emas dan Bumi Emas
–orang Yunani dan India telah mengetahui tentang kekayaan emas di sini sejak
awal abad masihi lagi.
12.
Penduduk maritim yang terdiri daripada
orang tempatan, orang laut dan orang dagang luar ini menggunakan bahasa Melayu
sebagai lingua franca.
13.
Orang Melayu terkenal sebagai pelaut,
pedagang, peneroka dan mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan kemudahan
seperti di Champa dan Srivijaya.
14.
Mereka mampu belayar kerana berkemahiran
membuat perahu (jarak dekat ) dan kapal layar (jarak jauh).
15. Mereka juga tahu
menggunakan kaedah bintang di langit.
e) Ciri –ciri
kerajaan maritim Srivijaya.
1. Terletak di Sg.
Musi dan Batang Hari.
2.
Memiliki tentera yang besar, terdiri
daripada pelbagai golongan rakyat termasuk orang laut. Mereka mengawal
keselamatan dan perdagangan di Selat Melaka.
3.
Kapal dagang dalam perjalanan antara
China dan India singgah di sini kerana kedudukan pelabuhannya strategik di
Selat Melaka.
4.
Bekalan barang dagang dibekalkan dari
kawasan pemerintahannya dan jajahan takluknya.
5. Menurut I Tsing
Sivijaya mampu menghasilkan kapal besar.

1.
Terletak di Sg. Mas (pada abad ke-5
hingga 11 –menganut agama Buddha ) dan di lembah Sg. Bujang (abad ke –11 hingga
13 –menganut agama Hindu).
2. Buktinya ialah
jumpaan candi berunsur Hindu/Buddha dan arca Hindu/Buddha.
3. Merupakan
pelabuhan enterpot yang banyak dipengaruhi Srivijaya, buktinya jumpaan tembikar
China zaman Dinasti Tang, Song dan Yuan, pelita tembaga dan tembikar dari Timur
Tengah, manik dari India, Sri Lanka dan Myanmar.
4. Gunung Jerai
menjadi panduan kapal dagang ke sini.
5.
Kedudukan strategik di laluan Selat
Melaka dan terlindung dari angin monsun memajukan pelabuhannya.
6.
Pelabuhannya mempunyai tempat menyimpan
barang dagang seperti damar, rotan, timah.
7. Barang dagang
juga dibawa dari luar seperti sutera, teh, kaca, manik, tembikar.
g) Konsep saling
bergantung dan melengkapi antara kerajaan agraria dan maritim.
1. Penduduk
agraria yang ramai penduduk (seperti Sailendra) menghasilkan beras banyak untuk
dibekalkan kepada kerajaan maritim, sebaliknya kerajaan agraria memerlukan
kerajaan maritim untuk mendapatkan barang mewah China/India seperti tembikar,
tekstil, gelas dan manik.
2. Kerajaan agraria
membekalkan makanan dan hasil hutan sebagai barang pertukaran.
3.
Kerajaan maritim membina kapal dengan
mendapatkan kayu yang baik daripada tukang kayu agraria (seperti kayu kerajaan
Pegu).
4.
Gajah yang menjadi kenderaan raja
maritim juga didapati daripada kerajaan agraria di Siam.
(3) pengaruh
agama Hindu /Buddha dalam kerajaan awal.
a) Proses
permulaan kedatangan pengaruh Hindu/Buddha.
1. Peranan Ksyatria
atau tentera –melalui penaklukan.
2. Peranan pedagang
atau Vaisya.
3. Peranan Brahmin
atau pendeta.
4. Penyesuaian
budaya India yang menarik sahaja dengan budaya tempatan berlaku, buktinya arca
bercirikan Asia Tenggara di Srivijaya –ikatan tali kulit harimau hanya ada di
Srivijaya.
5. Aspek
Hindu/Buddha yang diambil berbeza antara seoang pemerintah di Asia tenggara
dengan pemerintah Asia Tenggara yang lain –di Kedah Tua(Buddha), Dieng di
Indonesia (Hindu), Pulau Bangka (Hindu mazhab Vishnu).
6.
Pengaruh Hindu/Buddha berlaku serentak
dengan hubungan perdagangan, apabila Rom menghentikan perdagangan emas ke India
maka India beralih mendapat emas di Asia Tenggara.
1. Gelaran
raja bermula selepas kedatangan pengaruh sistem beraja India. Di bawah raja
ialah kerabat diraja dan pembesar termasuk ahli agama seperti Brahmin. Selepas
itu rakyat dan hamba (bawah sekali).
2. Raja
berkuasa mutlak dalam semua hal, perintahnya menjadi undang –undang,
menentangnya dianggap derhaka. Walau bagaimanapun raja harus adil kepada
golongan diperintah.
3.
Rakyat takut derhaka maca muncul konsep
dewa-raja yang mempuntai sakti. Unsure mitos dan lagenda digunakan untuk
memperkuatkan kedudukan pemerintahannya.
4.
Upacara pertabalan dipimpin oleh Brahmin
bertujuan membezakan kedudukan raja daripada golongan diperintah.
5. Raja
yang terpengaruh sistem Buddha/Hindu membina kompleks kota yang melambangkan
alam semesta (orde kosmos). Negara dianggap alam semesta, raja dan ibu kota
ialah pusat alam (pusat pemerintahan), maka raja perlu mengatur kesejahteraan
negara dan rakyat (alam semesta).
c) Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan Angkor.
1. Angkor Wat
dibina oleh Raja Suryavaram II.
2. Raja dianggap
raja dewa.
3. Raja dibantu
pembesar atau gabenor di daerah.
5. Raja juga
dibantu oleh pembesar dikalangan pegawai tentera dan hakim.
d) Pengaruh
Hindu/Buddha dalam pemerintahan Srivijaya.
1. Pengaruh yang
muncul ialah agama Buddha Mahayana.
2. Raja dibantu
pentadbiran pusat dan daerah.
3. Pentadbiran
pusat terdapat 4 kumpulan anak raja iaitu yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara
dan raja putra. Seorang daripada mereka bakal menggantikan raja kecuali raja
putra kerana beliau anak gundik.
4.
Di bawah anak raja ialah ketua
pentadbiran pusat (parvanda atau senapati), seterusnya pegawai lain seperti
haim, temenggung dan penghulu.
5. Kedudukan hamba
terletak paling bawah sekali.
6. Pentadbiran
daerah ditadbir oleh Datu (dilantik raja) dan bhupati (orang-orang kaya).
7. Datu
perlu bersumpah taat setia di Telaga batu Palembang, berdasarkan bukti jumpaan
batu bersurat di situ.
e) Pengaruh
Hindu/Buddha dalam kesenian monumen.
1.
Monumen ialah binaan/bangunan daripada
batu untuk memperingati orang ternama atau peristiwa penting seperti
candi/kuil, wat/stupa, arca dan patung.
2.
Candi –berperanan sebagai rumah ibadat,
menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya, menyimpan patung dewa utama dan
lambing kehebatan raja.
3. Angkor wat dan
Borobudur melambangkan order kosmos.
4.
Rumah ibadat di Thailand, Kemboja,
Vietnam disebut wat, tetapi di Burma disebut stupa, di Indonesia disebut candi.
5.
Candi Dieng dan Prambanan di Indonesia
untuk agama Hindu, tetapi candi seperti Chaiya dan Yarang di Thailand untuk
agama Buddha.
6. Patung Hindu
seperti patung dewa Siva, Brahma, Durga.
7. Patung Buddha
seperti patung Avalokitesvara.
8.
Candi dan patung di Asia Tenggara hasil
campuran gaya tempatan dan India. Antara pengaruh India tersebut ialah patung
zaman Dinasti Gupta.
f) Pengaruh
Hindu dalam kesenian Angkor Wat.
1. Angkor Wat
dibina di siem Reap untuk agama Hindu.
2. Candi ini
mempunyai tempat pemujaan, menara, tembok.
3. Ia juga
mempunyai ukiran Ramayana dan Mahabrata.
g) Pengaruh
Buddha dalam kesenian Borobudur.
1. Candi di Jawa
Tengah ini untuk agama Buddha Mahayana.
2.
Ia mempunyai 3 tingkat iaitu sila,
samadhi dan panna, setiap tingkat dwakili oleh patung stupa dan patung Buddha.
3. Di tingkat
pertama diukir cerita Gautama Buddha.
h) Pengaruh
Hindu/Buddha dalam kesenian candi Lembah Bujang.
1. Candi Lembah
Bujang terdapat di Bukit Batu Pahat Pendiat dan Pangkalan Bujang.
2.
Candi Hindu –terbahagi 2 iaitu Vimana (
bahagian suci tempat arca keagamaan ) dan Mandapa ( bahagian luar).
3. Candi Buddha
–memiliki pelan jenis cruciform.
1. Bidang
intelektual –batu bersurat tulisan sankrit mengandungi maklumat agama,
pemerintahan, raja. Contohnya di Kutei tentang keturunan raja, di Sg Mas Kedah
Tua mengenai agama Buddha.
2.
Inskripsi di Palembang memaparkan
kemahiran pahat batu yang tinggi –penulisnya mempunyai asas yang kukuh dalam
bahasa sankrit.
3. Bahasa sankrit
ini juga digunakan dalam kitab –kitab keagamaan dan bahasa.
4.
Bahasa sankrit telah disesuaikan dalam
bahasa Melayu seperti perkataan dukkha (duka), dorhaka (derhaka).
5. Bahasa sankrit
juga terdapat dalam kitab sastera Hindu, Buddha, Tamil.
6.
Bahasa ini menjadi bahan ilmu dan
komunikasi kerajaan awal Asia Tenggara.
j) Pengaruh
Hindu/Buddha dalam kesusasteraan.
1.
Pengaruhnya terdapat dalam epik Ramayana
dan Mahabhrata serta Puranas (sastera klasik Asia Tenggara).
2. Pengaruh dalam
puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama, Sutasoma.
3. Epik disampaikan
melalui kesusasteraan, cerita lisan dan teater seperti wayang kulit.
4.
Karya Mahabrata diadun dengan unsur
tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya.
5. Karya Ramayana
pula melahirkan HikayatSeri Rama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan