(1) Perubahan di eropah dari Zaman
Pertengahan awal hingga ke Zaman Pertengahan Akhir.
a) Zaman
pertengahan di Eropah.
1.
Zaman pertengahan terbahagi 3 iaitu peringkat awal, kemuncak dan akhir. 2.
Zaman Gelap pada masa zaman pertengahan awal.
3. zaman
Renaissance pada masa zaman pertengahan akhir.
b) Latar
belakang Zaman Gelap (Pertengahan Awal).
1. Eropah mengalami
kemerosotan ilmu pengetahuan, perdagangan dan penbandaran.
2. Ketika ini tiada
pusat pentadbiran yang berkesan.
3.
Dunai islam pada masa ini sangat mantap,
oleh itu Eropah mengambil ilmu daripada dunia Islam.
4.
Pada masa ini, empayar Rom barat (kuasa
pusat) runtuh, maka muncullah golongan baron (tuan tanah).
c) Apakah ciri
–ciri Zaman Gelap (Pertengahan Awal).

1. Petani
mendapatkan perlindungan daripada tuan tanah kerana politik tidak stabil.
2.
Petani membayar cukai yang tinggi
sebagai tukaran kepada perlindungan yang diberikan oleh tuan tanah.
3.
Petani yang tidak berkemampuan telah
menyerahkan tanah mereka dan menjadi hamba.
4. Tuan tanah pula
mendapat perlindungan daripada raja.
5. Tuan tanah
dikehendaki memberi khidmat atau membayar cukai kepada raja.
6. Hubungan antara
petani, tuan tanah dan raja ini dikenali sebagai sistem feudal.
7.
Di negeri melayu sistem feudal juga
diamalkan, di mana raja berkuasa mutlak, dan pembesar berkhidmat dan dinaungi
raja, rakyat dan hamba melayu berkhidmat untuk pembesar.
8. Gereja
Katolik amat berkuasa ketika Zaman Pertengahan, mereka memiliki hartanah yang
banyak dan focus utama ialah ilmu akhirat hingga mengongkong hidup masyarakat.
9.
Perdagangan pada zaman ini diganggu
orang gasar seperti Maygar dan Viking. Perdagangan ke timur dan Laut
Mediterranean pula dikuasai oleh orang Islam.
10.
Masalah ekonomi ini menyebabkan mereka
menumpukan kepada pertanian, mereka menjalankan aktiviti tukar barang kerana
mata wang dalam pasaran terhad.
d) Zaman
Kemuncak Pertengahan.
1. Gereja menjadi
institusi yang universal dan menjadi ejen penyatuan.
2. Perubahan
ekonomi berlaku kerana pertambahan penduduk, peningkatan pertanian dan
kemunculan perdagangan.
3. Kemudian muncul
pula bandar seperti Venice, Milan.
4. Lahir juga kelas
pertengahan seperti artisan, pedagang.
5. Status sosial
ditentukan oleh kekayaan dan bukan pemilikan tanah.
6. Wujud juga
institusi politik seperti parlimen.
e) Zaman
Renaissance (Pertengahan Akhir).
1.
Reanissance berasal daripada perkataan
Itali iaitu renisciment bermaksud kelahiran semula iaitu penghargaan semula
ilmu yang terhasil pada Zaman Yunani dan Rom.
2. Tamadun Yunani
dan Rom tenggelam ketika Zaman Gelap.
3. Asas
pemikiran zaman ini ialah menonjolkan keupayaan manusia berfikir menyelesaikan
masalah yang dikenali sebagai humanisme. Bapa humanisme ialah F.Petrarch.
4. Antara tokoh
Renaissanxe seperti N. Machiavelli.
5. Manusia zaman
ini mempunyai semangat inkuiri (semangat ingin tahu yang kuat).
6.
Zaman ini bermula di Itali, di mana
muncul bandar terkenal seperti Venice, Rom dan Milan yang menjadi pusar
perdagangan antarabangsa.
7.
Itali amat strategik sebagai pelabuhan
persimpangan antarabangsa contohnya pelabuhan Venice dan Genoa.
8. Di sini berlaku
pertembungan budaya, bahasa dan agama.
9.
Di sini juga muncul pedagang yang kaya
yang menggunakan kekayaan mereka untuk mengindahkan bandar.
10.
Pedagang kaya ini kemudiannya menjadi
patron atau penaung kepada pelukis, saintis, pemuzik dan penulis.
11. Patron terkenal
seperti keluarga Medici di Florence.
12.
Patron berusaha menarik masuk
cendiakawan dan seniman yang berkunjung dari bandar ke bandar menyebarkan idea
Renaissance. Ke seluruh Itali.
13. Paus
juga cuba melindungi seniman dan cendiakawan ini. Gereja Rom yang mencemburu
kepada bandar Florence (dibina oleh patron-Medici) yang cantik ingin
menandinginya, tetapi saintis berselisih faham dengan gereja (mereka mencabar
fahaman tradisi gereja, contohnya kes Galilco Galilei).
14.
Gereja berubah memberi tumpuan kepada
seni lukis dan seni ukir, mereka mengupah Leonardo da vinci, Raphael,
Michaelangelo mencantikkan gereja dan katedral di Rom.
15.
Pelukis dan penulis ketika ini ingin
dikenali secara individu maka semangat dan amalan individualisme.
16. Selepas itu
pelukis dan pengukir juga mahir dalam ilmu pengetahuan.
17. Tokoh
Renaissance di luar Itali –Thomas More, Francis Bacon, Wiliam Shakespeare.
(Tokoh-tokoh Renaissance di Eropah)
f) Kesan Zaman
Renaissance (Pertengahan Akhir).
1. Politik
–Muncul monarki baru yang berasaskan kekuatan kerajaan pusat seperti di
Portugal, castile dan Aragon (Sepanyol), England, Perancis. Ia diperkukuhkan
lagi dengan amalan bayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat.
Kesannya kuasa raja bertambah, sebaliknya kuasa gereja dan bangsawan berkurang.
2. Ekonomi
Aktiviti sara diri pupus, sebaliknya perdagangan meluas. Mereka mula menjelajah
dan maju dalam bidang ilmu seperti matematik, geografi, astronomi. Ciri –
ciri
zaman ini seperti inkuiri, objektif dan eksperiman memajukan ilmu sains seperti
bologi, fizik, kimia, perubatan.
3.
Sosial –Berlaku perubahan pemikiran, mereka lebih berani menzahirkan emosi dan
keinginan mereka. Maka lahirlah muzik, lukisan, ukiran dan membentuk budaya
yakin.
menggunakan
sepenuhnya minda mereka untuk memajukan manusia.
g) Gerakan
Reformation di Eropah Barat.
1. Reformation
berasal daripada perkataan reform bermaksud melaksanakan perubahan atau
pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilakn sesuatu yang lebih baik atau
untuk membentuk sesuatu yang baru.
2.
Kritikan ini kerana gereja meningkatkan
pembangunan keduniaan agar Rom menjadi kuasa yang kuat di tengah Itali.
3. Gereja juga kian
pincang, rasuah dan menyeleweng.
4.
Penguasa Gereja Katolik dianggap lari
daripada kitab Bible.
5.
Penyelewengan telah berlaku dalam amalan
penjualan sijil indulgenees (Surat pengampunan dosa) ke seluruh Eropah.
6.
Di Jerman, gerakan agama ini dibantu
oleh mesin cetak Johann Gutenberg –di mana Bible dicetak dalam masa singkat dan
murah harganya.
7.
Martin Luther (Jerman) menetang amalan
indulgences, menurutnya manusia perlu bergantung kepada kekuatan rohaninya.
Ajaran Luther ini dikenali mazhab Protestan bermaksud membantah.
8. Ajaran Martin
berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan England.
9. Di
Switzerland gerakan ini diketuai oleh Zwingli, selepas kematiannya disambung
pula oleh John Calvin.
10.
Bagi menangani penentangan ini gereja
Katolik mengendalikan Counter Reformation yang bermaksud menahan atau bertindak
menentang sesuatu yang baru.
h) Kesan Gerakan
Reformation di Eropah Barat.
1.
Berlaku perpecahan agama Kristian –di
mana berlaku perang mazhab Kristian di Perancis, Sepanyol, Jerman.
2.
Tetapi kesan jangka panjang, gerakkan
ini mewujudkan sikap toleransi antara mazhab Kristian untuk menyebarkan
pendidikan dan fahaman Kristian.
3. Kuasa
gereja telah dicabar, golongan monarki ingin membebaskan diri daripada
penguasaan Paus di Rom, contohnya Raja Henry VII memutuskan hubungan dengan
Protestan
Anglican.
( 2 ) Zaman
Penjelajahan dan Penerokaan.
a) Latar
belakang bermulanya penjelajahan orang Eropah.
1. Kejayaan sains
dan teknologi zaman Renaissance membantu kegiatan penjelajahan ini.
2. Mereka mencari
laluan ke timur kerana kerajaan Islam Turki telah menguasai Istanbul.
3.
Selama ini orang Eropah mendapat
barangan timur melalui Istanbul tetapi mereka menghadapi masalah selepas
kerajaan Islam memerintah Istanbul.
4.
Mereka memulakan penerokaan dengan
melalui Lautan Atlantik untuk sampai ke timur.
b) Sebab –sebab
penjelajahan berlaku.

1.
Desakan ekonomi –orang Eropah memerlukan
barangan timur seperti emas, sutera, rempah.
2.
Galakan pemerintah ( raja Sepanyol dan
Portugal ), Sepanyol menumpukan kepada Amerika Lain dan Portugal ke timur.
3.
Persaingan kuasa Sepanyo dan Portugal –Sepanyol
turut ke timur, begitu juga sebaliknya degan Portugal.
4. Persaingan
ini menyebabkan Paus Rom menggesa dibuat Perjanjian Tordesillas bagi menetapkan
kawasan pengaruh masing –masing –timur milik Portugal, barat milik Sepanyol.
5. Peranan Columbus
–orang Eropah pertama tiba di Amerika.
6. Peranan Magellan
–tiba di timur dan terbunuh di Filipina.
7.
Perdagangan rempah dan sutera amat
menguntungkan menjadi pendorong utama kuasa Sepanyol/ Portugal ke timur.
8.
Mereka juga menjelajah untuk menyebarkan
agama Kristian khasnya Sepanyol yang pernah diperintah oleh orang Islam begitu
bersemangat menyebarkan agama Kristian.
9.
Monarki baru di Eropah menggalakkan
penerokaan, contohnya di England, Perancis dan Belanda.
10.
Rumusannya penjelajahan”. kerana
“ Gold, G
c) Kesan
penjelajahan kepada masyarakat setempat.
1.
Dari segi politik –banyak perjanjian
dibuat antara penguasa tempatan dengan wakil kuasa Eropah. Perjanjian ini
menandakan pengiktirafan kuasa Eropah.
2. Di
antara wakil Eropah tersebut seperti Syarikat Hindia Timur Belanda ( VOC ).
Syarikat Hindia Timur Inggeris ( EIC ). Syarikat seperti ini berdagang hingga
ke Afrika, Latin Amerika, Asia Tenggara dan Asia Timur.
3.
Dari segi ekonomi –kawasan luar Eropah
menjadi pembekal kepada masyarakat Eropah, Goa, Melaka contohnya di kuasai
Portugal.
4.
Jalan perdagangan di Lautan Hindi dan
Asia Tenggara yang dikuasai oleh pedagang Arab telah diambilalih oleh kuasa
Eropah seperti Portugal.
5.
Dari segi sosial –gaya hidup masyarakat
tempatan terpengaruh orang Eropah, malah ada yang memeluk agama Kristian.
6.
Perang berlaku antara orang tempatan dan
kuasa Eropah contohnya Sepanyol berperang dan menakluk tamadun Aztec di Maxico
dan tamadun Inca di Peru.
7.
Penjajah telah menguasai emas dan perak
contohnya di Amerika Latin, mereka turut mengekspotasi buruh peribumi di
lombong dan ladang.
8. Di timur,
Sepanyol menguasai Filipina dan Portugal menguasai Melaka dan Goa.
a) Perkembangan
pertanian sebelum Revolusi Pertanian.
1. Pengeluaran
makanan secara kecil –kecilan.
2. Dua sistem
pemilikan tanah iaitu tanah persendirian dan tanah awam.
3. Tanah
persendirian adalah milik orang kaya.
4. Tanah
awam juga milik persendirian tetapi mengikut adat kebiasaannya rakyatboleh
bercucuk tanam kecil –kecilan, menternak, memburu atau memancing, amalan ini
tidak dianggap salah sehinggalah zaman Revolusi Pertanian.
b) Pengenalan
Akta Pemagaran ketika Revolusi Pertanian.
1.
Pemagaran penting untuk tujuan
pengeluaran makanan secara besar –besaran kerana pertambahan penduduk.
2.
Tuan tanah ingin menjalankan pertanian
secara besar –besaran termasuk menggunakan tanah awam.
3. Harga gandum
yang meningkat menarik minat tuan tanah menbuka ladang.
4.
Pengenalan akta pemagaran menyediakan
kawasan yang sangat luas untuk membuka ladang.
5. Kesan
pemagaran rakyar biasa hilang punca rezeki dan terpaksa menjadi buruh ladang
dan kemudiannya ke bandar bekerja kilang Revolusi Industri.
1. Penanaman
bergilir –peladang menanam tanaman berbeza mengikut musim sepanjang tahun. Ini
bertujuan agar tanah dan tanaman sentiasa subur kerana setiap tanaman
menggunakan nutrien tanah berbeza. Maka tidak ada tanah yang dibiarkan kosong.
2. Tanaman baru
–seperti turnip dan ubi kentang.
3.
Peralatan baru –seperti Jethro Tull
mencipta alat menggali dan menugal untuk mempercepatkan penanaman benih.
4.
Pertanian komensial –kuantiti hasil
dipertingkatkan dengan pengenalan baja asli yang menyuburkan tanah. Hasil
pertanian untuk tujuan perdagangan.
a) Sumbangan
Revolusi Pertanian kepada Revolusi Perindustrian.
1. Revolusi
Pertanian telah menyediakan modal dalam Revolusi Perindustrian.
2. Makanan pula
mencukupi untuk menampung permintaan pekerja kilang.
3. Britain
tidak bergantung kepada import makanan luar, maka dana import dapat digunakan
untuk pelaburan industri.
1. James Watt
–membaiki enjin rekaan Thomas Newcomen.
3. R.Arkwright –mencipta
alat pemintal benang menggunakan enjin berkuasa wap.
4. J. Hargreaves
–mencipta mesin pemintal benang.
5. Produk
sebelum Revolusi Perindustrian secara kecil –kecilan menggunakan tenaga manusia
kemudian produk bertambah ketika Revolusi Industri kerana adanya rekaan sains.
c) Pengkhususan
pengeluaran Revolusi Perindustrian.
1. Pengkhususan
dibuat kerana pemodal ingin mengawal kos.
2. Majikan dan
pekerja kian mahir dalam bidang yang dipilih.
3.
Kesannya kuantiti dan kualiti barang
meningkat sehingga boleh dipasarkan ke luar Britain.
d) Penggunaan
teknologi ketika Revolusi Perindustrian.
1.
Sebelum pengenalan enjin berkuasa wap
–tenaga manusia, binatang dan air digunakan.
2. Pengenalan
mesin berkuasa wap menghasilkan barangan yang banyak dan murah serta mudah ke
pasaran luar.
3.
Kemasukan ke pasaran antarabangsa akan
menguntungkan usahawan, keuntungan ini akan digunakan untuk mempertingkatkan
lagi pengeluaran dan perdagangan.
4.
Penghasilan tenaga wap melalui proses
pembakaran arang batu, Britain amat beruntung kerana mempunyai arang batu yang
banyak.
5.
Newcomen telah mencipta mesin berkuasa
wap yang memudahkan perlombongan arang batu.
6.
Kuasa wap daripada arang batu juga
digunakan dalam sistem pengangkutan seperti kereta api dan kapal laut.
( 5 ) Kesan
Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian.
a)
Pertanian sebagai punca ekonomi.
1. Wujud pertanian
komensial –gandum, rye, jagung.
2.
Peladang menjadi pedagang antarabangsa
dengan mengeksport hasil lebihan ke luar negara.
3. Revolusi
pertanian menyediakan makanan kepada buruh kilang industri.
4.
Kemajuan perindustrian menyebabkan
petani menjadi buruh kilang dan pengusaha kilang menjadi tokoh ekonomi
menggantikan pengusaha ladang.
b) Peningkatan
perdagangan antarabangsa.
1. Britain
amat mudah memperdagangkan lebihan hasil pertanian dan industrinya kerana
mereka penjajah.
2.
Britain juga memerlukan bahan mentah
untuk mengembangkan perindustriannya daripada tanah jajahan seperti getah,
bijih timah.
3. Britain turut
mengembangkan kapal laut untuk berdagang.
4. Britain juga
mengeksport modal ke seberang laut.
c) Kemajuan
pengangkutan.
1. Pada mulanya
Britain menggunakan kereta kuda dan baj.
2. Kemudian jalan
raya dibina dan kereta api dipekenalkan.
3.
Pada mulanya rel kereta api diperbuat
daripada kayu kemudian daripada besi dan keluli.
4. Pengangkutan
laut pula melibatkan pengenalan kapal laut berkuasa wap.
1. Ekonomi skala
besar menyebabkan munculnya golongan buruh ladang dan kilang.
2. Penggunaan mesin
memerlukan kilang seperti kilang tekstil.
3.
Peringkat awal Revolusi Pertanian dan
Perindustrian para buruh tidak dilayan dengan baik.
4. Kemahiran
mereka juga tidak diperlukan selepas penciptaan mesin baru seperti ciptaan
mesin membuat stokin, pakaian, yang menyebabkan penenun dan tukang jahit tradisional
tidak diperlukan.
5. Pekerja mahir (
penenun dan tukang jahit ) memprotes dan memusnahkan mesin –
mesin, contohnya
Pergerakan Luddite.
6.
Akta Antipenggabungan diperkenalkan
untuk melarang pekerja bergabung bagi mendapatkan gaji dan layanan baik
daripada majikan.
7.
Larangan ini menyukarkan pekerja kerana
tidak semua majikan bertimbang rasa kepada pekerja.
8. Kanak
–kanak bawah usia 10 tahun pada masa ini dieksploitasi bekerja sebagai
pelombong arang batu dan di kilang tekstil. Masa bekerja mereka pula lebih 10
jam sehari.
9.
Pada masa ini amalan ekonomi bebas amat
berpengaruh, bagi mereka gaji pekerja ditentukan oleh pasaran dan campur tangan
kerajaan perlu dihindarkan.
10.
Tetapi kemudiannya akta antipenggabungan
telah dimansuhkan dan kesatuan sekerja ditubuhkan.
11. Akta baru
diluluskan untuk membela nasib pekerja.
( 6 ) Imperialis
barat di Asia.
a) Latar
belakang kemunculan Zaman Imperialis.
1. Imperialis
bererti penguasaan negara lebih kuat terhadap negara lain yang lemah.
2.
Penguasaan ini bertujuan mendapatkan
keuntungan ekonomi dan politik, ia dilakukan sejak Zaman Rom, kemudian
Sepanyol, Portugal.
3. Pada awalnya
barat berminat dengan hasil dagang seperti rempah, emas dan perak.
4. Kemudiannya ekonomi negara jajahan
distrukturkan untuk memenuhi kehendak ekonomi penjajah.
5.
Selepas itu, penjajah seperti Britain
dan Belanda mengubah ekonomi negara jajahan agar memenuhi keperluan
perindustrian di negara mereka seperti tanaman getah.
b) Faktor
kedatangan kuasa barat menjajah Asia.
1. Mereka ingin
mendapatkan bahan mentah seperti getah.
2. Mereka menjajah
untuk mendapatkan pasaran barang perindustrian mereka.
3.
Pengangkutan jalan raya, kereta api dan
kapal wap mempercepatkan perjalanan dan membantu kedatangan kuasa barat
menjajah Asia.
4. Apabila
negara barat dan Amerika Syarikat melindungi industrinya dengan memperkenalkan
peraturan tariff maka Britain tambah terdesak mencari pasaran baru di Asia.
5. Barat ke Asia
juga kerana faktor menyebarkan tamadun mereka yang dianggap tinggi.
6. Mereka turut
menyebarkan budaya dan agama Kristian.
7.
Barat juga berebut –rebut sesama mereka
menjajah negara Asia kerana menjajah telah menjadi simbol status kuasa yang
kuat.
c) Kesan
imperialisme terhadap Asia Tenggara.
1. Politik
–pemerintah tempatan terpaksa menerima penasihat dan pentadbir barat. Sistem
politik peribumi ditukar atau diubahsuai dengan sistem barat. Kuasa barat telah
campur tangan di Asia seperti Inggeris di Tanah Melayu, India, Belanda di
Indonesia, Amerika di Filipina.
2.
Ekonomi –ekonomi distrukturkan untuk
keperluan industri barat contoh bijih timah dan getah di Tanah Melayu.
3.
Pendidikan –sistem pendidikan Inggeris
diperkenalkan di bandar dan untuk mereka yang akan menjadi pentadbir rendah
British.
4. Kemasukan
buruh asing –barat menjemput masuk buruh asing bekerja dengan mereka. Kesannya
wujud pelbagai kaum yang berpecah belah dan tidak wujud keharmonian antara
kaum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan